Friday, July 1, 2011

JOM PERGI KELCHEFF 2011


Lamanya tak jenguk blog yang hidup segan mati tak mahu ni.Idea makin lama makin kuranglah pulak.Adakah kerana peningkatan usia?......ataupun kena makan minyak ikan bagi cerdas sikit otak ni?

Sekadar memberi nyawa kepada blog ni, kali ni nak cerita pasal Kelantan Cheng Ho Internasional Food Festival (kelCheff) 2011 yang akan berlangsung pada 14 hingga 23 Julai depan bertempat di Bazar Tok Guru.Bagi yang tak tahu atau kat mana letaknya Bazar Tok Guru, ianya terletak berhadapan dengan kampus UITM Kota Bharu di Jalan Sultan Ibrahim.Senang cite kat lokasi asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Menurut Pegawai Komunikasi Korporat KelCheff, Abdullah Suhaimi berkata, walaupun lokasi berkenaan kurang dikenali dalam kalangan penduduk luar bandar Kota Bharu, namun ia bakal bertukar wajah ketika berlangsungnya program yang menawarkan pelbagai makanan Muslim, khususnya dari negara China itu.Jadi kita tak perlu nak bersusah payah nak ke negara China (atau kata lainnya, jika tak beerkemampuan), semuanya boleh diperolehi di sini selama festival ini berlangsung.Insyaallah

Selain dari makan-makan, anda juga boleh juga berkunjung ke Galeri Tamadun Islam (GTI) yang akan diadakan sempena Kelcheff untuk menyaksikan pameran Pedang Laksamana Cheng Ho, al- Quran terbesar tulisan tangan, pedang Amru al-As, baju perang lengkap kerajaan Uthmaniah dan kira-kira 300 artifak lain.Dan yang paling menarik adalah anda berpeluang melihat kalimah ‘La ilaa ha illallah’ yang tercatat pada sebiji beras yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Tapi jangan risau ok? di sana nanti akan disediakan kanta pembesar untuk anda melihat dengann lebih jelas lagi salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.


salah satu tarikan di Galeri Tamadun Islam (GTI)


Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa luangkan masa anda untuk berkunjung ke sana nanti ok?jangan risaukan tentang parkir kereta kerana parkir ada disediakan di hadapan Stadium Sultan Muhammad IV dan Dewan Jubli Perak dan sebanyak 100 beca akan disediakan secara percuma bagi mengangkut pengunjung pesta makanan berkenaan dari kawasan tempat letak kenderaan ke lokasi festival (nak bagi saguhati sikit pun apa salahnya)

Oh, satu lagi,selain beca beberapa buah bas kecil untuk tujuan tersebut. Mudah bukan? Jadi apa tunggu lagi JOM SERBUUUUUUUUUUU