Tuesday, April 27, 2010

HEPI BESDAY SOHAILAWATI

Soe : berdiri sebelah kanan



Hari ni hari lahir sahabat baik aku, Sohailawati bt Ibrahim.Semoga dia sentiasa dirahmati, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Aku kenal dia dah 15 tahun dari tingkatan 2.Kami sekelas sampailah ke tingkatan 6 dan seterusnya sama-sama melanjutkan pelajaran ke UKM.Di sekolah,kami taklah rapat sangat sebab masing-masing ada geng.Aku mula rapat ngan dia masa sama-sama kat UKM.Habis belajar, sama-sama kerja kilang,sama-sama masuk SLG dan sama2 merantau.

Dia sahabat yang terbaik pernah aku ada.Dia sentiasa ada masa aku senang dan susah.Dia pendengar yang baik.Pengalaman kerja di Kajang membuatkan aku sangat menghargai persahabatan ni.Aku cuba untuk jadi sahabat yang terbaik untuk dia tapi itu semua tak sebanding dengan apa yang telah dia berikan pada aku.

Kepada Soe, semoga kita akan kekal berkawan sampai bila-bila dan ore sayang Soe.Terima kasih kerana jadi kawan baik ore.
SLG 2003 Cosmopoint KB


BBQ sempena majlis perpisahan SLG 2003

Saturday, April 24, 2010

PERCUTIAN YANG MEMBOSANKAN

25 JULAI 2009

Tiba di KL ngan sepupu,Wani jam 5 pagi.Di sana jumpa Nazri (staff Terengganu) dan ke surau tuk solat subuh.Then, ambik komuter jam 6.30 pagi.Cadangnya nak mandi dulu tapi A.Man telefon bagitau kul 7.30 dah nak kena ada kat ofis.

Terus nek komuter ke Bandar Tasik Selatan dan dari sana, ambik cab untuk ke ofis.Sampai kat sana belum ada sapa-sapa pun lagi.Hampeh tul.

Kul 8 pagi, barulah sorang demi sorang datang, malangnya sorang pun aku tak kenal.Lepas tu barulah A.Man datang ngan anak2 dan isterinya.Staff KL mintak aku naik ofis, nak bagi T-Shirt yang memang khusus untuk trip ni.Kena tukar bajulah ni (walaupun mandinya belum....hehe).Pastu turun bawah dan nampaknya sarapan pagi dahpun diedarkan.Wani dahpun ambikkan untuk aku.Cuma masalahnya nak makan kat mana?

Selepas sesi bergambar, mula bertolak ke Genting.Memang janggal sangat sebab aku tak kenal sapa2 pun dalam bas kecuali Nazri n A.Man.Sampai di Genting jam 11.30pagi.Check in kul 2.30.Lama lagi tu.Jadi, kitorang ambik masa untuk pusing2 sekitar hotel dan pergi ke kaunter untuk tebus tiket ke Theme Park.

Jam 12 lebih, perut dah berkeroncong.Bihun tadi pun tak makan2 lagi.Tak tahu nak makan kat mana time kalut2 ni.Nasib baik jugak akhirnya ketua rombongan bagitau sapa2 yang nak makan tengahari dah boleh pergi ke First Cafe.Masa yang ditunggu-tunggu dah tiba.Tengahari tu aku makan nasi putih ngan sup ayam dan 2 3 jenis lauk lagi yang aku tak berapa ingat kerana hatiku dah terpaut dengan sup ayam ni.Memang lain sangat rasanya sebab dia ada letak kurma cina dan beberapa jenis lagi yang memang lain sangat dengan sup ayam yang biasa aku makan.Kira cam ala chinese style gitu.Memang sedap sangat.

Sebagai pencuci mulut pula, aku ambil macaroni cheese (pencuci mulut ke ni?) dan salad buah-buahan.Macam2 buah ada tapi yang paling aku gemar ialah saderi (ni satu lagi, camne salad buah blh terselit saderi plak?).Letak plak ngan sos thousand island.Fuh, terangkat beb.

Lepas kenyang, barulah check in (baru berkesempatan tuk mandi.hehe)Lepas solat Zuhur, turun ke Theme Park untuk mencuba semua permainan yang ada kat situ.Bermula dengan indoor hingga ke outdoor.Memandangkan hari ni adalah hari minggu, ramailah pulak pengunjung-pengunjung.Punyalah lama tunggu turn tuk main satu2 game tu.Baru sempat main corkscrew, flying dragon ngan mines train (lupa nama), tetiba aku dipanggil untuk ke dewan, bantu apa yang patut untuk dinner malam ni.Aduhh,potong betullah.Sampai kat bilik plak katanya takyah datang.Nanti malam je turun awal skit.Adessss.Punyalah terkejar2 dari theme park ke hotel.

Kul 7.30, aku dah dipanggil untuk ke dewan.Sembahyang maghrib pun belum g.Ahh....pas maghrib baru turun.Di dewan,aku diminta untuk jaga bhg pendaftaran.Ala taknakla (tapi hanya hatiku je yg berkata2).Dalam terpaksa buat jugalah.Selepas semua staff tiba, aku dengan seronoknya ingatkan tugas aku dah habis.Tapi nampaknya kena pulak susun cenderahati untuk tetamu.Aduhai....

Setelah tu, aku dan Wani (sian dia terpaksa tunggu aku) masuk ke dewan tuk ambik tempat kitorang.Tapi malangnya kerusi yang direservedkan untuk kitorang dah diambil orang.Hai...nasib2.Terpaksalah dok kat meja staff Ipoh.Acara dah bermula.Macam2 program yang diadakan seperti bercerita untuk kanak2, tarian Bollywood (dah macam kat India rasanya) dan karaoke.Tapi aku dah takleh nak concentrate sebab terasa letih dan mengantuk sangat-sangat.Yelah sampai tadi tak rehatpun lagi.Selepas sesi cabutan bertuah (aku dapat kipas.Jadile),mata aku dah takleh nak buka.Aku dan Wani tinggalkan majlis yang pada masa tu baru bermulanya pertandingan karaoke.Balik bilik,solat Isyak dan terus pengsan.Nasib baik sedar tuk solat subuh.

26 Julai 2009

Breakfast kat cafe.Roti bakar je (punyalah banyak jenis makanan, blur nak ambik yang mana).Pastu pi jalan-jalan sekitar hotel ambik udara segar.Pastu aku, Wani, A.Man n Family serta Kak Mah n family pi naik skyway.Memang kabus je, maklumlah masih pagi.Sampai kat bawah tu,pi jalan2 jap n beli souveniur skit then naik balik ke puncak.Aku n Wani decide nak balik sendiri sebab cadangnya nak g kat kolej Hafiz kat Bangi jap.Selepas check out dan salam2 mana yang patut,kami pun beredar.Tapi yang kelakarnya tunggu van tak sampai2.Last sekali jalan kaki naik bukit dari hotel ke skyway.Dahlah bawak beg lagi.Aduh penatnya.Sehinggakan berkaki ayam aku dibuatnya.

Sampai kat Kl, pi Sogo jap beli roti kat Four Leaves (favourite aku, snow danish).Tapi sayangnya roti fav aku tu takdelah plak hari ni.Isk.Pusing2 Sogo jap,pastu terus ke stesen komuter untuk ke Bangi.Sampai kat stesen plak, tren ke Seremban delay beberapa kali.Kali pertama aku ok lagi, kali kedua muka dah semacam.Kali ketiga aku dah tak sabar, terus pegi ke kaunter.Kat sana aku disuruh pegi jumpa pengurus stesen.Dia ingat aku takut.Aku apa lagi, pegi jela.Bila aku komplen kat pengurus tu dia blh kata nak wat camne.Memang bengonglah dia tu.Kalau kat Jepun usahkan seminit, sesaatpun takpernah delay.Akhirnya kul 4.30 baru nampak rupa tren.Tinggal beberapa jam je lagi sebelum bertolak balik ke Kelantan.Hampeh tul.Kalau tau tren delay, aku balik je ngan diorang.Ni duit abis beli tiket bas n skyway, masa pun terbuang gitu je.

Sampai kat Bangi jam 6 lebih, Hafiz bawak kami g makan kat restoren Azura,tempat port dia.Nasi goreng ayam black pepper.Fuh, best sangat.Kena pulak belum makan tengahari, memang berselera sangatle.Pas makan Hafiz terus bawak kami ke Hentian Kajang.Bukannya pe keta dia takde lampu,rosak.Kang dah gelap susah plak.

Kul 9, bertolak balik ke Kelantan.Penat dan x best langsung trip kali ni.Huh

P/S :punya tak best sampaikan 1 keping gambar pun tak ambik.

Tuesday, April 20, 2010

RAMA-RAMA DALAM PERUT

Hari ini adalah hari yang paling sibuk buat aku.Mana taknya, besok bos besar nak datang ofis.Hampir setahun rasanya dia tak jenguk branch
Seperti selalu, aku akan prepare untuk menangkis persoalan-persoalan yang bakal ditanya oleh beliau nanti (beliau tu....)

Checklist untuk esok
  1. Stock cards - check

  2. Sales report - check


  3. Outstandings report - check

  4. Collections - check

n the most important thing ialah kebersihan dan kekemasan ofis.Semua dah ready.


Tapi selalunya, apa yang aku fikir dah perfect, akan ada juga terselit perkara-perkara yang tak kena dimatanya.Aku rasalahkan memang bos macam nilah.Dia takkan cepat berpuas hati dengan apa yg dia lihat.Orang bisnes mana boleh cepat puas hatikan?Namun apa yang penting aku dah buat yang terbaik.Cayok2.Hehe, ada butterfly in my stomach.

Monday, April 19, 2010

KENAPA AKU.....

Seringkali aku ditanya kenapa aku masih setia tinggal di kampung?kenapa tak keluar?kenapa taknak cuba dunia baru?.Jika dulu jawapanku ada kerana ibu bapaku yang menginginkan aku di sini.

Bukan aku tak pernah keluar.Aku pernah belajar di bandar B dan bekerja di bandar K selama beberapa tahun.Memang diakui sepanjang tempoh tersebut memang seronok.Dan aku pasti jika tidak kerana orangtuaku, aku mungkin masih di sini.

Ditempat orang aku kenal erti berdikari dan belajar makna sabar.Jika sebelum ni aku 'cepat panas' walaupun untuk pekara yang remeh, bersendiri di tempat orang sedikit sebanyak merubah aku.Namun tuntutan kerja dan masa membuatkan hidup aku tak ubah seperti robot yang dah diprogramkan.Tiada istilah rehat, apa lagi cuti.Celik mata keje....malam pun keje....tido sejam dua.....keje.Namun aku tetap disini sehinggalah aku berhenti kerja atas permintaan orang tua (risaukan anak dia.....)



Dengan perasaan berbelah bagi, aku pulang ke kampung.Sedikit bebas dari tekanan.Tapi aku masih perlu bekerja.2 bulan di rumah, aku akhirnya dapat kerja di syarikat berhampiran rumahku.Rutin kerja aku bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.Kehidupan aku mula kembali teratur.Balik kerja, aku masih punya masa bersantai di rumah, makan malam dengan parents, sekali sekala bawa anak buah jalan2 sambil makan aiskrim juga melihat matahari bertukar 'shift' dengan bulan.Segalanya berjalan dengan tenang.

Dan yang paling penting, jika sebelum ni aku sering tak punya masa untuk memenuhi keperluan 'rohaniku' (solat dan puasa tetap buat.wajib), kini tak lagi.Di waktu rehat, aku punya banyak masa untuk mengaji dan solat dengan lebih tenang. Di kala tiba Ramadhan aku berjaya berterawih hingga ke akhir (yg satu masa dulu tak banyak masa untuk terawih dek tuntutan kerja).




Hari ini jika ditanya, jawapannya aku gembira di sini, di tanah kelahiranku.Walaupun aku masih belum bernasib baik seperti teman-teman yang lain namun aku gembira.Aku punya keluarga yang mencinta dan kutemui damai di sini.Syukur ,alhamdulillah.


Saturday, April 17, 2010

CUTI2 MALAYSIA














Kalendar percutian untuk tahun ni dibuka lebih awal dan destinasi pertama kami ialah ke Terengganu.Exitednya nak kesana sebab dah lama tak pergi.Maklumlah, 10 tahun menetap di Kubang Badak Terengganu, dan kenangan masa kecik aku juga banyak kat sini.
Untuk kali ni Ziela tak dapat join sekali sebab dia kena menjalani latihan amali kat JB.Nak wat camne, plan dah dibuat lebih awal.Hotel pun dah booked.Len kalila plak ya?Oleh sebab seat belakang masih kosong, apa kata kalau ajak Zon ngan Amar sekali.Diorang ni kakak dan anak buah aku.Nama kakakku ni Harzian tapi aku lebih suka panggil dia zon (adalah citenya tu....Ready tuk holiday...yeayyyyyyyy
Pagi-pagi lagi kitorang dah bertolak.Breakfast pun tak sempat.Takpe, nanti breakfast kat mana2 kedai.Singgah je mana yang berkenan di tekak (Cheh,macam tau kedai yg mana best).Perjalanan ke Terengganu ambik masa sejam lebih (aku agak je).Dalam perjalanan tu, kami melalui Kem PGA BN9 (dulu PPH BN12).Kat situlah kami menetap dulu sebelum abah bertukar ke Pengkalan Chepa.Nampaknya kem tu tengah dalam proses penambahbaikan.Semua berek-berek kayu dulu dah bertukar kepada apartment.Dah hilang sentimental value tempat tu.Sedihnya.......(baru ingat nak ambik gambar).Teringin jugak nak jenguk sekolah lama (Sekolah Kebangsaan Tok Jembal) tapi takut pulak nak bagitau abah.Perjalanan kami diteruskan.
Sampai kat KT dah pukul 11 lebih.Ada masa lebih kurang 3 jam setengah sebelum check in.Jadi kali habiskan masa dengan pusing2 sekitar bandar KT ni.tempat pertama yang dituju ialah Pasar Payang. Masuk je dalam tu aku dah tahu apa yang nak aku cari.Lama punya tawaf, akhirnya jumpa jugak apa yang aku cari.Apa tu? jeng...jeng...jeng, ini dia rojak katih.Ia dibuat dari tunjang kaki lembu dan berkuah seperti jeruk pedas gitu.Inilah makanan kegemaran aku masa kecik2 dulu.Tinggal 5 bungkus je lagi.Aku ambik suma, haha.Puas hati aku.Nak cari apa lagi yek?yess...otak-otak dan sata.Otak2 dan sata Terengganu ni tak sama ngan Kelantan punya.Otak2 Terengganu warna merah dan sedikit pedas.Wah,kecur liur aku cerita pasal otak2 ni.Tapi sayangnya aku tak jumpa otak2.Sata adalah.Aku ambik 2 cucuk.
Pastu naik ke tingkat atas plak.Banyaknya kain batik yang cantik-cantik kesemuanya.Nak beli ke tak?..Pusing dululah.Pusing punya pusing akhirnya aku hanya beli 2 helai t-shirt untuk kenang-kenangan.1 untuk aku dan satu untuk Ziela.
Keluar dari pasar, mata melilau mencari ke mana perginya abah ngan Amar.Tak nampak batang hidungpun?naik bazarlah kejap.Nampak gayanya cam baru dibuka je bazar ni.Lot2 kedaipun masih banyak yang kosong.Hmm, takde yang menarik.Telefon abahla.Oh.. dah tunggu kat keta.Rupa-rupanya abah bawak Amar naik bot ke Seberang Takir.Wah... sempat lagi.
Masanya untuk teruskan perjalanan.Rupanya jauh jugak nak ke Kijal ni ya?Hmm, lupa pulak, semalam Hafiz ada kol bagitau yang dia ada kat Terengganu hantar mesin.Kalau sempat nanti boleh jumpa.Namun, tunggu punya tunggu tak juga dia muncul.Dah lama sangat tunggu, baru dia kol balik bagitau yang driver tak tahu camne nak ke tempat kami.Dah terlajak jauh.Nak wat camne, tak sempat jumpalah jawabnya sebab dia pun dah nak balik Kl.



Lepas check in.kami sembahyang Zuhur dan melepaskan lelah setelah sekian lama dalam perjalanan.Wah, cantiknya pemandangan dari bilik kami.Maklumlah mengadap laut tu.Setelah solat Asar barulah kami ke kedai makan yang berhampiran tuk mengisi perut.Maklumlah dari tadi belum makan.Menu yang ringkas dan cepat, nasi goreng.
Balik ke hotel, kami ke pantai tuk ambik angin petang.Kat sini, pantainya privacy.Hanya untuk penginap resort je.Oleh kerana masa tu bukan cuti sekolah,pantai pun lengang.Hanya kami sekeluarga je.
Malam, stay kat bilik je.Penatle.......



23 JANUARI 2009















24 JANUARI 2009.
Pas bersiap, kami turun ke cafe tuk bersarapan.Nak makan pe ya?Banyak betul hidangannya sehingga tak tahu nak makan pe.Last sekali ambik nasi lemak dan buah-buahan je.Ma ngan abah plak makan nasi dagang.Nak ke mana pulak hari ni ya?
Amar pulak dari semalam nak mandi kat swimming pool.Sabar ya, petang kang kita pegi.Abah cadangkan pergi ke Kuantan.Alang2 dah dekat.Sebelum sampai di Kuantan singgah sekejap di Beserah tuk beli ikan kering dan snack dari hasil laut.Kalau ma borong ikan kering tuk buah tangan jiran-jiran, aku pulak borong keropok ikan parang, keropok sotong, sotong kering dan ikan sate.Hampir penuh gaklah bonet ngan suma tu.
Di Kuantan. kamu pusing2 kat kompleks Teruntum.Kira cam Bazar Buloh Kubu gakla.Then, kitorang g makan tengahari kat Restoren Kamarudin.Abah kata kalau dia outstation ke Kuantan, wajib datang ke restoren ni.Memang best.Lepas makan singgah ke Briged Tenggara tuk solat zuhur.Saja je abah nak tunjuk tempat outstation dia.Pulang ke hotel bila hampir petang.Ke pool jap bawak amar.










Malam, kami keluar tuk makan.Tiba kat satu kedai tu, terlihat ramai orang yang makan kat situ.Sedaplah kot.Singgahle.Namun.... realitinya tak seperti yang kami bayangkan.Nasi putih, tomyam, daging merah, telur dadar semuanya tak best.Dahlah tunggu punya lama, harga plak tak sepadan langsung ngan rasanya.Menyesal tak sudah.Tapi napa ramai orang makan kat sini?

25 JANUARI 20009

Hari terakhir.Selepas berkemas dan sarapan, kami check out awal sebab masih nak nak pusing-pusing bandar KT sebelum balik.Di KT, tempat pertama kami pergi ialah Pantai Batu Burok.Aku masih ingat kenangan semasa rombongan sekolah ke Hospital KT.Sebenarnya rombongan ni untuk murid2 darjah 6,tapi aku (ngan 5 lagi member)yang masih tu darjah 3 berjaya membodek guru kelas kami tuk join sekali.Terer tak kitorang?
Lepas melawat hospital, cikgu bawak kitorang berkelah kat pantai Batu Burok ni.Aku bawak bekal nasi ngan sardin n telur mata.Fuh,memang best sangat makan kat tepi pantai.Dalam perjalanan balik plak, singgah jap kat Cabang 3.Masa tu kakak aku hampir kena tinggal sebab khusyuk sangat membeli belah.Kalau tak.....
Eh...sambung balik cite kami.Masa sampai kat pantai aku terlihat pakcik jual aiskrim.Teringat plak masa kecik2 dulu.Aiskrim kat sini memang beza ngan kat Kelantan.Nak belilah....Wah...rasanya masih sama.Terharunya.Aku belikan jugak aiskrim untuk Amar.Lepas habis satu dia mintak lagi dan lagi dan lagi.Aku dan ma kemain lagi memujuk dia supaya berenti mintak.Bukannya apa, dah banyak sgt dia makan sehinggakan aku tengok pakcik tu cam serba salah.Last sekali pakcik tu beralih ke tempat lain (agaknya serba salah kot sebab selagi dia ada kat situ selagi tu Amar takkan berhenti mintak lagi).
Lepas bersantai kat pantai,sekali lagi kami naik ke Pasar Payang tuk belikan buah tangan tuk jiran2.Hasilnya, beberapa helai kain batik sarung yang memang terkenal kat Terengganu ni.
Nak ke mana lagi ya? Hari masih awal.Abah ajak ke Masjid Terapung.Cantiklahhh.Lepas ke masjid Terapung barulah kami betolak pulang.Sampai di penarik singgah makan seafood celup tepung bertemankan angin pantai.Aduh, bestnya............
Malam barulah sampai rumah.Dalam hati terasa puas sangat dengan percutian kali ni.Lain kali pasti akan sampai lagi.Insyaallah.
i

Thursday, April 15, 2010

TERKADANG AKU TERKENANG

ALONG, ANGAH, FARHAN, SITI NOR, MAWAR

Kawan aku paling rapat Mohd Azrin (along) dan adiknya angah (lupa nama sebab selalu panggil angah je )dan jugak Farhan.Aku baik ngan along n angah sebab kitorang tinggal berdekatan, selang 2 tiga pintu je.Farhan ni jauh skit rumahnya (masih dlm kem) tapi kami satu kelas.Aku ngan Along yg selalunya suka pakat kenakan orang.Jahat sungguh kitorang .hehe.Kat manalah dia sekarang ya?Teringin nak jumpa balik.Farhan, baik sangat walaupun perangainya cam tomboi.Kalau ke taman permainan, keje dia bergayut je.Kenapalah ko tak masuk gimnastik je Farhan?

Sorang lagi kawan kitorang ni Siti Nor namanya.Dia ni suka buli Mawar dan memang betul2 buat kitorang naik gila.Nak wat camne, masa tu walaupun dia baru darjah 2, tapi dah mula kenal erti cinta.Dia dah berkenan dengan sorang anak cikgu kat sekolah kitorang, Fadli namanya.Tiap2 hari dia akan bercerita tentang Fadli, tak kira masa kat sekolah atau kat rumah.Sampaikan dia sempat mencipta lagu untuk Fadli kesayangan dia tu dan sampai sekarang aku masih teringat lagu tu dia nyanyikan kat atas pokok.Liriknya camni “Fadli sayangku, Fadli kasihku”.Aku ingat sampai sekarang.Sorilah Nor ya kalau pecah pekung di dada.Kita pun dah lama tak jumpa.Kalau berselisih pun belum tentu kenal ke tak?Kalau ko ingat balik cite nipun mesti ko gelak sorang2

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JEMBAL

Camnelah rupanya sekolah aku dulu ya?kalau dulu sekolah tu ada satu bangunan kayu.Terasa cam sekolah dulu2, tapi itulah uniknya sekolah tu.Masa rehat plak, berkejar ke kantin tuk beli donat ngan mi sup.Ya Allah, best sangat donut dia.Tak tahu nak explain camne.Hinggakan kalau bulan buasa terpaksa menahan nafsu bila tengok kwn2 yg tak puasa sedang enah mengunnyah donut.Kecur liur beb.Mi sup plak makcik kantin tu guna mi lidi(tak tahu nama apa mi tu, kitorang panggil mi lidi sebab dia keras cam lidi).Yang lucunya masa tengah belajar sempat lagi keluar pegi kedai belakang sekolah tuk beli jajan.Maklumlah, sekolah kampung, mana ada pak guard ronda sekolah.Hehe

Masa pegi kelas agama waktu petang plak, kayuh basikal tua abah.Sebelum sampai kat sekolah singgah kat tepi jalan kutip buah kemunting yang dah masak untuk makan kat sekolah.Masa kecik2 suma benda pun blh makan.Lepas balik dari sekolah singgah rumah kawan tengok ayah dia bagi makan ikan keli.Nama kawan aku tu Norzihan.Kat manalah dia sekarang ya?

Member baik aku kat sekolah ialah Siti Suzilah, Haliza, si kembar Rahim n Rahimah, Mohd Zain dan Mohd Halimi.Memang kamceng habis.Teringat plak masa rehat kat bawah pokok.Masa tu masing-masing bawak bekal sendiri.Tengah syok menjamu selera, aku tgk Rahimah termakan semut yg ada dalam nasi goreng dia, tapi mulut ni tak terbuka nak bagitau dia.Kenapalah aku tak bagitau yg dia dah termakan semut?

Pepun, rindu gilerr kat korang.Aku cuba cari dalam facebook tapi tak jumpa.Rasanya dapat jumpa lagi ke tak?Dah 19 tahun.

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN

Teringat masa kecik2 dulu, main polis sentry ngan kawan2, pegi tadika sorang2 dalam hujan, pastu jatuh dalam lopak air, pegi menangkap ikan dalam parit besar masa musim hujan, pegi mengaji ramai2 kat surau yang kononnya berhantu.Semua tu kenangan beb.Memang rindu gilerrr.

Petang, keluar main ngan kawan kawan Selalunya kitorang suka main kat bekas berek terbakar.Aku masih ingat masa tu suma kecoh bila satu berek dalam kawasan kem tu terbakar.Betul2 setentang ngan berek aku dok.Lintang pukang suma keluar rumah takut api merebak.Dan selepas tu, tapak berek yang terbakar tulah tempat kitorang bermain.

Pernah ada sekali tu berek kitorang nak ditukarkan tangganya dari tangga kayu dengan tangga batu.Jadi, banyaklah batu2 bata berlonggok kat depan rumah kitorang.Idea pun tiba tiba datang.Kami susun bata-bata tu jadikan dinding rumah dan tutup atasnya dengan poncho untuk dijadikan bumbung.Doklah kitorang kat dalam “rumah baru” tu.Sekali salah satu bata tu tergelincir, terkena kat jari aku.Sakit beb.Terus kitorang tinggalkan "rumah" tu, takut2 berlaku perkara yang lebih buruk.Masa cuti plak, kitorang suka bermain kat kantin sebab nak kutip tutup botol untuk dibuat ceper.Masa tu memang tererlah main ceper.

