Wednesday, April 14, 2010

Terkenang Kisah Lama

HARI ITU

Bercerita tentang pengalaman hidup sendiri aku teringat saat-saat aku mula belajar hidup sendiri.Semuanya bermula bila aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi.Aku rasa kalau tak kerana ni sampai bila-bila aku akan dok celah ketiak mak aku jekan? Aku ni tak pernah dok jauh ngan family.Jadi bila mula-mula berpisah masa sambung belajar tu sedih giler ar.Berhari-hari terkenangkan umah.Member satu sekolah adalah gak yang dapat sambung belajar di tempat yang sama ngan aku.Tapi tak sama kolej.Maknanya satu minggu orientasi tu tak jumpa pun diorang.

MENGENAL DUNIA

Masa daftar, aku pegi satu family.Kitorang pegi awal 2 hari, sambil nak jalan-jalan kat KL.Maklumlah,pengalaman pertama sampai KL.Abah dah selalu pegi Kl sampai jalan-jalan kat Bandar KL dah ada dalam kepala.Adik lelaki aku lak dah pernah sampai masa dia wakil Kelantan untuk pertandingan nasyid.Minat gila dia ni menyanyi.Nasib baik tak jadi penyanyi je.Kalau tak mahu kena kejar ngan penyapu dek mak aku.Ngeh, ngeh ngeh.Eh, sambung balik cite gi KL.Masa mula-mula melalui terowong Karak tu pun kitorang dah cukup excited dah.Apalagi, bila ternampak mercu tanda Kuala Lumpur iaitu KLCC tersergam indah.Semakin bersemangatlah kitorang.

Sampai KL, terus cari hotel untuk menginap.Abah putuskan untuk ke KLIH.Lepas check in,kitorang terus merehatkan diri setelah lebih lapan jam berada dalam perjalanan.Petang, kitorang turun makan.Abah bawak kitorang makan kat kedai mamak yang dia selalu lepak.Best giler sup kat situ.Pelbagai jenis.Pekat dan lazat.Bilalah boleh makan lagi sup tu lagi agaknya.Nyum-nyum.Lepas makan kitorang terus balik bilik.Sampai je kat hotel, aku tengok ramai orang yang berpakaian warna warni berkumpul kat depan hotel.Apa lak ni?

Rupa-rupanya mereka ni peserta-peserta Citrawarna.Bila dirisik-risik rupanya majlis perasmian bulan Citrawarna akan diadakan pada malam tu.Hmmmmm, kebetulan.Dapatlah pergi tengok nanti.

PENATNYA…………

Malam tu lepas maghrib kitorang keluar nak pergi tengok pelancaran bulan Citrawarna tu.Beberapa jalan kat KL ditutup untuk perasmian ni.Macam-macam acara diadakan pada malam tu, daripada persembahan kebudayaan,perarakan kereta berhias hinggalah persembahan artis tempatan.Memang meriah sangat.Nasib baik bawak kamera.Bolehlah rakamkan semua yang kitorang saksikan tadi.Habis je pelancaran tu, kitorang berjalan kaki balik hotel.Jauhnyaaaaaaa.Maklumlah tadi naik LRT, balik jalan kaki.Mana tak penat beb.

HARI KEDUA

Besoknya sambung gi jalan-jalan.Kali ni pergi kat Zoo Negara plak.Maklumlah masa tu adik-adik aku masih kecik lagi.So, diorang excitedlah nak gi tengok binatang-binatang yang ada kat sana.Paling koman pernah pergi pun kat Zoo KualaKrai.Tapi, pergi zoo siang-siang hari bukannya best pun.Maklumlah binatangkan banyak yang aktif pada waktu malam.Siang diorang bantai tido jele.

HARI KETIGA

Hari pendaftaran aku.Masa tengah bersiap-siap tu, tetiba je terasa sebak.Yelah bermula hari ni aku akan berjauhan dengan keluarga aku.Rasa cam tak nak pegi pun ada.Tapi ini cita-cita aku selama ni.Jadi terpaksalah berkorban sikit.Setelah lama mencari, akhirnya aku tiba juga ke UKM.Terpampang Universiti Kebangsaan Malaysia kat pintu pagar utama.Hati dah mula berdebar-debar.Mula-mula kitorang masuk dalam kampus UKM.Bila tanya pengawal kat situ dan tunjukkan pelekat kereta yang diberikan kepada kami yang berhuruf Y, barulah aku tahu yang pendaftaran dilakukan di kolej kediaman masing-masing.Y tu huruf pengenalan bagi Kolej Idris Al Marbawi.Tapi……. mana kolejnya? tak nampak pun.

