Tuesday, May 29, 2012

MADEN KENAPA COMEL SANGAT??

Dah besar dah Maden.Makin comel je.Tambah pulak ngan rambut yg macam helmet tu, lagi tambah cute.Boleh caras Mason & Mavin ni.Kalau dulu dengan Omma T ara sekarang dengan Appa Shinhwa plak.Bestnya jadi Maden.Dapat jumpa orang cantik & hensem selalu.hehe




















INI BARU GILERRRRR

Macam pelik jika dikatakan aku tak pandai beli pakaian sendiri.Sebabnya dari kecik aku pakai je baju yang ma belikan untuk aku tanpa banyak soal.Tak seperti Zila dan Zon yang ada citarasa sendiri, aku lebih senang terima apa je yang ma belikan untuk aku.Mana yang elok bagi dia, cantiklah bagi aku.Pakaian pertama yang aku beli ialah T shirt kolej pada usia 20 tahun.Tudung pertama masa umur 23 (baru keje) dan baju kurung pertama masa 24 tahun.

Sebab tu sampai sekarang aku tak berapa tahu pasal fesyen terkini.Tapi sejak Zila pun dah meningkat dewasa, perunding imej aku dah bertukar dari ma kepada dia.Dia yang akan bagitau fesyen apa yang sedang popular dan cadangkan busana (busanalah sangat) yang sesuai untuk aku.Sandal pun dia pilih patern camne.

Tapi sejak 2 3 menjak ni aku menjadi sangat gilakan koleksi striped .Tak tahu bila ia bermula tapi aku dah mula jadi pengumpul setia koleksi striped ni.Cambest je bila dapat kumpul suma tu.Buat masa skang aku dah beli 4 helai baju tapi 1 dah dijual sebab terlalu tight.Dalam gamba cam ok je.

Untuk masa2 akan datang, tak taulah berapa helai lagi yg akan masuk dlm almari baju aku.Yang pasni ini kegilaan aku buat masa ni.

nota kaki : sekarang baru kumengerti makna hobi mengumpul sesuatu...keke


Baru ada 3.Kena tambah lagi nih...

Sunday, May 27, 2012

LA......DIA KE TU?

Tengah dok melayan Shinhwa Broadcast, tetiba terjumpa klip Jang Geun Seuk ngan Andy.Kali pertama konfius gak sebab kuar2 pun JGSnya.Tapi bila replay balik,budak lelaki yg chubby tu rupanya JGS.Sangat2 berbeza dengan JGS sekarang yang agak skinny.Yang pasti dulu @ sekarang, beliau tetap adorable.Kan?

Sunday, May 20, 2012

SELAMAT SUDAH

Alhamdulillah, majlis bertunang Zila dah pun berlangsung dengan selamat walaupun tuan empunya diri tak dapat menghadirkan diri kerana tak dapat cuti..Majlis yang pada asalnya hanya untuk merisik bertukar jadi majlis bertunang apabila pihak lelaki dah siap bawak cincin tanda dan barangan lain.Siap berpahar lagi.Nasib baik jiran sebelah sudi pinjamkan paharnya dan ma sendiri pun dah bercadang 2 3 barang-barang untuk dibalas oleh pihak perempuan.Sehari sebelum majlis, aku sibuk cari bahan2 keperluan untuk tugasan hakiki aku, buat kek.Hehe.

Balik keje kul 1, terus ke KB.Mula2 ke kedai jual bahan2 bantaran untuk beli bunga hiasan, pastu singgah Klinik Balqis beli ubat nenek dan last sekali ke kedai Barang Kita untuk beli bahan2 untuk kek aku nanti.Agak malang bila bahan yang dicari kehabisan stok.Terpaksa ke Jalan Hamzah pulak.Nasib aku baik kali ni.Kalau tak buntu nak pikir kek apa nak diganti.Sebabnya masa terlalu suntuk.Nak wat kek aising, nampak cam grand sangat.Nak wat kek biasa, takut simple sangat plak.Jalan tengah, wat marble cheese brownies je.Hampir kul 5 baru sampai rumah.

Plan asal nak terus buat kek tapi bila tengok dapur bersepah, mood terus hilang.Aku takleh buat keje dalam keadaan dapur yang tunggang langgang.Bleh tension woo.Kena bagi clear ruang keje dulu baru boleh on.Tukar plan ke esok.Harap2 takde kesilapan yang berlaku esok.

Jumaat.Pagi2 dah kena bangun.Siapkan kek, kemaskan hantaran dan bantu2 tugas kat dapur.Nasib baik ada Kak Dah datang bantu.Dialah yg sediakan lauk pauk untuk tetamu hari tu.TQ Kak Dah.

Jam 3.30, rombongan meminang sampai.Zila kata 10 orang je yg nak datang, tapi nampaknya cam lebih.Lepas makan, perbincangan antara kedua belah pihak.Takde pantun @ madah kiasan.Direct to the point je, senang dan ringkas.Perbincangan selesai dalam masa kurang dari 1 jam.Very de simple.Pukul 5 semua dah beransur pulang.Basuh pinggan, kemas balik rumah, 6 petang suma beres.Sempatle tengok Running Man.Huhu, saat2 genting camni pun masih ingat RM.

Pas maghrib abah tanya, tak ambik gambar ke?Arghhhhh............lupa.Sori ye cik Hazila.Maklumlah tuan punya badan takde, sampai lupa nak ambik gambar.

Nota Kaki : 8 bulan dari sekarang, aku kena bersedia dengan soalan2 yang aku sendiri malas nak dengar.Sabarlah labu.



Yang ni sempat snap awal2 lagi.Nasib baik, kalau tak membebel manjang Cik Hazila kita.


Hantaran dari pihak lelaki.Yang dalam plastik purple tu berlakon je sebab suma dah dibagi2kan.Buah pun dah luak.Hehe


Cincin tunang Zila





Saturday, May 12, 2012

CITE BARU LAGI

Untuk kali ni banyak pulak drama2 Korea yg best ditayangkan hampir serentak.Kalau diibaratkan dengan makan, memang dah termuntah jawabnya.Bermula dengan Rooftop Prince, Fashion King, The King 2 Hearts dan sekarang aku dah sangkut dengan 1 lagi drama, Love Rain
.


Kalau tengok 2 episod pertama drama ni cam tak best.Agak slow dan sendu je.Ratingnya pun tak memberangsangkan.Tapi cuti sabtu lepas, tengok pulak episod 6.Dah masuk tahun 2012 pun.Watak dan perwatakan pun dah bertukar walau pada hakikatnya pelakon masih sama.Untuk episod kali ni, aku rasa cite dah start best.Sebabnya karakter watak utama Jung Hana lebih ceria dan bertenaga berbanding ngan watak maknya Kim Yoon Hee.Jalan cite pun dah tak sendu macam permulaan episod.Hehe..ayat baik sebagai alasan untuk sangkut ngan 1 lagi Kdrama.huahuahua.

Ni satu lagi, tak cukup ngan Running Man hari Jumaat, sambung lagi 2 episod untuk malam ni.Kalau ni tak dikata sbg kegilaan, nak kata apa lagi ya? obses mungkin



sanggup tunggu sampai kul 2am semata2 nak tgk Jin Hee & Chun Hee.Ish ish ish