Monday, August 13, 2012

AKHIRNYA YANG DITUNGGU DAH TIBA (TO THE BEAUTIFUL YOU)

HANA KIMI


TO THE BEAUTIFUL YOU

Tentu ramai yang pernah menonton drama bersiri Jepun yang amat amat popular sekitar tahun 2007, Hana Kimi (adaptasi daripada manga ke kaca tv).Disebabkan sambutan yang hangat oleh para peminat, drama ini telah dibikin semula dalam versi Taiwan,Hua Yang Shao Nian Shao Nu dan dilakonkan oleh pelakon/penyanyi Taiwan kegemaran aku Ella Chen (sebenarnya, baru je aku suka Ella Chen ni.Sejak dia berlakon dengan Jerry Yen dlm drama Down With Love).Versi Taiwan ni pun dapat sambutan yang hangat jugak.

Dan sekarang masanya untuk layan drama tersebut dalam versi Korea pulak, To The Beautiful You.Memang aku ternanti-nanti drama ni disiarkan.Maklum sajalah, Choi Minho jadi pelakon utama.Masa mula dapat tahu pelakon wanitanya adalah Sulli f(x) , aku cam hmmmmmm.Tapi bila dah tengok dia punya teaser, rasa not badla.Pandai gak dia berlakon.Satu lagi, walaupun diakui dia memang cantik, tapi dalam drama ni dia berkali2 ganda lagi cantik.Mungkin stail rambut pendek tu sesuai dengan dia kot.

Aku suka Hana Kimi sebab ia sangat2 lawak.Versi Korea pulakselalunya lebih kepada romantik.Betul tak? Apa-apapun kita layan dulu drama ni, pastu komen.kan????


Barisan Pelakon

Sulli Choi as Goo Jae Hee (Mizuki Ashiya)

- menyamar sebagai lelaki dan berpindah ke sekolah Tae Joon dalam misi membantu Kang Tae Joon untuk kembali bermain lompat tinggi.
Link
Choi Min Ho as Kang Tae Joon (Izumi Sano)
-pemenang pingat emas acara lompat tinggi yang telah berputus asa untuk kembali aktif selepas mengalami kecederaan.

Lee Hyun Woo as Cha Eun Gyeol (Shuichi Nakatsu)
-Pemain bola sepak yang berbakat.Disebabkan kebolehan, paras rupa dan sikapnya yang positif, dia menjadi idaman pada gadis walaupun pada hakikatnya dirinya sendiri belum pernah merasa bagaimana rasanya jatuh cinta