Friday, January 18, 2013

MELAYAN PERASAAN

Pernah tak satu ketika korang rasa nak jadi orang lain yang totally bukan diri korang.Perasaan tu kadang-kadang datang sendiri.Tambah lagi bila tengok kehidupan orang lain yang macam best sangat.

Best macam mana?Maksudnya bila ada waktu senggang, keluar window shopping dengan berpakaian cantik ala2 Heliza @ Diana Amir .Lepas tu singgah lepak kat kafe untuk menikmati secawan kopi import sambil melayari internet.Hujung minggu keluar jumpa kawan2 sambil berkongsi cerita2 terbaru dan bila berkesempatan pulak pergi bercuti ke destinasi2 menarik dalam dan luar negara.Yang paling best, pergi ke pulau2.Bestnya........

Tapi.......

Itu semua hanya perasaan yang hadir sekali-sekala dan tak perlu dilayan sangat.Kerana hakikatnya aku hanya orang biasa yang keje di sebuah syarikat kecil.Yang pakaian hariannya hanya baju kurung bertudung bawal tanpa fesyen2 terkini.Yang putaran kehidupannya hanya di rumah dan tempat kerja sahaja.Berbahagialah dengan apa yang yang dinikmati selama ini kerana itulah yang terbaik untuk kita.

MUNGKIN LANGIT DI SEBELAH SITU LEBIH BIRU TAPI AKU GEMBIRA DENGAN LANGITKU WALAU WARNA APA SEKALIPUN IA



6 comments:

  1. be yourself and sometimes boleh je pakai lah cantik-cantik, pegi window shopping, minum kopi sambil layan wifi sekali sekala. Tak salah. Mesti mood hari tu besttt punya... pecaya lah.

    ReplyDelete
  2. tak biasalah awak.dulu masa blaja ada org bawak pegi tempat2 camtu.kalau sorang2 memang takla

    ReplyDelete
  3. bawa la kawan2 awak, tak pun adik-beradik awak, pegi hang out.

    ReplyDelete
  4. kawan2 takdela asz.suma dah bawak haluan masing2.lagipun tak biasalah tpt camtu.tak sesuai ngan saya.macam rusa masuk kg je nanti.hehe

    ReplyDelete
  5. last jumpa nik masa awak datang dululah.masing2 sibuk walaupun dok satu negeri

    ReplyDelete