Pernah gak kitorang pegi kat parit kononnya nak tangkap ikan.Sekali, ikan tak dapat kitorang tangkap berudu.Oklah drp takde.Balik rumah kena buang sebab mana blh bela berudu.Nanti penuh satu rumah ngan katak.Sapa nak jawab?

MAMAM

Bila dah puas bermain, perut mula terasa lapar.Jadi kitorang dengan setianya menunggu Mak Iti datang menjaja dengan basikal choppernya untuk membeli jajan.Nak pegi beli kat kedai jauh sangat.Selalunya ma bagi 30 sen setiap petang tuk beli jajan.Tu pun dah kira lumayan.Dapat beli aiskrim 1, keropok jagung 1.Esok menu lain plak.Tora ngan Ding Dang takyah cakaple.Raya baru jumpa.Masa tu Tora tu kira mahal dah.Gaji polis masa tu pun bukan besar mana pun.

Kadang2 ada mamak jual roti masuk dalam kem dan masa tu kami takkan melepaskan peluang tuk beli roti kaya.Roti tu rasanya lain sangat dari roti yang ada sekarang ni.Best tak hingat.Tapi ada sekali tu aku tengok dia letak selipar dia dlm peti yang sepatutnya letak roti tu.Hampeh betul mamak ni.Tapi dah namanya pun budak2, esok lusa dia datang, beli jgk.

Selain tu gak adalah 2 3 orang anggota dalam tu yang berniaga sambilan jual ABC, Air tebu, jagung bakar dan apam balik.Aku suka beli ABC kat pakcik tu sebab best sangat ABC dia.Apam balik plak aku suka sebab resipi dia ada letak telur.Lain dari yang lain.Selalunya kitorang akan bawak telur sendiri dari rumah.Dapat murah skit.Hehe, kecik2 dah tau nak untung.Pepun, memang best apam balik dia.Cuma bila dah besar ni takdelah plak aku suka lagi apam balik.Pelik betul.

BELAJAR BERNIAGA

Satu lagi cerita yang tak dapat aku lupakan ialah bila pusing satu kem semata2 mata nak jual pauh.Masa tu kat tepi rumah aku ada sebatang pokok pauh kecik @ pauh ringan.Oleh sebab banyak sangat buah masa tu, aku ngan kengkawan kutip suma buah tu, masukkan dalam baldi dan pusing kem kengkononnya nak jual suma pauh tu.Dahlah pauh tu dah masak ranum, kami blh plak nak jualnya ngan harga seposen sebiji.Sapa nak beli? lagipun tu pauh biasa, bukannya mangga siam.Dahtentu2 kat umah diorang pun banyak.Last sekali yang lakunya Cuma sebiji, tupun kawan kitorang gak, Jiji yang beli.Bakinya bawak balik semula.Bongek sungguh.

Walau apapun, aku suka masa kanak-kanak aku.Yippieeeeeeeee

Wednesday, April 14, 2010

ADA PILIHAN?

TAK SUKA …….TAPI……



1. Lipat baju……malasnya, tapi kalu tak buat bukannya ada orang yang akan tolong lipatkan pun.
2. Kerja…….Boring wat benda yang sama hari2, tapi kalu tak keje takdelah yg masyuk.
3. Mekap…..Penatlah nak kena mengadap cermin je tapi masa2 tertentu kenalah mekap.Jaga imej syarikat beb.

4. Bangun pagi……hello,ko pikir keje sendiri suka hati nakbangun kul berapa?BANGUNNNNNNNNNNNNN


5. Sayur….dah cuba tapi tetap x jalan.Alternatifnya, makan ulam.Baik untuk awet muda.KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA








SUKA……MASALAHNYA………

1. Menyanyi……tak kira kat ofis, dapur, bilik air.Masalahnya suara tak best.Sebab tu kena nyanyi masa takde orang.Kalau tak, tak merasalah Jac jadi juara Malaysian Idol.Hehe

2. Melancong ke luar negeri…….masalahnya poket tak cukup tebal untuk semua tu.So, berangan jelah ya?


3. Masak …..Suka masak lauk je tapi nasi tak.Nasi bagi orang lain masak.Boleh gitu?

4. Menari…….ni satu hal lagi.Suka tapi tak pandai.Lagi satu takkan pakai tudung pun nak tergedik-gedik depan orang plakkan.Tuk lepas hajat cari VCD aerobic yang ada unsur2 tarian.Let’s Dance Together.Huhu

5. Berkawan….Masalahnya tak pandai nak mulakan.Jadi, member pun cuma terhad dengan kawan2 masa sekolah n uni je.Sodih tul

Terkenang Kisah Lama

HARI ITU

Bercerita tentang pengalaman hidup sendiri aku teringat saat-saat aku mula belajar hidup sendiri.Semuanya bermula bila aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi.Aku rasa kalau tak kerana ni sampai bila-bila aku akan dok celah ketiak mak aku jekan? Aku ni tak pernah dok jauh ngan family.Jadi bila mula-mula berpisah masa sambung belajar tu sedih giler ar.Berhari-hari terkenangkan umah.Member satu sekolah adalah gak yang dapat sambung belajar di tempat yang sama ngan aku.Tapi tak sama kolej.Maknanya satu minggu orientasi tu tak jumpa pun diorang.

MENGENAL DUNIA

Masa daftar, aku pegi satu family.Kitorang pegi awal 2 hari, sambil nak jalan-jalan kat KL.Maklumlah,pengalaman pertama sampai KL.Abah dah selalu pegi Kl sampai jalan-jalan kat Bandar KL dah ada dalam kepala.Adik lelaki aku lak dah pernah sampai masa dia wakil Kelantan untuk pertandingan nasyid.Minat gila dia ni menyanyi.Nasib baik tak jadi penyanyi je.Kalau tak mahu kena kejar ngan penyapu dek mak aku.Ngeh, ngeh ngeh.Eh, sambung balik cite gi KL.Masa mula-mula melalui terowong Karak tu pun kitorang dah cukup excited dah.Apalagi, bila ternampak mercu tanda Kuala Lumpur iaitu KLCC tersergam indah.Semakin bersemangatlah kitorang.

