Sunday, June 1, 2014

KENANGAN MENDOBI


Kalau bercerita tentang pengalaman kerja, rasanya pengalaman aku tidaklah terlalu banyak.Bermula sebagai rekorder di sebuah kilang pakaian pada Jun 2003, aku juga pernah bekerja sebagai jurujual (KISAHNYA) dari rumah ke rumah, kerani di gudang peralatan pembinaan, menyelia dobi dan akhirnya sebagai kerani cabuk di sebuah syarikat sehingga hari ini.Antara semua kerja ni, pengalaman bekerja di dobi paling mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Segalanya bermula apabila aku menerima tawaran bekerja di sini oleh kawanku dengan tawaran gaji yang agak memuaskan.Buat permulaan, kami diperkenalkan dengan cara bagaimana dobi beroperasi.Semuanya diajar, bermula dari ketika linen sampai di dobi, tagging, basuh, kering dan lipat.Mesin yang digunakan pula bukan yang kecik2.semuanya besar2 gedabak.Dengan beratnya, panasnya, semua ada.

Bila dah tahu semua tu, aku dan kawanku ditukarkan ke cawangan Kajang.Untuk hari pertama kami dibawa ke kilang yang mencuci hampir kesemua linen dari hospital dan hotel sekitar kuala lumpur dan negeri2 yang berjiran.Melangkah masuk ke kilang tersebut, suasananya berganda2 lagi sibuk berbanding dengan tempat keje aku.Kalau di tempat keje, aku dah takjub dengan besarnya mesin2, di sini lagilah besar.Seolah-oleh anda boleh berlari dalam mesin basuh tersebut.

Di atas kertas, tugasku di sini ialah menguruskan hal-hal pejabat serta berurusan dengan pelanggan.Namun dek mengejar masa penghantaran serta kekurangan pekerja terutamanya ketika mereka bercuti, aku turut sama menyinsing lengan membantu apa yang patut.Ini kerana setiap linen hospital perlu dihantar 2 kali sehari, pagi dan petang.Tempoh masa yang diambil untuk ke tempat kutipan belum kira lagi.Pendek kata 24 jam terasa sangat singkat.Sebab itulah aku turut mencuci pakaian, mengering, menggosok dan melipat baju.Pendek kata dari awal sampai akhir proses cucian.Belum masuk urusan merekod, membuat invois serta laporan bulanan lagi.

Paling ektrem perkara yang pernah dilakukan olehku di sini ialah jadi kelindan lori dan kutip linen yang bukan calang2 beratnya.Dalam sehari 1 tan lebih kena angkut bawak balik dobi.Pekerja2 kilang kat situ selalu pandang semacam bila aku datang.Tak pernah ada perempuan yang datang sebagai kelindan dan lakukan tugas angkat linen kot.Lagi pulak kebanyakan linen tersebut (selalunya selimut dan langsir hospital) kotor dengan darah dan najis, nak angkat memang kena pakai glove & mask.Pernah aku terpaksa ikut lori dalam bulan puasa.Memang betul2 mencabar kesabaran.

Selain dari mencuci linen hospital, kami jugak mencuci tuala untuk satu kelab kat sunway dan jugak 2 -3 buah hotel sekitar Kuala Lumpur.Kalau yang ni senang je.Tak perlu nak asingkan selimut yang berdarah dengan yang biasa.Oh ya... uniform PLKN pun termasuk sekali dalam senarai.

Mencuci uniform PLKN tidaklah mencabar mana, cuma ia ambil masa yang agak lama.Setiap uniform perlu diasingkan mengikut kad nama pelajar.Silap asing, memang kena menjawablah.Baju si A dah bertukar dengan baju si B.Camne??? satu yang tak best bila cuci uniform PLKN ni bila jurulatih pun sibuk nak selitkan sekali pakaian diorang.Kalau setakat uniform je takpe, ni dengan pakaian harian sekali dorang hantar cuci.Nasib baik aku tak naik hantu je.

Bila dah siap semua uniform, driver akan buat penghantaran semula ke kem2.Kem yang menghantar cucian kepada kami ialah Kem Paya Indah, Banting,Kem Princess Haliza, Sepang, Kem Sri Perkasa, Mantin dan satu kem lagi yang aku dah lupa namanya.Kesemua kem ni aku dah visit.hehe.Jadi kelindanlah pulakkan?

Bekerja di kedai dobi yang sentiasa beroperasi membuatkan masa tidur aku tak menentu.Setakat tak tidur malam tu perkara biasa.Pernah pada pukul 3 -4 pagi aku dengan Kak Nora berbasikal ke kedai mamak kat jalan besar (dobi kitorang dalam taman perumahan jauh dari jalan besar) untuk beli makanan.Kena melintasi kawasan kubur lagi.Tapi takde pulak rasa takut masa tu.Siap bergelak ketawa lagi sepanjang jalan (sekarang dah tak boleh kot, ramai orang jahat yang berperangai lebih hantu dari hantu).

Pernah juga akibat mesin rosak kami terpaksa berhempas pulas menyiapkan uniform PLKN sepanjang malam.Waktu penghantaran sepatutnya petang kerana esok pagi pelatih akan guna uniform.Maka terkocoh2 kami cuba siapkan jugak malam tu.Akhirnya pukul 4 pagi baru siap.Macam biasa aku ikut lori sekali dengan kak nora dan pulang hampir pukul 6 pagi, berkejar dengan lori jual suratkhabar yang keluar untuk edar suratkhabar.Diorang baru nak keluar bekerja, kami masih di jalanraya.Sebelum balik, singgah makan roti canai dulu.Best pengalaman tu.Memang takkan dapat dibeli di mana2.Yang paling utama, sejak aku kerja dobi, skill lipatan pakaianku dah meningkat.Haha