Tuesday, April 9, 2013

SAYA PILIH MENGUNDI

Kebelakangan ini suhu Malaysia semakin membahang.Meledak sehingga mengalahkan ledakan geometri Ahad lepas.Suhu yang hanya melanda setiap 5 tahun sekali ni membuatkan ramai gelisah, resah dan tak senang duduk.Kerana pada ketika inilah, setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan turun beramai-ramai membuang undi untuk memilih barisan kepimpinan baru yang akan mengemudi negara untuk penggal seterusnya.

Mungkin agak klise untuk bercerita tentang meriahnya bendera parti yang berkibaran, mahupun pungpang pungpang ceramah yang menghangatkan hampir setiap malam sehingga tibanya hari mengundi.Tapi, inilah situasinya.Taknak mengulas panjang lebar, hanya ingin aku katakan, ini adalah kali ke3 aku akan memangkah kertas undi.Tanggungjawab sebagai pengundi akan aku galas sebaik mungkin kerana setiap undi itu sangat berharga.Mungkin dengan satu undi itu mampu untuk mengubah keputusan undian.

 Satu lagi, undi adalah hak setiap orang.Jadi, kita kenala hormat walau siapa saja orang sekeliling kita ingin pilih.Bukan apa, politik ni isu panas.Hatta suami isteri pun boleh gaduh semata2 berlainan ideologi politik inikan pula sahabat, rakan sekerja mahupun jiran.Jalan terbaik, tunjukkan sokongan anda pada kertas undi, bukan dengan cara bertekak sesama sendiri.Lain pulak jadinya nanti.

Untuk itu, marilah kita sama2 mengundi.Kerana jika anda tidak mengundi anda tidak berhak untuk komplen apa saja yang akan berlaku nanti.Sekian, terima kasih. :)








2 comments: