Friday, April 26, 2013

LELAKI - YUNA

nak cite apa ya?

Takde cerita baru, apa kata dengar lagu baru Yuna, Lelaki.Agak unik lagunya cam lagu dulu2. Susunan muziknya ada up and down.Tak reti nak explain lebih, tapi memang enak didengar.Paling menarik dia punya French accent.Cam betul2 orang Perancis lak.Dengar jelah



Wednesday, April 17, 2013

KIRI KANAN GWIYOMI

2 3 hari ni makin popular pulak lagu Gwiyomi.Sana sini semua sibuk memparodikan lagu ni.Tapi apa itu Gwiyomi @ Kiyomi ni? Jom kita cek.

Gwiyomi adalah single terbaru dari Hari yang telah dilancarkan pada 18 februari 2013.Lagu ini diinspirasikan daripada rapper Jung ll hoon dari grup BTOB. Alkisahnya dalam sebuah rancangan variety terbitan MTV "BToB MTV DiaryMany", ll Hoon telah membuat pelbagai gesture @ gerak badan yang ala2 cute gitu yang  pada akhirnya, sehingga akhir 2012 Kiyomi ni telah dipesembahkan oleh ramai bintang2 idola Korea Selatan seperti Super Junior, Infinate, Miss A dll.

Dah namanya pun sekarang Kpop tengah mencanak naik, maka peminat2 Kpop turut tak mahu ketinggalan memparodikan lagu ni sehingga ia akhirnya menjadi sensasi baru dunia maya.Kalau kena yang muka comel2 tu, memang glamorla kejap.

Ini dia pencetus Kiyomi





dan dalam banyak2 kiyomi, aku paling suka yang kat bawah ni.Sebab ada Lincorn, Ilayda, Aleyna, Daniel, Leo dan Mavin.2 3 org kanak2 lagi tu aku tak kenal.Tapi mereka semua memang kyeopta.Kan???

.

Tuesday, April 9, 2013

SAYA PILIH MENGUNDI

Kebelakangan ini suhu Malaysia semakin membahang.Meledak sehingga mengalahkan ledakan geometri Ahad lepas.Suhu yang hanya melanda setiap 5 tahun sekali ni membuatkan ramai gelisah, resah dan tak senang duduk.Kerana pada ketika inilah, setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan turun beramai-ramai membuang undi untuk memilih barisan kepimpinan baru yang akan mengemudi negara untuk penggal seterusnya.

Mungkin agak klise untuk bercerita tentang meriahnya bendera parti yang berkibaran, mahupun pungpang pungpang ceramah yang menghangatkan hampir setiap malam sehingga tibanya hari mengundi.Tapi, inilah situasinya.Taknak mengulas panjang lebar, hanya ingin aku katakan, ini adalah kali ke3 aku akan memangkah kertas undi.Tanggungjawab sebagai pengundi akan aku galas sebaik mungkin kerana setiap undi itu sangat berharga.Mungkin dengan satu undi itu mampu untuk mengubah keputusan undian.

 Satu lagi, undi adalah hak setiap orang.Jadi, kita kenala hormat walau siapa saja orang sekeliling kita ingin pilih.Bukan apa, politik ni isu panas.Hatta suami isteri pun boleh gaduh semata2 berlainan ideologi politik inikan pula sahabat, rakan sekerja mahupun jiran.Jalan terbaik, tunjukkan sokongan anda pada kertas undi, bukan dengan cara bertekak sesama sendiri.Lain pulak jadinya nanti.