…….aku diberitahu Kolej Y tu rupanya kat Fasa 1.Maknanya aku kena dok luar kampuslah ni? Oh tidak…….

DETIK PERPISAHAN

Pendaftaran akhirnya berjalan dengan lancar.Setelah melihat-lihat bilik yang akan aku huni selama 3 tahun di sini, tibalah masa untuk famili aku pulang.Sedih giler beb.Sebelum pulang abah belikan aku nasi goreng untuk dimakan tengahari nanti.Tapi sekarang ni, selera makan pun dah tak tahu hilang ke mana.Masa mak, abah ngan adik aku melangkah ke tempat letak kereta, Jatuh airmataku (jatuh jugak ego aku.Hehe) dibuatnya.Yelah buat pertama kali dalam hidup aku terpaksa berjauhan dari keluarga.Sebelum ni aku nak dok asrama abah tak bagi, nak gi berkhemah pun tak bagi.Punya sayang diorang kat anak diorang ni.Hehe.Sudahnya beginilah jadinya.Kena tinggal, nangis...Malu gak bila dikenang balik.

ORIENTASI

Masa minggu orientasi nak kata best tu tak gak sebab takde kawan.Member satu rumah pun belum biasa lagi.Biasalah diorang aktif, aku ni pasif.Tapi pasif sebab tak jumpa member sekepala je.Kalau dah jumpa siaplah, akulah yang jadi penghulunya nanti.Haha.Dalam minggu orientasi tu macam-macam program dijalankan.Ada aktiviti kumpulan,sukan dan macam-macam lagi.Kalau aktiviti yang melibatkan kolej, dok kat kolej jelah tapi kalau 1 kampus, maka berangkatlah kitorang ke dalam UKM naik bas yang dah tersedia.Maklumlah dok kat kolej luar.Yang tak bestnya minggu orientasi bagi kami dak luar ni ialah setiap aktiviti dalam kampus tak pernah kami join sampat abis.Aktiviti habis lewat tapi bas kul 11 malam dah sampai,Kengkadang tu terfikir gak, naper aku sorang je yang tercampak ke luar kampus ni.Member lain suma dapat dok kolej dalam.Pun begitu, dalam aku tertanya sorang diri tu, pernah gak aku terlihat kelibat best student sekolah aku kat kolej.Oklah tu, ada gakla yang aku kenal.Tapi problemnya dia lelaki.Tak pernah berkawan pulak.Isyyyy….tak boleh…….tak boleh.Oh ya, ni nak bagitahu satu lagi fakta penting.Kat kolej aku ni pelajar lelaki ngan perempuan dok asing-asing.Maksud aku bukan dalam satu kawasan yang sama.Pelajar lelaki dok kat Fasa 4, perempuan Fasa 1.Masa daftar tu je suma wat kat Fasa 1.Lagi satu kalau ada hari keluarga ke pe-pe ke memang kat Fasa 1 nilah tempat berlangsungnya.

Bagi aktiviti yang memerlukan kitorang dok kat kampus plak, dewan utama tempat aktiviti dilakukan ialah di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR).Hmmmmm, kat Dewan ni gaklah yang menjadi saksi aku adalah salah seorang daripada warga UKM.Kitorang sama –sama angkat ikrar sebagai pelajar UKM.Bangga sih.

Selepas dua hari orientasi, ……jeng jeng jeng…..tetiba je aku leh terjumpa member satu kelas masa tingkatan lima dulu, Mija.Sebelum ni dah 2 tahun aku tak dengar khabar tentang dia.Rupa-rupanya dia dapat kursus jururawat under UKM dan tinggal di kolej yang sama dengan aku.Patutlah sejak dari hari pertama aku sampai kolej ni aku tertanya-tanya kenapa ada pelajar yang beruniform pink kat kolej ni.Takkan student U pun kena pakai uniform?Sekali jururawat daaa.Dan dalam masa minggu orientasi tupun, aku join grup misi ni.Sampaikan masa sukaneka aku boleh dok satu kumpulan dengan misi2 ni melawan student kolej.Mak ai……….aku ni misi ke student?

