Sunday, June 3, 2012
RUPA-RUPANYA KAMU BEGITU PENTING
Ingat tak bila kali terakhir korang menggunakan telefon awam?
Kalau aku, kali terakhir guna telefon awam ialah pada tahun lepas.Tupun sebab malas nak bawak handset pegi pasar.Terlupa nak beli apa, telefon mak guna telefon awam.
Kalau sebelum ada handset, telefon awamlah tempat untuk bergayut.Paling best kalau pondok telefon tu dekat ngan rumah.Terasa cam kita punya plak.Hehe
Tak seperti budak2 sekarang yang kenal telefon bimbit seawal zaman persekolahan,masa belajar di uni dulu, telefon awamlah tempat untuk melepas rindu pada keluarga.Tiap2 hari kumpul syiling sampai penuh tabung semata-mata nak cakap lama ngan mak.
Sekarang, suma tu dah takde lagi dah.Handset memudahkan komunikasi walau pada hakikatnya dah tak berapa rajin nak topup.Kadang terfikir jugak di benak kepala, masih relevenkah telefon awam sedang semua orang sudah berkemampuan untuk memiliki telefon bimbit waima telefon cap ayam sekalipun (termasuk aku sekalilah tu).Tapi sabtu lepas, aku sedar betapa telefon awam masih diperlukan di saat-saat yang terduga seperti yang aku alami.
Datangnya kawan aku, Nas Bee dari Rawang, Selangor ke Kelantan untuk majlis perkahwinan abang iparnya di Ketereh buatkan aku teruja.Bukan apa, dah lama tak jumpa.Kitorang janji nak jumpa pagi Sabtu kat rumah tumpangan tempat mereka menginap.Aku bertolak awal kerana nak singgah ke pasar KB tuk beli buah tangan untuk kawan aku tu.Masa tu sempat lagilah aku sms dia bagitau yang aku dah gerak.Sedang elok mesej aku dihantar, tetiba handset aku mati.Lupa nak cajlah pulak semalam.
Hati dah cuak.Nama tempat diorang menginap tupun aku ingat2 lupa.Walaupun tak jauh mana tapi aku memang tak arif bab2 ni.Sebabnya aku bukan kaki jalan.Dunia aku hanya rumah dan tempat keje.Paling jauh aku pegi pun setakat KB je.Memikirkan ni je peluang aku nak jumpa dia, aku teruskan jugak perjalanan.Nasib baiklah no telefonnya aku hafal.Boleh singgah mana2 public phone tuk kol dia nanti, pikir aku.
Tapi tak semua yang kita pikir tu akan berjalan dengan baik.Sepanjang perjalanan aku ke Ketereh, satu public phone pun aku tak jumpa.Plan lain, tanya orang.Ada dekat 5-6 orang aku sapa untuk dapatkan kepastian arah perjalanan aku..
Akhirnya sampai jugak aku kat Sekolah Kebangsaan Kedai Piah (kawan aku bagitau homestay tempat dia menginap tu depan sekolah ni.Berlaku satu lagi kekeliruan.Penduduk kampung yang sempat aku tanya, semua bagitau tak ada homestay pun kat depan sekolah tu.Aku mungkin silap tempat.Masak aku.Dahlah takleh nak contact diorang.Satu2nya public phone yang ada kat situ tak boleh guna.Telan duit aku lagi ada.Pening.....
Di sebalik mendung, tak selalu hujan, cewah.2 orang penduduk kampung yang aku jumpa telah bermurah hati pinjamkan handset diorang untuk aku gunakan.Rupa-rupanya bukan dekat Sekolah Kedai Piah homestay tu tapi kat sekolah lain yang aku sendiri lupa namanya.Hasben kawan aku tu dah ready tunggu kat luar takut aku tersasar lagi.Alhamdulillah, di sebalik kepayahan tu, dapat jugak aku jumpa kawan aku.Sebelum balik,kawan aku pesan kalau nak jumpa dia jangan lupa caj bateri handset dulu.Haha.Baiklah...akan kuingat semua tu.
Nota kaki :
@ Rupa-rupanya telefon awam masih penting, so jaga ia baik2 oke?
@ Terima kasih pada kakak dan abang yang sudi pinjamkan handset untuk saya
@ Tenet slowlah pulak, takleh nak tayang kawan baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment