Sunday, October 14, 2012

HIJAB ALLAH

Bila aku dengar lirik Malique dalam lagu Teman Pengganti, setiap kali itu juga aku cuba untuk faham apa maksud tersirat di sebaliknya. Ini  kerana ada satu baris ayat yang menarik aku untuk mendalami maksud sebenar ayat itu

 70 000 hijab harus ku singkap. Apa maksudnya???

Hijab atau tirai itu berkenaan dengan  mereka yang terdinding / terhalang  dengan Zat Yang Agung itu...Nur / Cahaya Allah. Ada sebuah hadis yang menyebutkan ;

"Allah mempunyai 70 000 hijab cahaya dan gelap;  sekiranya Dia membuka hijab itu,  maka Keagungan wajahNya nescaya  akan menelan tiap-tiap orang yang menelannya dengan pandangannya" 

Bagaimana Nabi Muhammad Bertemu Allah di Sidratul Muntaha Pada Jarak Hanya "Dua Busur Panah" 

 

Dalam perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka.
Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.
Sesungguhnya syurga itu ada lapan jenis.
Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”
Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.
Kata Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat.”
Kemudian Rasulullah berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu. Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.
Rasulullah terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu`lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke hudh (kolah) Rasulullah.
Bejananya (timba) seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah dari syurga itu.
Nabi Muhammad kemudian diperlihatkan keadaan neraka. Dalamnya ada ghadaballah (kemarahan Allah) terhadap musuh-Nya dan yang ingkar perintah-Nya. Jika dijatuhkan batu atau besi ke dalam neraka itu, nescaya hancur lebur ia dalamnya.
Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kaum memakan bangkai. Bertanya Baginda kepada Jibril: “Siapa ini, wahai Jibril?”
Jawab Jibril: “Inilah mereka yang makan daging saudaranya dengan mengumpat.”
Baginda juga dapat melihat malaikat Malik penjaga pintu neraka, lalu ia memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah menjawab salam Malik. Malik ialah malaikat yang boleh diketahui kemarahannya menerusi mukanya yang sangat masam.
Sesungguhnya neraka itu terletak di bawah tujuh petala bumi. Ia mempunyai tujuh jenis, iaitu:
· Neraka Jahannam.
· Neraka Lazha.
· Neraka Khutamah.
· Neraka Saeir.
· Neraka Saqar.
· Neraka Jahim.
· Neraka Hawiyah.
Rasulullah kemudian diangkat ke Sidaratul Muntaha dan ditutupi awan.
Jibril tertinggal, lalu Rasulullah berhenti menunggu. Di sini Jibril pun memasukkan Baginda ke dalam nur sambil berkata: “Engkau dan Tuhan engkau saja.”
Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda kepada Jibril bermaksud:
“Adakah di sini sahabat hendak meninggalkan sahabatnya?”
Berkata Jibril: “Inilah saja tempatku, jika aku melintasi kawasan ini nescaya terbakar aku dengan nur.”
Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?”
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi.
“Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”

Nabi kemudian tiba di hadapan Arsy (singgasana Allah). Nabi Muhammad s.a.w melihat ‘Arsy Allah yang dijunjung di atas kepala para Malaikat. Nabi Muhammad s.a.w dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya. Tiada seorang pun daripada nabi atau mursalin melihat Allah sebelum ini. Sebaik Nabi Muhammad s.a.w melihat Allah, lantas beliau terus sujud menyembah-Nya.
Berfirman Allah: “Wahai Muhammad.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w: “Labbaika.” Firman Allah lagi: Angkatkan kepalamu, mohonlah apa yang engkau hendak Aku berikan kepadamu.”
Nabi Muhammad s.a.w pun mengangkat kepalanya sambil berkata: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku angkatkan engkau sebagai Habib (kekasih) dan Aku utuskan engkau untuk manusia seluruhnya supaya mengabarkan berita gembira dan memberi peringatan.
Aku luaskan dadamu dan Aku buangkan daripadamu dosamu dan Aku angkatkan untukmu zikirmu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia dan Aku jadikan umatmu itu sederhana. Dan Aku jadikan umatmu orang yang pertama dan orang yang terakhir dan Aku jadikan umatmu itu tiada sah khutbah dan solat hingga mereka itu berikrar bahwa engkau hamba-Ku dan pesuruh-Ku.
“Dan Aku jadikan daripada umatmu beberapa kaum yang mana hati mereka berpaut dalam hati mereka. Aku telah jadikan engkau Nabi yang mula-mula diciptakan dan Nabi yang terakhir dibangkitkan, dan Aku jadikan engkau orang yang mula-mula dibicarakan pada Hari Kiamat.
“Dan Aku berikan engkau tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dalam sholat yaitu surah al-Fatihah, yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikan engkau penutup surah al-Baqarah, harta yang bernilai di bawah Arasy, ia tiada Aku beri kepada nabi sebelummu.
“Dan Aku berikan engkau dengan delapan saham berharga yaitu Islam, hijrah; sedekah; menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar; dijadikan engkau pembuka dan penutup; diberikan engkau panji-panji kepujian, maka Adam dan lainnya berada di bawah panji-panji engkau. Dan sesungguhnya pada hari Aku menjadikan tujuh petala langit dan bumi.
“Aku fardukan ke atasmu dan umatmu 50 waktu sholat, maka dirikanlah ia.”

Selesai bermunajat kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w pun kembali mendapatkan Jibril. Lalu Jibril pun memimpin tangan Nabi untuk turun. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w dibawa menemui nabi Ibrahim a.s.
Sesudah itu Nabi Muhammad s.a.w turun ke tempat Musa a.s.. Musa bertanya”Apakah yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu? Nabi Muhammad s.a.w menjawab, “Sesungguhnya Allah memfardukan ke atasku serta umatku dengan 50 waktu solat sehari semalam.”. kata Musa, ‘Kembalilah kepada Tuhan mu, mintalah keringanan, karena umatmu tidak sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencoba terhadap bani israil”
“Sesungguhnya Bani Israel yang gagah tidak mampu melakukan amalan yang lebih sedikit daripada itu, sedangkan umatmu lemah tubuhnya, lemah hatinya, mana mungkin mereka mampu melaksanakan tugas seberat itu.”
Selepas mendengar kata-kata Musa itu, Nabi Muhammad s.a.w pun memandang Jibril. Jibril mengisyaratkan supaya Nabi Muhammad s.a.w kembali ke Sidratul Muntaha untuk menemui Allah untuk diringankan apa yang telah difardukan.
Nabi Muhammad s.a.w kemudian kembali kepada Allah lalu beliau sujud kepada Allah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ringankan terhadap umatku apa yang diperintahkan-Mu. Sesungguhnya umatku adalah terlalu daif.”
Firman Allah: “Sesungguhnya telah Ku-kurangkan untuk umatmu itu lima waktu solat.” Solat yang tadinya diwajibkan 50 kali sehari itu dikurangi menjadi 45 kali saja.
Nabi Muhammad s.a.w kemudian kembali menemui Nabi Musa. Nabi Muhammad s.a.w berkata kepada Nabi Musa, “Sesungguhnya Allah sudah mengurangkan untukku lima waktu solat.”
kata Musa, “umatmu tidak sanggup menunaikannya sebanyak itu, kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu mintalah keringanan”. Nabi kemudian berulang-ulang pulang pergi antara Tuhan dengan Musa. Sehingga akhirnya Allah swt berfirman” Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardhukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardhu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardhu sama dengan lima puluh solat fardhu. Begitu juga siapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, niscaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya siapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya.

Setelah mendapatkan keringanan dari Allah SWT lalu nabi kembali ke tempat Musa dan diceritakan kepadanya apa yang telah difirmankan Tuhan itu.
Berkata Musa: “Kembalilah kamu kepada Tuhanmu wahai Muhammad, mohonlah keringanan sekali lagi dan sesungguhnya umatmu tiada kuasa untuk melaksanakannya.”
Jawab Nabi Muhammad: “Sesungguhnya aku telah berulang alik kepada Tuhanku beberapa kali hingga aku merasa malu terhadap Tuhanku dan tetap aku laksanakan perintah-Nya ini.”
Tatkala itu, terdengar seruan: “Telah Aku laksanakan yang Aku fardhukan dan Aku ringankan untuk hamba-Ku.”
Berkata Musa: “Turunlah engkau wahai Muhammad dengan nama Allah.”



Allahuakbar, betapa Agungnya kebesaranMu Ya Allah.Terasa begitu kerdil diri ini kerana masih banyak kekurangan diri dalam mengenalMu.Pimpinla aku agar aku tidak berpaling dariMu dan tersasar dari jalanMu.Amin Ya Rabbal Alamin



Saturday, October 13, 2012

BELAJAR BAHASA KOREA

Kalaulah 10 tahun lepas dah ada youtube, pasti aku akan belajar bahasa Mandarin dan Jepun.Sebabnya dulu aku suka gak layan drama  Taiwan dan Jepun.Tapi disebabkan sekarang Korea tengah naik, apa kata kalau belajar bahasa Korea.

So, macam mana nak belajar bahasa Korea ni??

Mula-mula kena start dari asas.Belajar mengenal karakter tulisan (Hangul).Bila dah kenal dan dapat baca Hangul, mudahlah untuk ke peringkat seterusnya.



Inilah Hangul.Belajar kenal vokal dan konsonan dulu.Itu penting



Pastu cuba fahamkan struktur ayat dalam Bahasa Korea.Kalau dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris , struktur ayatnya ialah SVO (Subjek,Verb, Object), tetapi dalam bahasa Korea ( atau Jepun, Turki dan sesetengah bahasa Parsi dan Latin) struktur ayatnya ialah SOV (Subject, Object, Verb).

Contoh ayat :

Bahasa Melayu           S           V            O
                               Saya      Makan      Nasi

Bahasa Korea             S           O            V
                              Saya        Nasi      Makan


kemudian cuba belajar tatabahasa dan cara penggunaan ayat.Ia mungkin mengambil masa dan sentiasa fokus kerana bahasa Korea ni agak banyak cabangnya.Satu perkataan sahaja, berbagai gaya pengucapan boleh jadi.Yang ni kena belajar lagi tentang bagaimana dan situasi apa patut sesuatu perkataan tu digunakan.

Contoh        Sarang = Cinta (ayat ni yg paling popular, kita ambik contoh ni) boleh jadi Saranghae, Saranghamnida, Saranghaeyo, Saranghandago dan macam2 Sarang lagi.Aku pun konfius bila dan camne nak guna imbuhan2 (kira cam imbuhanlah tu yek) tsb.

Satu lagi, Bahasa Korea ada 2 struktur ayat iaitu formal dan tak formal.Ayat formal selalunya berakhir dengan Hamnida manakala tak formal pulak Haeyo.

Contoh : Formal      =  Saranghamnida
              Tak formal = Saranghaeyo

Bahasa formal digunakan dalam situasi ketika berbual dengan orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali, antara pekerja dan bos, dalam ucapan dll manakala bahasa tak formal pula lebih kasual.Contohnya sesama teman sebaya.

 Itu asasnya.Bagi aku sendiri, kena tahu Word Stem (perkataan asas), baru senang nak refer pada dictionary.Takyah fikir camne nak bertutur atau nak fasih sebab itu memerlukan masa yang panjang.Cukup sekadar kita boleh faham makna.Nak lebih terer lagi, silalah cari guru yang boleh ajar kita dengan lebih detail lagi.Mana tahu boleh jadi bahasa ke3.Hehe

Cara aku :
  1.   Belajar Hangul dan faham karakter
  2.   Kenali word stem
  3.   Cuba dengar balik perkataan yang digunakan samada dalam lagu  atau drama.Nak senang dalam lagu  sebab boleh tengok lirik.
  4. Highlight mana2 perkataan yang anda tak faham dan rujuk pada kamus macam yang aku buat ni





Obses @ takde keje sebenarnya aku ni???






Friday, October 12, 2012

JUMPA DI FINAL

Tahniah kepada Pahlawan Merah kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala Malaysia edisi 2012.Semoga kemenangan berpihak kepada kita.Insyaallah.Teringat pulak semasa final Piala Malaysia 2010.Masa tu kami sekeluarga berada di KL untuk konvokesyen Apiz .Masa tu jugak Kelantan berjaya meraih Piala Malaysia buat pertama kalinya.

Dan tahun ni, seperti skrip yang berulang, kami akan ke KL untuk konvokesyen Zila yang mana timingnya sekali lagi sama dengan final Piala Malaysia.Adakah kemenangan berjaya diraih sekali lagi??? Kita tunggu dan lihat je nanti.

Doa kami sentiasa bersama TRW...Ayuh gemilangkan bola sepak tempatan.Fighting.....


2 gol hasil jaringan Ghaddar dan Piya