Sampai KL, terus cari hotel untuk menginap.Abah putuskan untuk ke KLIH.Lepas check in,kitorang terus merehatkan diri setelah lebih lapan jam berada dalam perjalanan.Petang, kitorang turun makan.Abah bawak kitorang makan kat kedai mamak yang dia selalu lepak.Best giler sup kat situ.Pelbagai jenis.Pekat dan lazat.Bilalah boleh makan lagi sup tu lagi agaknya.Nyum-nyum.Lepas makan kitorang terus balik bilik.Sampai je kat hotel, aku tengok ramai orang yang berpakaian warna warni berkumpul kat depan hotel.Apa lak ni?

Rupa-rupanya mereka ni peserta-peserta Citrawarna.Bila dirisik-risik rupanya majlis perasmian bulan Citrawarna akan diadakan pada malam tu.Hmmmmm, kebetulan.Dapatlah pergi tengok nanti.

PENATNYA…………

Malam tu lepas maghrib kitorang keluar nak pergi tengok pelancaran bulan Citrawarna tu.Beberapa jalan kat KL ditutup untuk perasmian ni.Macam-macam acara diadakan pada malam tu, daripada persembahan kebudayaan,perarakan kereta berhias hinggalah persembahan artis tempatan.Memang meriah sangat.Nasib baik bawak kamera.Bolehlah rakamkan semua yang kitorang saksikan tadi.Habis je pelancaran tu, kitorang berjalan kaki balik hotel.Jauhnyaaaaaaa.Maklumlah tadi naik LRT, balik jalan kaki.Mana tak penat beb.

HARI KEDUA

Besoknya sambung gi jalan-jalan.Kali ni pergi kat Zoo Negara plak.Maklumlah masa tu adik-adik aku masih kecik lagi.So, diorang excitedlah nak gi tengok binatang-binatang yang ada kat sana.Paling koman pernah pergi pun kat Zoo KualaKrai.Tapi, pergi zoo siang-siang hari bukannya best pun.Maklumlah binatangkan banyak yang aktif pada waktu malam.Siang diorang bantai tido jele.

HARI KETIGA

Hari pendaftaran aku.Masa tengah bersiap-siap tu, tetiba je terasa sebak.Yelah bermula hari ni aku akan berjauhan dengan keluarga aku.Rasa cam tak nak pegi pun ada.Tapi ini cita-cita aku selama ni.Jadi terpaksalah berkorban sikit.Setelah lama mencari, akhirnya aku tiba juga ke UKM.Terpampang Universiti Kebangsaan Malaysia kat pintu pagar utama.Hati dah mula berdebar-debar.Mula-mula kitorang masuk dalam kampus UKM.Bila tanya pengawal kat situ dan tunjukkan pelekat kereta yang diberikan kepada kami yang berhuruf Y, barulah aku tahu yang pendaftaran dilakukan di kolej kediaman masing-masing.Y tu huruf pengenalan bagi Kolej Idris Al Marbawi.Tapi……. mana kolejnya? tak nampak pun.

…….aku diberitahu Kolej Y tu rupanya kat Fasa 1.Maknanya aku kena dok luar kampuslah ni? Oh tidak…….

DETIK PERPISAHAN

Pendaftaran akhirnya berjalan dengan lancar.Setelah melihat-lihat bilik yang akan aku huni selama 3 tahun di sini, tibalah masa untuk famili aku pulang.Sedih giler beb.Sebelum pulang abah belikan aku nasi goreng untuk dimakan tengahari nanti.Tapi sekarang ni, selera makan pun dah tak tahu hilang ke mana.Masa mak, abah ngan adik aku melangkah ke tempat letak kereta, Jatuh airmataku (jatuh jugak ego aku.Hehe) dibuatnya.Yelah buat pertama kali dalam hidup aku terpaksa berjauhan dari keluarga.Sebelum ni aku nak dok asrama abah tak bagi, nak gi berkhemah pun tak bagi.Punya sayang diorang kat anak diorang ni.Hehe.Sudahnya beginilah jadinya.Kena tinggal, nangis...Malu gak bila dikenang balik.

ORIENTASI

Masa minggu orientasi nak kata best tu tak gak sebab takde kawan.Member satu rumah pun belum biasa lagi.Biasalah diorang aktif, aku ni pasif.Tapi pasif sebab tak jumpa member sekepala je.Kalau dah jumpa siaplah, akulah yang jadi penghulunya nanti.Haha.Dalam minggu orientasi tu macam-macam program dijalankan.Ada aktiviti kumpulan,sukan dan macam-macam lagi.Kalau aktiviti yang melibatkan kolej, dok kat kolej jelah tapi kalau 1 kampus, maka berangkatlah kitorang ke dalam UKM naik bas yang dah tersedia.Maklumlah dok kat kolej luar.Yang tak bestnya minggu orientasi bagi kami dak luar ni ialah setiap aktiviti dalam kampus tak pernah kami join sampat abis.Aktiviti habis lewat tapi bas kul 11 malam dah sampai,Kengkadang tu terfikir gak, naper aku sorang je yang tercampak ke luar kampus ni.Member lain suma dapat dok kolej dalam.Pun begitu, dalam aku tertanya sorang diri tu, pernah gak aku terlihat kelibat best student sekolah aku kat kolej.Oklah tu, ada gakla yang aku kenal.Tapi problemnya dia lelaki.Tak pernah berkawan pulak.Isyyyy….tak boleh…….tak boleh.Oh ya, ni nak bagitahu satu lagi fakta penting.Kat kolej aku ni pelajar lelaki ngan perempuan dok asing-asing.Maksud aku bukan dalam satu kawasan yang sama.Pelajar lelaki dok kat Fasa 4, perempuan Fasa 1.Masa daftar tu je suma wat kat Fasa 1.Lagi satu kalau ada hari keluarga ke pe-pe ke memang kat Fasa 1 nilah tempat berlangsungnya.

Bagi aktiviti yang memerlukan kitorang dok kat kampus plak, dewan utama tempat aktiviti dilakukan ialah di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR).Hmmmmm, kat Dewan ni gaklah yang menjadi saksi aku adalah salah seorang daripada warga UKM.Kitorang sama –sama angkat ikrar sebagai pelajar UKM.Bangga sih.

Selepas dua hari orientasi, ……jeng jeng jeng…..tetiba je aku leh terjumpa member satu kelas masa tingkatan lima dulu, Mija.Sebelum ni dah 2 tahun aku tak dengar khabar tentang dia.Rupa-rupanya dia dapat kursus jururawat under UKM dan tinggal di kolej yang sama dengan aku.Patutlah sejak dari hari pertama aku sampai kolej ni aku tertanya-tanya kenapa ada pelajar yang beruniform pink kat kolej ni.Takkan student U pun kena pakai uniform?Sekali jururawat daaa.Dan dalam masa minggu orientasi tupun, aku join grup misi ni.Sampaikan masa sukaneka aku boleh dok satu kumpulan dengan misi2 ni melawan student kolej.Mak ai……….aku ni misi ke student?