Satu hal yang aku takleh lupa,ada sekali tu pihak kolej wat ceramah kat Dewan MPKJ.Aku pun lupa jalan dia.Sebab masa tu malam.Kitorang jalan ramai-ramai pegi dewan tu ikut jalan belakang kolej.Sunyinya jalan tu cam kat kawasan kubur.Pendek kata kalau sorang-sorang tu agak kurang selamatlah.Nasib baik ramai.Kami juga dinasihatkan supaya tak terlalu galak ketika melalui kawasan ni.Bacalah apa-apa yang patut.Di sini diadakan taklimat tentang apa yang akan dilakukan untuk keesokan hari.Juga tentang pentingnya kami untuk bergaul dengan masyarakat setempat kerana kolej kitorang ni berada di tengah-tengah kawasan orang ramai.Jadi imej universiti perlu dijaga.Setiap apa yang bakal kami lakukan akan refleks kepada universiti.Jadi,kenalah pandai-pandai bawak diri.Masa kat dewan ni jugak kitorang dikehendaki mendapatkan tandatangan senior sebagai tanda perkenalan.Yang perempuan jumpa senior perempuan dan yang lelaki jumpa senior lelaki.Kolej islamiklah pulakkan?Masa nak dapatkan tandatangan tu kitorang diminta menyanyikan lagu nasyid.Kira cam ragging gaklah tapi kat kolej kitorang ni ragging yan ringan-ringan je.Kalau kolej dalam mau kaw-kaw kena ragging.Haha.Padan muka korang (opssss)

Haa, kalau nak tahu satu lagi hal, dewan ni ada sejarah tersendiri pada aku.Nanti aku cerita ok?…………Eh, apa kes cite kemudian, nanti lupa lak.Cite sekaranglah.Sebenarnya ada sekali tu masa lepas kuliah (ni cite seminggu selepas minggu orientasi), aku naik bas nak balik kolej.

Dah mula-mula tu takde kawan, terpaksalah aku seorang diri.Sekali aku silap naik bas gi Fasa 4.Gelabah giler aku masa tu.Yelah bukannya aku biasa pun tempat tu.Sekali, bila dah nak sampai kat roundabout yang nak ke Kajang tu, aku wat keputusan untuk turun.Jalan kaki aku balik kolej.Pakai baju kurung lak tu.Bukannya dekat.Jauh giler.Dahlah tu, aku jalan ikut kaki je.Kalau sampai-sampailah.Kalau tak, tak tahulah pe nasib aku.Nasib baik tak kena kidnap (ada ke orang nak kidnapnya?).Jalan punya jalan, masuk lorong tu, keluar simpang ni, akhirnya aku ternampak sesuatu……Jeng jeng jeng……..Aku jumpa Dewan MPKJ yang pernah aku pegi masa orientasi dulu.Dengan itu, aku tahu aku dah makin hampir ke kolej aku.Setelah sekian lama berjalan akhirnya aku terlihat bangunan berwarna hijau.Itu adalah stesen minyak Petronas yang letaknya betul-betul bersebelahan dengan kolej aku.Maknanya aku dah sampai ke kolej.Yesssss.Cam menang Amazing Race lak rasanya.Haha.Cite pasal stesen Petronas ni, aku ada satu cite best gak.Nanti aku akan cite.

KAWAN BARU

Tu baru satu cite.Cite pasal kawan-kawan satu rumah lain halnya.Masa mula-mula daftar aku ditempatkan di bilik 408/1.Tingkat 4 tu.Kolej aku ni tak sama cam kolej dalam kampus.Kalau kolej dalam kampus, satu, dorm tu ada banyak bilik dan setiap bilik ada 2 pelajar, kat kolej kitorang plak cam rumah flat gitu.Ada 2 bilik.Bilik yang kecik ada 2 katil dan bilik yang besar ada 4 katil.Jadi kesemuanya berjumlah 6 orang student yang akan menghuni rumah tu.Masa mula-mula aku sampai, dah ada orang lain yang terlebih dahulu sampai dari aku.Setelah berkenalan rupa-rupanya dia pun satu negeri dengan aku gak.Su namanya (nama sebenar lupa sebab lepas orientasi ada pertukaran lagi)Aku dok satu bilik ngan dia(yg kecik punyer bilik)Tak lama kemudian datanglah plak yang lain-lain kat dalam umah tu.Sorang demi sorang aku berkenalan.Ada 2 orang budak Kelantan dan sorang budak Melaka.

