Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU .PIUNG ......POW POW POW (BUNGA API)

Lamanya tak menulis kat blog aku ni.Bukannya pe, otak seperti dah beku seperti bekunya ais di kutub selatan (ada ais lagi ke kat sana?)

Hari ini 16 Mei 2011 adalah Hari Guru Malaysia.Jadi, saya (ganti nama formal jap) ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya baru mengenal abc sehingga saya berjaya menjejakkan kaki ke universiti.Terima kasih untuk segala ilmu yg cikgu telah ajarkan.

13 tahun sebagai pelajar sekolah, banyak perkara suka duka telah saya lalui bersama guru saya.Kalau nak senaraikan satu satu, tiga hari tiga malam pun belum tentu habis.Tapi sempena hari guru ni, akan saya imbas balik semua memori saya dengan guru-guru saya walaupun guru saya mungkin takkan baca blog saya ni.Taknak cite yang baik-baik je, kang dikata memuji diri sendiri pulak.Jadi saya imbas kenangan2 nakal je ok?

Masa tadika, selepas habis waktu belajar Cikgu Dah (sori cikgu lupa nama penuh) selalu minta saya ngan kawan2 tunggu dulu sebab dia nak bagi makanan yang masih berbaki untuk kitorang bawak balik.Budak budak dapat makanan, memang seronokle

Masa darjah 3, murid-murid darjah 6 buat rombongan sekolah ke Hospital Besar Kuala Terengganu tapi kami yang kecik nipun nak ikut sekali.Lepas pujuk cikgu Sidek, saya dengan 5 orang kawan sekelas dapat ikut sekali.Bangga siot dalam kelompok murid darjah 6 ada terselit kami berlima dari darjah 3.hehe

Masa darjah 5, selalu kena rotan kat tapak tangan oleh Mrs Teng sebab tak pandai main rekorder.Cuba kalau pandai, mesti jadi ahlil muzik.Kwangkwangkwang.

Masa darjah 6, gara-gara tak ingat sifir, lebam kena cubit ngan Cikgu Mahadi.Sakit woooo.Tapi taklah pulak sampai nak report kat mak ayah cam sekarang ni.Cikgu sekarang makin garang ke murid yang makin manja??? hmmmmmmm

Masa tingkatan 1, lupa nak wat kerja rumah Matematik tapi bila cikgu tanya mana buku tulis, saya cakap tertinggal kat rumah.Ampun cikgu.

Masa tingkatan 2, kena panggil ke bilik guru oleh cikgu Sains, Cikgu Rosli sebab nota tak lengkap.Nape malas beno aku dulu????

Masa tingkatan 3, terkantoi meniru dalam ujian Pendidikan Islam.Tak sempat tiru pun (percubaan meniru tu ada.Kira tirulah cik pija oooi)

Masa tingkatan 6, agak geram dengan sorang cikgu ni sebab dia denda saya berdiri luar kelas.Sebabnya lambat masuk kelas.Padahal bukan gi mana pun, ada mesyuarat PRS masa tu.Tapi 3 tahun lepas jumpa balik cikgu tu dan dah minta maaf pun.Sori ya cikgu.Anak muridmu ini bengong sikit.


ooo tidak, rupanya banyak kelakuan nakal aku masa sekolah.Ingatkan sikit je.Tupun yang ingat je.Yang lupa entah berapa bakul lagi agaknya.

Kepada adik adik yang masih bersekolah tu, jangan lawan cakap cikgu ok? Kang tak berkat pulak belajar nanti.Jangan tiru macam saya ok?