Monday, April 1, 2013

KUNJUNGAN TEMAN LAMA

Makin lama makin takde idea nak menulis.Sebab tu letak Korean Phrases, taknak bagi blog kosong.Kot2lah bermanfaat pada yang nak belajar.

Khamis lepas, aku dikunjungi kawan lama dari zaman sekolah hingga uni, Siti Eshah.Lama benar kot tak jumpa dia.Seb bek ada blog.Dapat jgk follow perkembangan.Walaupun dapat jumpa sekejap je tapi berbaloi.Maklum sajala aku di kampung.Bila ada teman2 lama datang berkunjung terasa seperti dihargai sangat.Masih ada yang ingat aku rupanya.Terima kasih Eshah, ada masa nanti datang lagi tau? kalau boleh balik lama2 skit.Blh kita gi umah Soe, sembang panjang2.

Banyak kenangan aku ngan Eshah.Di uni, bilik dia dan Soelah jadi tempat aku lepak sementara menunggu kelas.Pastu aku suka giler beli makanan kat kolej Eshah, Ungku Omar.Best2 semuanya.Nyum nyum.Satu kenangan tak boleh lupa bila aku jatuh dari tangga bilik air kat kolej dia.Sakit gilerrr.Hampir sebulan sembahyang takleh nak duduk dengan betul.Mencucuk2 je.Sepanjang di UKM, 3 kali aku jatuh.Pertama jatuh tangga, kedua jatuh masa turun bukit kat kolej Soe, ketiga jatuh dari bas.Jatuh dari bas tu paling memalukan.Sampai terbaring aku atas jalanraya.Pakcik yang bawak bas tu punya hal lah.Kaki aku tak jejak lagi tangga last, dia dah gerak.Maunya tak jatuh aku.Dahlah kat traffic light betul2 depan UKM.Bengang.Eh, dah lari topik pulak.

Kalau nak cerita kenangan, memang sangat banyak.Tapi memandangkan tak banyak masa yang ada aku sambung lain kali jelah.Choww

Nota Kaki : Mana Ain?? hilang camtu je.Padahal sama2 dok kampung.Takde pula terserempak ke apa.Rindu benar nak jumpa.





2 comments:

  1. Mun lain kali cerita pasal jatuh cinta lak hikhikhik...

    ReplyDelete
  2. nak cite pasal jatuh cinta camne takde pengalaman.huhu

    ReplyDelete