ROOMATE BARU

Masuk hari ketiga orientasi, bilik kitorang bakal dihuni oleh seorang lagi student.Kali ni student ni datang dari jauh.Indonesia beb.Tapi taklah jauh sangat.Dari Riau je.Nama dia Veni Reza.Pada mulanya aku sebilik dengan Su.Nak dijadikan cerita sepanjang masa orientasi, dia mula rapat dengan Jue (bilik sebelah).Bila dah Veni ni masuk dia pun apa lagi, angkut tilam bantal dok kat bilik sebelah.Aku masa tu terasa gakla.Sampai hati pindah bilik sebelah.Sudahnya aku sebilik ngan Veni.

Masa malam pertama aku dok ngan dak Veni ni, dia bercerita pasal family dia.Anak orang senang gak dia ni rupanya tapi tak sombong.Pastu bila dia bercerita itu ini pasal keluarga dia, mulalah aku teringat balik kat family kat kampung.Pastu dia boleh tanya aku rindu tak kat family.Of courselah rindu.Tang tu gak rasa cam nak balik kampung je.Dalam pada tu, diam-diam aku rasa aku boleh ngam ngan dak Veni ni.

PISAH LAGI

Tapi bila aku dah jumpa member satu kepala, adalah plak halangan lainnya.Selepas beberapa hari orientasi,Veni dan 3 orang housemate aku kena pindah dok kat bilik lain lak.Roomate aku yang asal pun kena pindah gak.Tinggallah aku ngan Jue.Bila dah suma pindah tinggallah kitorang berdua je.Dia pun pindah dok bilik aku.Dalam dua minggu gak ah kitorang dok 2 orang je dalam umah tu.Bilik yang satu lagi tu dah 1 minggu kosong.Aku tertanya sendiri, takkan takde orang nak dok kat bilik sebelah tu kot.


SELAMAT DATANG SENIOR


Masuk minggu kedua, barulah nampak muka penghuni-penghuni baru bilik sebelah.Rupa-rupanya diorang suma student tahun 3.Kira senior akulah.Patutlah masuk lambat.Diorangkan daftar semester lewat 2 minggu.4 orang senior ni suma dari negeri yang berlainan.Kak Mariana dari Kelantan, Kak Zula dari Melaka, Kak Mimi dari Pahang dan Kak Lin dari Selangor.

Kak Mariana ni orangnya bercermin mata.Kuat study.Pagi-pagi sebelum subuh dia dah bangun menelaaah pelajaran.Memang aku respek giler ar kat dia.Kak Zula lak kecik je orangnya.Tang yang aku suka pasal kak zula ni ialah fesyen rambut dia.Cam dalam komik gitu.Mula-mula aku ingat dia sombong tapi bila dah kenal rupa-rupanya dia ni gila-gila gak cam aku.Memang best kawan ngan dia.Perangai dia pun lebih kurang aku.Nak kata tomboy tak tapi tak lemah lembut sangat cam perempuan lain.Pernah gak dia tertanya-tanya kenapa takde lelaki yang suka kat dia.Aku cakap sabarlah, akan adalah tu.Dan khabarnya sekarang ni dia dahpun kawin.Alhamdulillah.Kak Mimi lak cantik orangnya.Berkulit cerah dan suka tersenyum.Kalu tengok dia aku teringat perempuan yang dalam cite Cinta Antara Benua tu.Sapa ntah nama dia.aku lupa.Ala,yang bawak watak Halimah tu.Aku pun suka sangat kawan ngan Kak Mimi.Kak Lin lak, mula2 tak rapat sangat sebab dia selalu balik umah dia.Maklumlah dekat, kat Kepong je.Tapi last2 pun boleh jadi kamceng gak.Kak Mariana, Kak Zula dan Kak Mimi ambil Sains Matematik dan Kak Lin ambik Sains Hayat.

Disebabkan Kak Lin ni bawak keta jadi dia selalulah bawak kitorang gi ronda-ronda.Tempat pertama dia bawak kitorang gi ialah KLCC.Masa tu kul 8 malam.Tak pernah aku kuar malam sebelum ni.Ni kira first timelah.masuk kat KLCC.Selalu tengok dari luar je.,Hari tu diorang nak tengok wayang kat TGV.Gilerrrrr……………tak pernah-pernah aku tengok wayang kali ni nak kena tengok wayang.Muka aku dah putih.Kalau toreh sure tak kuar darahnya.Aku teringat mak aku pesan tak boleh gi tengok wayang sebab tempat tu gelap.Macam-macam perkara yang tak elok boleh berlaku.Cheh, cam dak baiklah konon ni.Tapi takkan aku nak kata taknak plakkan? tak beranilah aku.Mula-mula nak tengok cite omputih.Tajuknya aku tak ingat.Tapi tiket dah habis.Last2 kitorang tengok cite Cina.Ekin Cheng dan Shu Qi pelakonnya.Cite Bad Boys.Ingat tu tajuknya.Maklumlah, filem pertama aku tonton kat panggung.Yang lucunya masa tengok cite tu, kitorang je penonton Melayu, yang lain suma Cina.

Lepas habis tengok cite tu kitorang balik.Sempat plak singgah beli Mc ' D.Laporlah pulakkan?Pastu makan kat tepi highway.Memang keje gile masa tu.Ada ke trafik tengah sibuk ngan keta kitorang boleh dok bertenggek kat tepi tu makan burger.Bahaya beb.

Tapi yang pasti aku gembira dikelilingi oleh mereka-mereka yang memahami aku.Lagi satu bila kita je junior, perasaan tu lainlah sikit.Rasa cambest je.Tapi aku tetap respek diorang.

LAYAN SENARIO

Kitorang selalu habiskan masa bersama dengan menonton VCD.Best wooo menonton ramai-ramai.Tutup lampu dan pasang vcd.Cam kat panggung gak.Tapi aku rasalah tengok kat umah lagi best.Kat panggung sound dia kuat sangat.Naik bernanah telinga aku dibuatnya.Paling best, masa nak dekat exam.Dah puas menelaah kitorang pasang CD lagu SENARIO.Masa tukan diorang tengah femes.Aku, Jue, Kak Zula, Kak Lin ngan Kak Mimi bantai berkaraoke lagu-lagu senario tu start dari kul 12 malam sampai 6 pagi.

JOM KE DAPUR PLAK

Aku ingat lagi, masa mula-mula kenal ngan kakak-kakak senior ni, malu rasanya nak makan sekali ngan diorang.Makan pun skit-skit je.Tapi lama-kelamaan semua dah jadi biasa.Kitorang berpakat untuk berkongsi masak.Oleh kerana kitorang suma ada 6 orang, jadi jadual memasaknya adalah 2 orang masak setiap hari.Aku ngan Ju kena masak pada hari minggu.Kak Zula ngan kak Mimi dan Kak Mariana sorang sebab masa tu Kak Lin jarang join makan sekali ngan kitorang.Hari Selasa ngan Sabtu pulak kitorang tak masak sebab ada pasar malam.

Bila dah bercampur macam-macam negeri ni, maka, banyaklah resipi terbaru yang dapat dipelajari.Tapi yang paling melekat dalam ingatan aku ialah keenakan daging masak asam pedas Melaka, resipi dari Kak Zula.Sebelum ni aku tak tahu pun yang daging boleh dimasak asam pedas.Memang sedap giler.Kalau dengan Jue pulak, aku belajar masak paprik.Sekali sekala ada jugak Kak Lin.Oleh kerana Kak Lin ada darah Jawa, sering gaklah dia masak ala-ala Jawa.Tapi yang paling aku suka ialah Tempe Goreng ngan sambal kicap.Sedap.Sekali-sekala Kak Lin akan tunjuk skill dia memasak makanan barat.Pernah dia masakkan untuk kitorang spaghetti Bolognese.

MEE GORENG SATU SIAP……

Ada gak hari-hari kitorang malas nak masak,kitorang pegi makan kat kedai belakang.Makanan kat kedai ni murah dan sedap.Selalu gaklah kitorang gi lepak kat sana.Bukannya jauh pun, belakang Petronas je..Dari kedai tu pun boleh nampak bilik kitorang.(Jadi berhati-hatilah ketika di bilik.hehe).Bila dah selalu makan kat sini, secara automatiknya kitorang kenal baiklah dengan pekeje kat sini.jadi senanglah nak mengatur makan itu dan ini.Bila dipikir-pikir balik rindu betul ngan masa dulu-dulu.



bersambung………………………

No comments:

Post a Comment