Satu hal yang aku takleh lupa,ada sekali tu pihak kolej wat ceramah kat Dewan MPKJ.Aku pun lupa jalan dia.Sebab masa tu malam.Kitorang jalan ramai-ramai pegi dewan tu ikut jalan belakang kolej.Sunyinya jalan tu cam kat kawasan kubur.Pendek kata kalau sorang-sorang tu agak kurang selamatlah.Nasib baik ramai.Kami juga dinasihatkan supaya tak terlalu galak ketika melalui kawasan ni.Bacalah apa-apa yang patut.Di sini diadakan taklimat tentang apa yang akan dilakukan untuk keesokan hari.Juga tentang pentingnya kami untuk bergaul dengan masyarakat setempat kerana kolej kitorang ni berada di tengah-tengah kawasan orang ramai.Jadi imej universiti perlu dijaga.Setiap apa yang bakal kami lakukan akan refleks kepada universiti.Jadi,kenalah pandai-pandai bawak diri.Masa kat dewan ni jugak kitorang dikehendaki mendapatkan tandatangan senior sebagai tanda perkenalan.Yang perempuan jumpa senior perempuan dan yang lelaki jumpa senior lelaki.Kolej islamiklah pulakkan?Masa nak dapatkan tandatangan tu kitorang diminta menyanyikan lagu nasyid.Kira cam ragging gaklah tapi kat kolej kitorang ni ragging yan ringan-ringan je.Kalau kolej dalam mau kaw-kaw kena ragging.Haha.Padan muka korang (opssss)

Haa, kalau nak tahu satu lagi hal, dewan ni ada sejarah tersendiri pada aku.Nanti aku cerita ok?…………Eh, apa kes cite kemudian, nanti lupa lak.Cite sekaranglah.Sebenarnya ada sekali tu masa lepas kuliah (ni cite seminggu selepas minggu orientasi), aku naik bas nak balik kolej.

Dah mula-mula tu takde kawan, terpaksalah aku seorang diri.Sekali aku silap naik bas gi Fasa 4.Gelabah giler aku masa tu.Yelah bukannya aku biasa pun tempat tu.Sekali, bila dah nak sampai kat roundabout yang nak ke Kajang tu, aku wat keputusan untuk turun.Jalan kaki aku balik kolej.Pakai baju kurung lak tu.Bukannya dekat.Jauh giler.Dahlah tu, aku jalan ikut kaki je.Kalau sampai-sampailah.Kalau tak, tak tahulah pe nasib aku.Nasib baik tak kena kidnap (ada ke orang nak kidnapnya?).Jalan punya jalan, masuk lorong tu, keluar simpang ni, akhirnya aku ternampak sesuatu……Jeng jeng jeng……..Aku jumpa Dewan MPKJ yang pernah aku pegi masa orientasi dulu.Dengan itu, aku tahu aku dah makin hampir ke kolej aku.Setelah sekian lama berjalan akhirnya aku terlihat bangunan berwarna hijau.Itu adalah stesen minyak Petronas yang letaknya betul-betul bersebelahan dengan kolej aku.Maknanya aku dah sampai ke kolej.Yesssss.Cam menang Amazing Race lak rasanya.Haha.Cite pasal stesen Petronas ni, aku ada satu cite best gak.Nanti aku akan cite.

KAWAN BARU

Tu baru satu cite.Cite pasal kawan-kawan satu rumah lain halnya.Masa mula-mula daftar aku ditempatkan di bilik 408/1.Tingkat 4 tu.Kolej aku ni tak sama cam kolej dalam kampus.Kalau kolej dalam kampus, satu, dorm tu ada banyak bilik dan setiap bilik ada 2 pelajar, kat kolej kitorang plak cam rumah flat gitu.Ada 2 bilik.Bilik yang kecik ada 2 katil dan bilik yang besar ada 4 katil.Jadi kesemuanya berjumlah 6 orang student yang akan menghuni rumah tu.Masa mula-mula aku sampai, dah ada orang lain yang terlebih dahulu sampai dari aku.Setelah berkenalan rupa-rupanya dia pun satu negeri dengan aku gak.Su namanya (nama sebenar lupa sebab lepas orientasi ada pertukaran lagi)Aku dok satu bilik ngan dia(yg kecik punyer bilik)Tak lama kemudian datanglah plak yang lain-lain kat dalam umah tu.Sorang demi sorang aku berkenalan.Ada 2 orang budak Kelantan dan sorang budak Melaka.

ROOMATE BARU

Masuk hari ketiga orientasi, bilik kitorang bakal dihuni oleh seorang lagi student.Kali ni student ni datang dari jauh.Indonesia beb.Tapi taklah jauh sangat.Dari Riau je.Nama dia Veni Reza.Pada mulanya aku sebilik dengan Su.Nak dijadikan cerita sepanjang masa orientasi, dia mula rapat dengan Jue (bilik sebelah).Bila dah Veni ni masuk dia pun apa lagi, angkut tilam bantal dok kat bilik sebelah.Aku masa tu terasa gakla.Sampai hati pindah bilik sebelah.Sudahnya aku sebilik ngan Veni.

Masa malam pertama aku dok ngan dak Veni ni, dia bercerita pasal family dia.Anak orang senang gak dia ni rupanya tapi tak sombong.Pastu bila dia bercerita itu ini pasal keluarga dia, mulalah aku teringat balik kat family kat kampung.Pastu dia boleh tanya aku rindu tak kat family.Of courselah rindu.Tang tu gak rasa cam nak balik kampung je.Dalam pada tu, diam-diam aku rasa aku boleh ngam ngan dak Veni ni.

PISAH LAGI

Tapi bila aku dah jumpa member satu kepala, adalah plak halangan lainnya.Selepas beberapa hari orientasi,Veni dan 3 orang housemate aku kena pindah dok kat bilik lain lak.Roomate aku yang asal pun kena pindah gak.Tinggallah aku ngan Jue.Bila dah suma pindah tinggallah kitorang berdua je.Dia pun pindah dok bilik aku.Dalam dua minggu gak ah kitorang dok 2 orang je dalam umah tu.Bilik yang satu lagi tu dah 1 minggu kosong.Aku tertanya sendiri, takkan takde orang nak dok kat bilik sebelah tu kot.