Untuk itu, marilah kita sama2 mengundi.Kerana jika anda tidak mengundi anda tidak berhak untuk komplen apa saja yang akan berlaku nanti.Sekian, terima kasih. :)








Saturday, April 6, 2013

HOMEMADE PIZZA

Hari ni aku nak buat pizza.Ikut perancangan asal nak buat semalam.Tapi terpaksa cancel sebab suma takde kat rumah.Untuk jimatkan masa aku dah siapkan bahan2nya lebih awal spt tumisan ayam dan cendawan, sosej, crabstick dan meatball yg aku potong.Jadi balik keje nanti hanya buat doh saja.Resipi untuk buat doh ni,aku ambil dari pelbagai sumber.Majalah, youtube dan blog masakan selalunya jadi rujukan.Asas tetap sama, tepung, yis, garam, gula dan minyak zaitun.Tinggal lagi sukatan je berbeza.Dan untuk kali ni aku buat thin crust pizza.Cuba kelainanla pulak.

Bahan2 untuk crust
1 sudu makan ragi segera
350 ml air suam
500gm tepung serbaguna
1 sudu makan minyak masak
sedikit garam

Uli semua bahan dan perap selama 1 jam.
Uli lagi dan bahagi kepada 3 bahagian dan tekankan ke dalam tin pizza ukuran 30cm bulat.
Perap lagi selama 1 jam dan cucuk-cucukkan doh supaya angiin yang terperangkap dapat keluar.hehe
Letakkan sos, bahan untuk topping dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 10- 15 minit

Bahan2 untuk sos
8-10 biji tomato masak (buang biji dan kisar halus)
1 biji bawang besar (kisar kasar)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
1 sudu besar pes cili
2 sudu besar minyak zaitun @ minyak sayuran
2 sudu besar gula (ikut rasa)
sedikit garam dan serbuk lada hitam
sedikit oregano

Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan pes cili.Masukkan tomato, gula, serbuk lada hitam, oregano dan garam.Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.
 



Bahan untuk topping.Mozzarella cheese tu aku beli kat kedai bahan2 kek.1 kali lagi murah dari yg supermarket


Sebab dah nak expired, baki wat spagheti aritu pun aku masukkan sekali


tada...


tak banyak pulak talinya






Monday, April 1, 2013

KUNJUNGAN TEMAN LAMA

Makin lama makin takde idea nak menulis.Sebab tu letak Korean Phrases, taknak bagi blog kosong.Kot2lah bermanfaat pada yang nak belajar.

Khamis lepas, aku dikunjungi kawan lama dari zaman sekolah hingga uni, Siti Eshah.Lama benar kot tak jumpa dia.Seb bek ada blog.Dapat jgk follow perkembangan.Walaupun dapat jumpa sekejap je tapi berbaloi.Maklum sajala aku di kampung.Bila ada teman2 lama datang berkunjung terasa seperti dihargai sangat.Masih ada yang ingat aku rupanya.Terima kasih Eshah, ada masa nanti datang lagi tau? kalau boleh balik lama2 skit.Blh kita gi umah Soe, sembang panjang2.

Banyak kenangan aku ngan Eshah.Di uni, bilik dia dan Soelah jadi tempat aku lepak sementara menunggu kelas.Pastu aku suka giler beli makanan kat kolej Eshah, Ungku Omar.Best2 semuanya.Nyum nyum.Satu kenangan tak boleh lupa bila aku jatuh dari tangga bilik air kat kolej dia.Sakit gilerrr.Hampir sebulan sembahyang takleh nak duduk dengan betul.Mencucuk2 je.Sepanjang di UKM, 3 kali aku jatuh.Pertama jatuh tangga, kedua jatuh masa turun bukit kat kolej Soe, ketiga jatuh dari bas.Jatuh dari bas tu paling memalukan.Sampai terbaring aku atas jalanraya.Pakcik yang bawak bas tu punya hal lah.Kaki aku tak jejak lagi tangga last, dia dah gerak.Maunya tak jatuh aku.Dahlah kat traffic light betul2 depan UKM.Bengang.Eh, dah lari topik pulak.

Kalau nak cerita kenangan, memang sangat banyak.Tapi memandangkan tak banyak masa yang ada aku sambung lain kali jelah.Choww

Nota Kaki : Mana Ain?? hilang camtu je.Padahal sama2 dok kampung.Takde pula terserempak ke apa.Rindu benar nak jumpa.