Friday, January 18, 2013

MELAYAN PERASAAN

Pernah tak satu ketika korang rasa nak jadi orang lain yang totally bukan diri korang.Perasaan tu kadang-kadang datang sendiri.Tambah lagi bila tengok kehidupan orang lain yang macam best sangat.

Best macam mana?Maksudnya bila ada waktu senggang, keluar window shopping dengan berpakaian cantik ala2 Heliza @ Diana Amir .Lepas tu singgah lepak kat kafe untuk menikmati secawan kopi import sambil melayari internet.Hujung minggu keluar jumpa kawan2 sambil berkongsi cerita2 terbaru dan bila berkesempatan pulak pergi bercuti ke destinasi2 menarik dalam dan luar negara.Yang paling best, pergi ke pulau2.Bestnya........

Tapi.......

Itu semua hanya perasaan yang hadir sekali-sekala dan tak perlu dilayan sangat.Kerana hakikatnya aku hanya orang biasa yang keje di sebuah syarikat kecil.Yang pakaian hariannya hanya baju kurung bertudung bawal tanpa fesyen2 terkini.Yang putaran kehidupannya hanya di rumah dan tempat kerja sahaja.Berbahagialah dengan apa yang yang dinikmati selama ini kerana itulah yang terbaik untuk kita.

MUNGKIN LANGIT DI SEBELAH SITU LEBIH BIRU TAPI AKU GEMBIRA DENGAN LANGITKU WALAU WARNA APA SEKALIPUN IA



Tuesday, January 15, 2013

Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam - Dato' Dr MAZA

Tidak cenderung kepada mana-mana pihak, tapi aku rasa ini penjelasan bagi menjelaskan kekeliruan yang banyak sangat berlaku sekarang ni.


Monday, January 14, 2013

PEPLUM LAH SANGAT.....

Agak tak berapa lama lagi dah majlis pernikahan adik bongsu aku, Zila.Walaupun tu kira hari besar untuk dia tapi aku nak jugak kelihatan bergaya di majlis tu nanti.Wah..tetiba.Sekarang nikan tengah trending fesyen kurung peplum.Alah, sebenarnya fesyen Saloma dulu2 yang timbul balik je.Jadi secara tidak langsung aku pun tertarik jugakla nak gayakan fesyen camni di hari pernikahan Zila nanti.

Tengok punya tengok, kaji punya kaji, akhirnya aku buat rumusan sendiri.Peplum kurung ni sebenarnya tak sesuai dengan aku.Mungkin dalam gambar nampak cantik sebab digayakan oleh mereka yang bertubuh kurus kering dan tinggi lampai.Jadi pija, sedarla dari angan2 nak berfesyen bagai.Pakai je apa yang sesuai untuk kamu.Kalau tak, takdelah timbul pepatah ukur baju di badan sendiri.Yang cantik pada orang lain belum tentu cantik pada kamu.Oke....nak cari baju sekarang!!!!!!




Cantikkan? simpan angan-angan jela

Sunday, January 6, 2013

SAYANGNYA NAK MAKAN...

Aku selalu perasan kalau cerita Korea atau Jepun, budak-budak sekolah kat negara mereka selalu makan di bilik darjah.Setelah diselidik macam james bond rupa-rupanya di Jepun dan Korea tidak ada kantin.Bila tiba waktu makan, mereka akan buka bekal yang dibawa dari rumah dan makan di meja masing-masing.Selesai makan mereka akan diberikan masa untuk membersihkan kelas.

Di Jepun, bekal makanan ni dipanggil Bento.Diisi dalam bekas yang pelbagai bentuk dan comel2 blaka, bento selalunya terdiri dari nasi, lauk dan sayur-sayuran.Kira cam satu hidangan lengkap gitu.Bagus sebenarnya budaya diorang ni.Takdelah budak2-budak sekolah makan makanan yang tak berkhasiat sebab semuanya dah dibekalkan dari rumah.Belanja pun jimat. :)

Oleh kerana Jepun sangat mementingkan presentation dalam makanan diorang, Bento pun boleh jadi satu seni yang sangat menarik.Tengok ajelah apa yang aku jumpa dalam youtube ni.Nak dapat seperti yang dalam klip ni, mau kena bangun pukul 4 pagi setiap hari.Pengsan........


GILIRAN KIMBAP PULAK!!!!

