Dah berakhir pun Pesta Buku Antarabangsa 2012.Sapa2 yang dah pergi tu pasti akan puas hati.Bukan apa, dah dapat buku yang diidamkan, tak kisahlah berapa banyak wang yang telah dibelanjakan.Pada yang tak sempat pegi tu, boleh datang lagi tahun depan.Don't worry.
Aku sendiri pernah sekali saja ke Pesta Buku Antarabangsa.Tupun sebab aku terlibat sebagai salah seorang dari peserta pesta tersebut.Sebagai salah seorang jurujual yang bertugas, memang banyak peristiwa yang aku lalui sepanjang 10 hari berada di sana.
Grup kami tiba ke KL sehari sebelum berlangsungnya pesta buku.Pagi tu ada sesi briefing dengan grup dari HQ.Selepas tu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan ditempatkan di 3 booth berbeza.Kemudiannya kami dibawa ke tapak pesta untuk meninjau persiapan yang telah dan sedang dilakukan.
Keesokan harinya, bermulalah tugas kami.Kejutan pertama masa tu ialah ketrampilan.Grup dari HQ begitu vogue sekali dengan suit dan mekap sedangkan kami hanya berbaju kurung tanpa secalit mekap.Hanya bedak tipis sahaja.Begitu juga bila menyapa pemgunjung, grup HQ kelihatan begitu agresif.Tidak hairanlah dalam sehari mereka dapat 5-6 orang pelanggan.Aku sendiri hanya dapat 3 orang pelanggan sahaja sepanjang berlangsungnya pesta.Bukan kepakaran aku yakinkan customer kot.
Melihat dari mata kasar, tugas seseorang jurujual (nama glamernya pegawai pemasaran) memang mudah, namun hakikatnya menuntut kekuatan mental dan fizikal.Bayangkan berdiri selama 12 jam selama 10 hari.Kena pulak kalau pakai high heel, memang boleh cramp kaki.Masuk hari ke 5, kaki aku memang sakit gila2.Lantai dipijak terasa seperti paku, mencucuk-cucuk tapak kaki.Sakitnya ketara bila bangun dari tido.Rasa cam nak merangkak je ke bilik air tetapi terpaksa juga gagahkan diri memandangkan masih ada 5 hari untuk dilalui.Di tapak pesta, banyak kali aku menghilangkan diri ke bilik air untuk tanggalkan kasut dan berkaki ayam.Dah tak peduli bilik air tu bersih ke tidak (tapi PWTC punya tandas bersih).
Tapi, dalam sengsara ada jugak bestnya di sini.Dapat jumpa artis yg jarang2 skali dapat jumpa dan berkenalan dengan kawan2 baru.Hehe.Paling best bila hari terakhir pesta.Masa tu harga buku turun gila2.Berbelanja sakan aku.Dan jugak aku dapat banyak majalah2 percuma dari pakcik yang jaga gerai Utusan sebelah booth kitorang.Punya banyak majalah free sampaikan terpaksa aku bagi2kan dengan kawan2 yg lain.Tak larat nak bawak balik semua.Kawan aku tanya kenapa kau tiba2 dapat majalah free? banyak giler pulak tu..Aku cakap sebab aku baik kot.haha
Balik dari pesta buku, aku sempat ikut ke 2 3 tempat pameran lagi dan yang terakhirnya masa kat TTC, Terengganu.Balik je dari TTC, aku terus tak pegi keje dan off handphone.Tak nak lagi dah keje jurujual.Bukan jenis aku memaksa orang beli barang yg mereka sendiri taknak beli.
p/s : bukan berenti tak ikut cara yang betul tapi pihak pengurusan sendiri pun tak ikut prosedur bila ambil pekerja.Kami bekerja tanpa gaji.100% berdasarkan komisen.Ada customer ada gaji.Takde customer sendiri mau ingat.

No comments:
Post a Comment