SELAMAT DATANG SENIOR


Masuk minggu kedua, barulah nampak muka penghuni-penghuni baru bilik sebelah.Rupa-rupanya diorang suma student tahun 3.Kira senior akulah.Patutlah masuk lambat.Diorangkan daftar semester lewat 2 minggu.4 orang senior ni suma dari negeri yang berlainan.Kak Mariana dari Kelantan, Kak Zula dari Melaka, Kak Mimi dari Pahang dan Kak Lin dari Selangor.

Kak Mariana ni orangnya bercermin mata.Kuat study.Pagi-pagi sebelum subuh dia dah bangun menelaaah pelajaran.Memang aku respek giler ar kat dia.Kak Zula lak kecik je orangnya.Tang yang aku suka pasal kak zula ni ialah fesyen rambut dia.Cam dalam komik gitu.Mula-mula aku ingat dia sombong tapi bila dah kenal rupa-rupanya dia ni gila-gila gak cam aku.Memang best kawan ngan dia.Perangai dia pun lebih kurang aku.Nak kata tomboy tak tapi tak lemah lembut sangat cam perempuan lain.Pernah gak dia tertanya-tanya kenapa takde lelaki yang suka kat dia.Aku cakap sabarlah, akan adalah tu.Dan khabarnya sekarang ni dia dahpun kawin.Alhamdulillah.Kak Mimi lak cantik orangnya.Berkulit cerah dan suka tersenyum.Kalu tengok dia aku teringat perempuan yang dalam cite Cinta Antara Benua tu.Sapa ntah nama dia.aku lupa.Ala,yang bawak watak Halimah tu.Aku pun suka sangat kawan ngan Kak Mimi.Kak Lin lak, mula2 tak rapat sangat sebab dia selalu balik umah dia.Maklumlah dekat, kat Kepong je.Tapi last2 pun boleh jadi kamceng gak.Kak Mariana, Kak Zula dan Kak Mimi ambil Sains Matematik dan Kak Lin ambik Sains Hayat.

Disebabkan Kak Lin ni bawak keta jadi dia selalulah bawak kitorang gi ronda-ronda.Tempat pertama dia bawak kitorang gi ialah KLCC.Masa tu kul 8 malam.Tak pernah aku kuar malam sebelum ni.Ni kira first timelah.masuk kat KLCC.Selalu tengok dari luar je.,Hari tu diorang nak tengok wayang kat TGV.Gilerrrrr……………tak pernah-pernah aku tengok wayang kali ni nak kena tengok wayang.Muka aku dah putih.Kalau toreh sure tak kuar darahnya.Aku teringat mak aku pesan tak boleh gi tengok wayang sebab tempat tu gelap.Macam-macam perkara yang tak elok boleh berlaku.Cheh, cam dak baiklah konon ni.Tapi takkan aku nak kata taknak plakkan? tak beranilah aku.Mula-mula nak tengok cite omputih.Tajuknya aku tak ingat.Tapi tiket dah habis.Last2 kitorang tengok cite Cina.Ekin Cheng dan Shu Qi pelakonnya.Cite Bad Boys.Ingat tu tajuknya.Maklumlah, filem pertama aku tonton kat panggung.Yang lucunya masa tengok cite tu, kitorang je penonton Melayu, yang lain suma Cina.

Lepas habis tengok cite tu kitorang balik.Sempat plak singgah beli Mc ' D.Laporlah pulakkan?Pastu makan kat tepi highway.Memang keje gile masa tu.Ada ke trafik tengah sibuk ngan keta kitorang boleh dok bertenggek kat tepi tu makan burger.Bahaya beb.

Tapi yang pasti aku gembira dikelilingi oleh mereka-mereka yang memahami aku.Lagi satu bila kita je junior, perasaan tu lainlah sikit.Rasa cambest je.Tapi aku tetap respek diorang.

LAYAN SENARIO

Kitorang selalu habiskan masa bersama dengan menonton VCD.Best wooo menonton ramai-ramai.Tutup lampu dan pasang vcd.Cam kat panggung gak.Tapi aku rasalah tengok kat umah lagi best.Kat panggung sound dia kuat sangat.Naik bernanah telinga aku dibuatnya.Paling best, masa nak dekat exam.Dah puas menelaah kitorang pasang CD lagu SENARIO.Masa tukan diorang tengah femes.Aku, Jue, Kak Zula, Kak Lin ngan Kak Mimi bantai berkaraoke lagu-lagu senario tu start dari kul 12 malam sampai 6 pagi.

JOM KE DAPUR PLAK

Aku ingat lagi, masa mula-mula kenal ngan kakak-kakak senior ni, malu rasanya nak makan sekali ngan diorang.Makan pun skit-skit je.Tapi lama-kelamaan semua dah jadi biasa.Kitorang berpakat untuk berkongsi masak.Oleh kerana kitorang suma ada 6 orang, jadi jadual memasaknya adalah 2 orang masak setiap hari.Aku ngan Ju kena masak pada hari minggu.Kak Zula ngan kak Mimi dan Kak Mariana sorang sebab masa tu Kak Lin jarang join makan sekali ngan kitorang.Hari Selasa ngan Sabtu pulak kitorang tak masak sebab ada pasar malam.

Bila dah bercampur macam-macam negeri ni, maka, banyaklah resipi terbaru yang dapat dipelajari.Tapi yang paling melekat dalam ingatan aku ialah keenakan daging masak asam pedas Melaka, resipi dari Kak Zula.Sebelum ni aku tak tahu pun yang daging boleh dimasak asam pedas.Memang sedap giler.Kalau dengan Jue pulak, aku belajar masak paprik.Sekali sekala ada jugak Kak Lin.Oleh kerana Kak Lin ada darah Jawa, sering gaklah dia masak ala-ala Jawa.Tapi yang paling aku suka ialah Tempe Goreng ngan sambal kicap.Sedap.Sekali-sekala Kak Lin akan tunjuk skill dia memasak makanan barat.Pernah dia masakkan untuk kitorang spaghetti Bolognese.

MEE GORENG SATU SIAP……

Ada gak hari-hari kitorang malas nak masak,kitorang pegi makan kat kedai belakang.Makanan kat kedai ni murah dan sedap.Selalu gaklah kitorang gi lepak kat sana.Bukannya jauh pun, belakang Petronas je..Dari kedai tu pun boleh nampak bilik kitorang.(Jadi berhati-hatilah ketika di bilik.hehe).Bila dah selalu makan kat sini, secara automatiknya kitorang kenal baiklah dengan pekeje kat sini.jadi senanglah nak mengatur makan itu dan ini.Bila dipikir-pikir balik rindu betul ngan masa dulu-dulu.



bersambung………………………