Dah lama sebenarnya teringin nak buat kimbap.Tapi disebabkan susah nak dapatkan nori terpaksalah hasrat tu dipendamkan buat seketika.Ada rezeki, semalam dapat jugak beli nori ni.Tu pun bukan yang raw tapi dah diperisakan dengan garam dan minyak bijan.Oklah daripada takde.So...apa tunggu lagi? jom buat sekarang

Dan inilah hasilnya.
 Walaupun tak berapa cantik tapi cukup berpuas hati sebab dapat buat.Hari ni nak buat lagi.Cuma nak kena tambah cili bagi pedas.Biasalah tekak orang melayu.



Resipi dari Lunamaisara (myresipi.com)

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun - dihiris memanjang
  • 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara-cara

  1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  3. Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  4. Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  5. Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  6. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  7. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi.
  8. Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Nota Kaki : Kimbap adalah resipi makanan Korea ke 3 selepas buat Heottok dan Hameul Pajeon.Lepas ni nak cuba buat ddeokbokki pulak.Sebelum tu kena cari Gochujang dulu.Kalau tak dapat terpaksa cari alternatif lain dengan buat sendiri ikut citarasa orang kita.



Hameul Pajeon seperti dalam n3 sebelum ni



Heottok

Wednesday, January 2, 2013

FIGHTING!!!!!!!

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Semalam aku jatuh.Walaupun tak tersungkur tapi pedih tetap ada.Ternyata permulaan 2013 membawa awan mendung.Atau mungkin ia kifarah untuk dosa yang aku tak sedari selama ni.

Sebelum tidur doaku semoga hari ni aku bangkit menjadi seorang yang baru.Seorang yang kental sekeras waja, yang teguh setegar karang dan semoga esok matahari akan kembali bersinar seperti biasa.

Pija fighting!!!!!

SEKOLAH DAH MULA

Jika di Pantai Timur, hari ini adalah hari kedua sejak sesi persekolahan 2013 dibuka.Dalam keadaan hujan yang sentiasa turun, para ibu bapa terpaksa menghantar anak2 mereka dengan menggunakan kereta menyebabkan perjalanan ke sekolah yang selalunya mengambil masa 5 minit, menjadi 15-20 minit.Tapi aku bukan nak cerita pasal hujan ataupun jalan jem.Cuma nak imbas kembali masa zaman aku mula2 sekolah dulu.

Kalau orang lain, hari pertama persekolahan mereka akan ditemani oleh ibu bapa.Itu belum kira ibu bapa yang terpaksa menunggu anak mereka sampai  2 3 hari sebab anak merengek nak ikut balik sekali.Tapi itu semua tak berlaku pada aku.Hari pertama aku di tahun 1 (SK Tok Jembal, Kuala Terengganu), aku hanya bertemankan kakak aku yang pada masa tu dalam darjah 3.Waktu tu, abah takde di rumah sebab kena masuk hutan berbulan2.Ma pulak  tengah sarat mengandungkan adik bongsu aku, Zila.Pendaftaran persekolahan aku dibuat oleh kawan abah yang aku sendiri dah lupa sapa namanya.Orang lain ada yang menangis ada yang hepi tapi aku terkial-kial sorang diri cuba nak sesuaikan diri dengan tempat baru.Nasib baik keras hati jugak sebab takde rasa nak menangis atau takut.Selamba je aku masa tu.Kira cam hebat sangat rasanya bila fikir aku sorang diri di hari pertama sekolah.

Tapi lain pulak ceritanya bila aku bertukar sekolah masa pertengahan darjah 4.(SK Pengkalan Chepa, Kota Bharu).Kali ni abah hantar aku ke sekolah baru.Perasaannya sangat berlainan.Rasa takut dan gelisah bercampur baur.Aku seperti makhluk asing yang terlepas jatuh ke bumi.Semua pandang aku semacam.Maklum sajalah budak baru.Pastu bila berbual, semua pelik dengan dialek terengganu aku.Siap tanya lagi apa yang aku cakapkan.Mungkin diorang tak biasa kot.Aku pulak tak biasa dengan dialek diorang.hehehe.Aku ambil masa yang sangat lama untuk sesuaikan diri dengan tempat baru.Sebab itulah 2 tahun di sini, tak banyak kenangan yang aku dapat ingat.Yang kekal dalam ingatan bila nak pergi sekolah, saing sakali dengan kak yan berjalan kaki.Di sekolah lama kena naik trak sebab jarak sekolah jauh dari rumah.Bestnya bila diingat2 balik.

ok, dah habis dah cite. Motif???? nak tunjuk tererla terrr daftar sekolah sorang2.kekekeke