So, macam mana nak belajar bahasa Korea ni??
Mula-mula kena start dari asas.Belajar mengenal karakter tulisan (Hangul).Bila dah kenal dan dapat baca Hangul, mudahlah untuk ke peringkat seterusnya.
Inilah Hangul.Belajar kenal vokal dan konsonan dulu.Itu penting |
Pastu cuba fahamkan struktur ayat dalam Bahasa Korea.Kalau dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris , struktur ayatnya ialah SVO (Subjek,Verb, Object), tetapi dalam bahasa Korea ( atau Jepun, Turki dan sesetengah bahasa Parsi dan Latin) struktur ayatnya ialah SOV (Subject, Object, Verb).
Contoh ayat :
Bahasa Melayu S V O
Saya Makan Nasi
Bahasa Korea S O V
Saya Nasi Makan
kemudian cuba belajar tatabahasa dan cara penggunaan ayat.Ia mungkin mengambil masa dan sentiasa fokus kerana bahasa Korea ni agak banyak cabangnya.Satu perkataan sahaja, berbagai gaya pengucapan boleh jadi.Yang ni kena belajar lagi tentang bagaimana dan situasi apa patut sesuatu perkataan tu digunakan.
Contoh Sarang = Cinta (ayat ni yg paling popular, kita ambik contoh ni) boleh jadi Saranghae, Saranghamnida, Saranghaeyo, Saranghandago dan macam2 Sarang lagi.Aku pun konfius bila dan camne nak guna imbuhan2 (kira cam imbuhanlah tu yek) tsb.
Satu lagi, Bahasa Korea ada 2 struktur ayat iaitu formal dan tak formal.Ayat formal selalunya berakhir dengan Hamnida manakala tak formal pulak Haeyo.
Contoh : Formal = Saranghamnida
Tak formal = Saranghaeyo
Bahasa formal digunakan dalam situasi ketika berbual dengan orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali, antara pekerja dan bos, dalam ucapan dll manakala bahasa tak formal pula lebih kasual.Contohnya sesama teman sebaya.
Itu asasnya.Bagi aku sendiri, kena tahu Word Stem (perkataan asas), baru senang nak refer pada dictionary.Takyah fikir camne nak bertutur atau nak fasih sebab itu memerlukan masa yang panjang.Cukup sekadar kita boleh faham makna.Nak lebih terer lagi, silalah cari guru yang boleh ajar kita dengan lebih detail lagi.Mana tahu boleh jadi bahasa ke3.Hehe
Cara aku :
- Belajar Hangul dan faham karakter
- Kenali word stem
- Cuba dengar balik perkataan yang digunakan samada dalam lagu atau drama.Nak senang dalam lagu sebab boleh tengok lirik.
- Highlight mana2 perkataan yang anda tak faham dan rujuk pada kamus macam yang aku buat ni
Obses @ takde keje sebenarnya aku ni???
Rajin sungguh awak blajar bhs korea... good luck fiza..
ReplyDeletebukan rajin sangat pun.selalu sgt tgk cite korea, terasa nak tau jugak maknanya.hehe.Tq ya
Deletesaya pun tengah belajar bahasa korea jugak . Baru permulaan , ada yang faham dan ada yang tak faham . Harap dengan post post awak nie dapat membantu saya :)
ReplyDeleteterima kasih miss chubby.Best jugak dapat belajar bahasa barukan?
ReplyDelete감사함니다
ReplyDelete아닙니다 :)
Delete1. Hello/Salam sejahtera = annyonghaseyo
ReplyDelete2. Saya cinta awak = nan naeoreul saranghae
3. Terima kasih = gomaweo
4. Saya juga = nado
5. Saya rindu awak = bogoshipeo
6. Awak buat apa? = mweohaeyo
7. Saya tak tahu = molayo
8. Sila duduk = anja juseyo
9. Sila makan = mogojuseyo
10. Sila berusaha = himne juseyo
mannaseo bangapseumnida :)
Delete정말 과워요 . 너를 매우 도움이된다 . 짱 !!!!!!
ReplyDeleteMcm mne nk cpt fhm..dia sama mmc bi ke?? Kena thu byk vocab n maksud ii ayt
ReplyDelete