Wednesday, June 27, 2012

DE JAVU LAGI.......


Agak lama gak aku tak layan cerita dalam slot Akasia.Sebabnya waktu tayangan tu rapat sangat ngan waktu maghrib, tak seronokla plak.Tapi bila baca paper di sebalik pembikinan drama baru De Javu di Kinabalu ni terasa cam bestla pulak.Ada Aqasha je sebenarnya.kuikuikui.

Punya exited nak tengok cite ni, login baliklah e-mail kedua aku yang sangat jarang aku buka.Aku pernah register tonton guna email ni masa mula2 website ni diperkenalkan dulu.Tapi disebabkan kelajuan internet yang tak berapa nak laju, aku tinggalkan camtu je sampai lupa passwordnya.Skang baru sibuk2 nak request password baru.Bila dah dapat tu, baru boleh layan drama ni.Tak perlu lagi melangut depan tv waktu maghrib.

Ohh..... aku sukala lagu tema cite ni.Butterfly dari Melly Geoslow.Kena plak feat dengan Andhika Pratama.Andhika ni aku kenal sebab aku suka lagu duet dia ngan wife dia.Rasanya lagu tema sempena perkahwinan diorang awal tahun ni.Biasalah artis sekarang bila kawin je wat lagu sesama.

Butterfly - Melly ft Andhika




Klip video ni cam ceritakan kisah diorang kot.Sebabnya Andhika dahla lagi muda dari Ussy, pastu sudi pulak kawin ngan Ussy ni yang merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak perempuan.Sweet gile anak tiri panggil dia 'Pupu'.Papa dah ada, pupulah pulak.


Sunday, June 17, 2012

POSMEN DATANG!!!!!!!


Dalam kita dok sibuk2 dengan facebook, twitter,BBM dll, hampir saja kita terlupa yang satu ketika dulu hanya surat yang menjadi jambatan penghubung di saat berjauhan.Bila teringat keluarga dan teman lama, mulalah cari pen dan kertas.Pastu otak pun berputar2 memikirkan apa yang nak ditulis.Kalau boleh semua benda nak dicerita sehinggakan tak sedar dah berkajang-kajang kertas ditulisnya.Tak masuk lagi dengan gumpalan kertas yang silap dikarang.Hehe

Sepanjang zaman persekolahan aku tak pernah mengirim atau menulis apa-apa surat.Dah masuk U, baru start menulis.Penerimanya pulak, keluarga dan bekas kawan sekolah.Masing2 sibuk bercerita tentang pengalaman berada di tempat orang serta suasana dan kawan-kawan baru.Maklumlah, masa tu mana ada handphone lagi.Suratlah yang jadi pengganti.Kawan2 yang pernah berutus surat dengan aku masa tu ialah Kak Yan, Iha & Ain.Dah sorang kat Kedah, sorang kat Penang, sorang lagi pulak kat Bangi.Semuanya bercerita tentang pengalaman best masuk U dan rindu merindu kat teman lama.Baru lagikan?Banyaklah yg nak dikongsi.Yang bestnya, sempat lagi nak bergossip dalam surat.Haha.

Tapi tu semua tak lama.Bila masuk tahun ke 2 je, masing-masing dah pakai handphone.Aku pulak, kongsi dengan 6 orang teman sebilik pasang telefon talian tetap.Jimat kos sikit, lagipun kami dok kolej luar.Jadi, kami dibenarkan untuk memasang telefon.Pada ketika tu, surat menyurat dah takde lagi.Kalau tak, tiap kali balik dari kelas, mesti nak jenguk mailbox kot-kot ada surat.

Habis belajar tahun 2003, masing-masing bawa haluan sendiri.Walaupun masih berhubung, kekerapannya dah tak serancak dulu.Aku sendiri sibuk dengan kerja.Tahun 2005, kenangan masa belajar muncul tetiba.Seperti babak2 dalam drama, satu2 satu keluar dari benak kepala.Tang tu jugak aku capai kertas dan aku tuliskan semua pengalaman2 tu untuk dikirimkan kepada kawan baik aku, Suhana.Tersenyum lebar dia baca surat dari aku yang makan tahun nak habis baca tu.Balasan suratnya pun berkajang-kajang gak.Penat pakcik posmen nak bawak, katanya.

Tahun 2009 aku buka akaun facebook, 2011 pulak twitter (hidup segan je twitter aku).Maka secara rasminya aku telah tinggalkan jauh momen2 menulis, menampal setem dan menapak ke pejabat pos untuk menghantar surat.Namun, kenangan tetap ada.

Nota Kaki: Apa kenangan budak2 zaman sekarang?

Wednesday, June 6, 2012

FIRST LOVE (LEE YUN JI)

Dah tamat pun cite The King @ Heart.Walaupun happy ending tapi cam frust gak sebab Eun Shi Kyung mati.Kesian kat Jae Shin.Tapi tak sangka plak Lee Yun Ji (Jae Shin) pandai nyanyi.Sedap gak suara dia menyanyikan lagu First Love dalam cite ni.

Yang ni dari petikan dalam drama TK2H



Yang ni plak versi studio



Lyric First Love
Cheoeumen chingucheoreom sojunghan yeonincheoreom
Naye maeume neoye mameul deulyeonoheun sunkanbuteo
Seolledeon nae maeumeun unmyeongi twehlkeorago
Mideotdeon cheoreoptdeon nae cheoeum sarang

Summan shwiiyeodo haengbokhaesseosseo
Haessalgateun sarangiyeosseo
Yeongwonhalkeora saenggakhaenneunde
Keu chueoksoge namasseo

Ijen apeun mam seulpeun nunmul
Nae ppyame gidaeyeodo kwaehnchanha
Giyeok sok sangcheo on mom kadeuk
Namkyeojyeodo kwaehnchanha

Maeumi meonjeo seontaekhan neo
Cheoeumsarangeuro chungbunhae
Yeongwonhi jigilkke nae cheoeumsarang

Charishan mabeobgateun neoye geu ibmajchumi
Naye maeume seolleimeun geureohke shijakdwaehtko
Bulggotcheoreom tteugeoun sarangeul soksagideut
Miraereul kkumkkueosseotdeon nae cheoeumsarang

Neoye misoga nareul utkehae
Byeolbitgateun sarangiyeosseo
Manyang chowasseo keuddaen geuraesseo
Areumdawotdeon shigandeul

Ijen apeun mam seulpeun nunmul
Nae ppyame gidaeyeodo kwaehnchanha
Giyeok sok sangcheo on mom kadeuk
Namkyeojyeodo kwaehnchanha

Maeumi meonjeo seontaekhan neo
Cheoeumsarangeuro chungbunhae
Yeongwonhi jigilkke nae cheoeumsarang
Saranghae haengbokhaetdeon cheoeumsarang

Translation
In the beginning, like a dear friend, like lover
From the moment stocked your heart in my mind
My fluttering heart says that it's the destiny
Believe in the immature first love

Even if breathing also feel happy
It's the love like the sun
I thought it'll be forever
Only memories left

Now my heart is hurt, shedding sad tears
Even if leaning on my cheek, it's okay
The memory of whole body full of wounds
It's okay to remain

It's my first heart that first chose you
Because it's the first love, that's good enough for me
Guarding my first love forever

That kiss with you is magical and exhilarating
My heart begins to beat just like this
Whisper of love that is hot like a flame
My first love that had dreamed of the future

Your smile makes me smile
Love that is like the stars
Satisfy at that time with good
Beautiful times

Now my heart is hurt, shedding sad tears
Even if leaning on my cheek, it's okay
The memory of whole body full of wounds
It's okay to remain

It's my first heart that first chose you
Because it's the first love, that's good enough for me
Guarding my first love forever
The first love that used to love happily

Sunday, June 3, 2012

RUPA-RUPANYA KAMU BEGITU PENTING

Telefon ni makan duit aku.Waaaaaa

Ingat tak bila kali terakhir korang menggunakan telefon awam?
Kalau aku, kali terakhir guna telefon awam ialah pada tahun lepas.Tupun sebab malas nak bawak handset pegi pasar.Terlupa nak beli apa, telefon mak guna telefon awam.
Kalau sebelum ada handset, telefon awamlah tempat untuk bergayut.Paling best kalau pondok telefon tu dekat ngan rumah.Terasa cam kita punya plak.Hehe

Tak seperti budak2 sekarang yang kenal telefon bimbit seawal zaman persekolahan,masa belajar di uni dulu, telefon awamlah tempat untuk melepas rindu pada keluarga.Tiap2 hari kumpul syiling sampai penuh tabung semata-mata nak cakap lama ngan mak.

Sekarang, suma tu dah takde lagi dah.Handset memudahkan komunikasi walau pada hakikatnya dah tak berapa rajin nak topup.Kadang terfikir jugak di benak kepala, masih relevenkah telefon awam sedang semua orang sudah berkemampuan untuk memiliki telefon bimbit waima telefon cap ayam sekalipun (termasuk aku sekalilah tu).Tapi sabtu lepas, aku sedar betapa telefon awam masih diperlukan di saat-saat yang terduga seperti yang aku alami.

Datangnya kawan aku, Nas Bee dari Rawang, Selangor ke Kelantan untuk majlis perkahwinan abang iparnya di Ketereh buatkan aku teruja.Bukan apa, dah lama tak jumpa.Kitorang janji nak jumpa pagi Sabtu kat rumah tumpangan tempat mereka menginap.Aku bertolak awal kerana nak singgah ke pasar KB tuk beli buah tangan untuk kawan aku tu.Masa tu sempat lagilah aku sms dia bagitau yang aku dah gerak.Sedang elok mesej aku dihantar, tetiba handset aku mati.Lupa nak cajlah pulak semalam.

Hati dah cuak.Nama tempat diorang menginap tupun aku ingat2 lupa.Walaupun tak jauh mana tapi aku memang tak arif bab2 ni.Sebabnya aku bukan kaki jalan.Dunia aku hanya rumah dan tempat keje.Paling jauh aku pegi pun setakat KB je.Memikirkan ni je peluang aku nak jumpa dia, aku teruskan jugak perjalanan.Nasib baiklah no telefonnya aku hafal.Boleh singgah mana2 public phone tuk kol dia nanti, pikir aku.

Tapi tak semua yang kita pikir tu akan berjalan dengan baik.Sepanjang perjalanan aku ke Ketereh, satu public phone pun aku tak jumpa.Plan lain, tanya orang.Ada dekat 5-6 orang aku sapa untuk dapatkan kepastian arah perjalanan aku..

Akhirnya sampai jugak aku kat Sekolah Kebangsaan Kedai Piah (kawan aku bagitau homestay tempat dia menginap tu depan sekolah ni.Berlaku satu lagi kekeliruan.Penduduk kampung yang sempat aku tanya, semua bagitau tak ada homestay pun kat depan sekolah tu.Aku mungkin silap tempat.Masak aku.Dahlah takleh nak contact diorang.Satu2nya public phone yang ada kat situ tak boleh guna.Telan duit aku lagi ada.Pening.....

Di sebalik mendung, tak selalu hujan, cewah.2 orang penduduk kampung yang aku jumpa telah bermurah hati pinjamkan handset diorang untuk aku gunakan.Rupa-rupanya bukan dekat Sekolah Kedai Piah homestay tu tapi kat sekolah lain yang aku sendiri lupa namanya.Hasben kawan aku tu dah ready tunggu kat luar takut aku tersasar lagi.Alhamdulillah, di sebalik kepayahan tu, dapat jugak aku jumpa kawan aku.Sebelum balik,kawan aku pesan kalau nak jumpa dia jangan lupa caj bateri handset dulu.Haha.Baiklah...akan kuingat semua tu.

Nota kaki :
@ Rupa-rupanya telefon awam masih penting, so jaga ia baik2 oke?
@ Terima kasih pada kakak dan abang yang sudi pinjamkan handset untuk saya
@ Tenet slowlah pulak, takleh nak tayang kawan baik