Friday, January 25, 2013

KENANGAN LOVE LETTER

 

Pernah tengok filem dari Jepun, Love Letter?Dah lama pun sebenarnya filem ni.Dah hampir 18 tahun.Baru2 ni teringat balik bila filen ni diselitkan dalam drama The King of Drama.Memang ia antara filem yang paling aku suka. Kali pertama aku tengok drama cina tempatan menggunakan tajuk yang sama.Masa tu memang aku dah terpaut hati sebab ia lain dari yang lain.Ingatkan cerita asal karya tempatan.Tapi bila aku jumpa review tentang filem ni dalam majalah aku rasa cam sama dengan drama yang aku tengok tu.Mungkin drama tu dibikin semula berdasarkan filem tu kot.Start dari situ, terasa nak tengok versi asal cerita ni tapi tak tahu nak cari kat mana.Nasib aku baik, tak lama lepas tu filem ni ditayangkan di sebuah stesen tv .Menang superb ceritanya.Sampai mengalirkan airmatalah jugak.haha

Filem ni mengisahkan Seorang wanita Hiroko Watanabe yang kehilangan tunang, Itsuki Fuji (Fuji) dalam kemalangan sewaktu aktiviti memanjat bukit.Pada upacara peringatan yang diadakan 2 tahun selepas kematian tunangnya, Hiroko membelek buku tahunan sekolah Fuji.Ibu Fuji memberitahu yang mereka pernah tinggal di Otaru dan rumah yang pernah mereka tinggal dulu telah didirikan lebuhraya.

Hiroko kemudiannya mencatat alamat lama Fuji dan memutuskan untuk menulis surat kepada Fuji.Tanpa disangka suratnya berbalas.Tidak pasti siapa yang membalas surat tersebut, Hiroko kemudiannya bertemu dengan kawannya Akiba (yg juga kenal Fuji dan berada di tempat kejadian sewaktu tragedi yang meragut nyawa Fuji) untuk memberitahu tentang surat yang diterimanya.Akiba meminta Hiroko supaya melupakan Fuji.

Setelah beberapa kali berutus surat Hiroko dan Akiba mengambil keputusan untuk menemui Itsuki untuk memastikan apakah benar dia adalah Itsuki Fuji tunangnya (w/pun dah jelas2 tunangnya dah meninggal).Walaupun pada mulanya mereka tidak dapat bertemu kerana Itsuki terpaksa ke hospital untuk checkup (Itsuki mengidap pneunomia tapi menolak untuk menjalani rawatan), takdir akhirnya mempertemukan mereka apabila secara kebetulan mereka bertembung ketika Hiroko mahu berangkat meninggalkan Otaru.Ternyata Hiroko dan Itsuku mirip antara satu sama lain.

Apabila kembali ke rumahnya, Hiroko memeriksa semula buku tahunan sekolah dan mendapati bahawa alamat yang dia perolehi dari buku tahunan Fuji adalah alamat Itsuki (sebab tulah Itsuki yg balas surat tu.Rumah Fujikan dah jadi highway..) Menyedari yang wajahnya mirip sekali dengan Itsuki, Hiroko kemudiannya mula merasakan bahawa Fuji sebenarnya jatuh cinta kepadanya kerana wajahnya itu mirip Itsuki.Hiroko kemudiannya meminta Itsuki menceritakan tentang kenangan persekolahan Itsuki dan Fuji.

Flashback pun berlaku.

Sewaktu zaman sekolah, Fuji dan Itsuki selalu diusik oleh teman2 sekelas bahawa mereka ini adalah pasangan hanya kerana berkongsi nama yang sama.Fuji dan Itsuki tidak senang dengan semua usikan tersebut.

Itsuki dan Fuji dilantik sebagai pengawas perpustakaan.Walaupun begitu hanya Itsuki yang selalu menjalankan tugas.Fuji pula suka meminjam buku yang tidak pernah dipinjam oleh pelajar lain dan menulis namanya pada kad daftar keluar buku yang dipinjam.

Pada suatu ketika, mereka telah tertukar kertas peperiksaan.Itsuki terpaksa menunggu sehingga malam untuk mendapatkan kembali kertas peperiksaannya yang sebenar.Paling klasik bila mereka terpaksa menggunakan lampu basikal untuk memeriksa tulisan pada kertas peperiksaan tersebut.

Pada tahun ketiga penggal persekolah, bapa Itsuki meninggal dunia akibat pneumonia.Itsuki tidak dapat menghadiri sesi persekolahan buat seketika.Fuji ke rumah Itsuki dan memintanya memulangkan buku yang dipinjamnya.Apabila kembali ke sekolah Itsuki dapati Fuji telah bertukar sekolah dan itulah kali terakhir Itsuki melihat Fuji.

Kembali ke masa sekarang...

Itsuki kembali ke sekolah lamanya apabila Hiroko memintanya mengambil gambar sekolah mereka.Itsuki  kemudiannya diperkenalkan oleh bekas gurunya kepada pelajar2 perempuan (junior) di sekolah.Teruja bertemu Itsuki mereka memberitahu yang mereka menemui banyak kad yang tertulis nama Itsuki pada buku di perpustakaan sehingga mereka mewujudkan satu permainan mengumpul kad yang paling banyak.Itsuki memberitahu pelajar2 tersebut bahawa nama pada kad tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Fuji.

Namun, tidak lama selepas Itsuki ke  sekolah lamanya, dia dikunjungi oleh junior2nya yang membawa buku terakhir dipinjam Fuji.Mereka memberitahu Itsuki bahawa nama Itsuki Fuji yang tertulis pada kad buku tersebut sememangnya milik Itsuki kerana Fuji sebenarnya sukakan Itsuki dalam diam.Ini kerana di belakang kad tersebut terdapat sebuah lakaran wajah Itsuki, menyatakan perasaan sebenar Fuji kepada Itsuki.

Di akhir cerita, Itsuki kemudiannya menulis kepada Hiroko (yang akhirnya menjadi sahabat penanya) yang berbunyi "Kepada Hiroko Watanabe,saya teramat malu untuk menulis surat ini"

Sayangkan??...lepas Fuji dah takde baru terbongkar cerita. Tapi itu yang menjadikan cerita ni menarik dan lain dari yang lain.

Memang sangat2 best ceritanya.Teringin pulak rasanya nak tengok balik.Tapi susah nak dapat kot....tengok klip video jelah ya?

 oh......saya ada jumpa filem ni.sila ke SINI ya?


                    

2 comments: