Sunday, January 6, 2013

GILIRAN KIMBAP PULAK!!!!

Dah lama sebenarnya teringin nak buat kimbap.Tapi disebabkan susah nak dapatkan nori terpaksalah hasrat tu dipendamkan buat seketika.Ada rezeki, semalam dapat jugak beli nori ni.Tu pun bukan yang raw tapi dah diperisakan dengan garam dan minyak bijan.Oklah daripada takde.So...apa tunggu lagi? jom buat sekarang

Dan inilah hasilnya.
 Walaupun tak berapa cantik tapi cukup berpuas hati sebab dapat buat.Hari ni nak buat lagi.Cuma nak kena tambah cili bagi pedas.Biasalah tekak orang melayu.



Resipi dari Lunamaisara (myresipi.com)

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun - dihiris memanjang
  • 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara-cara

  1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  3. Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  4. Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  5. Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  6. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  7. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi.
  8. Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Nota Kaki : Kimbap adalah resipi makanan Korea ke 3 selepas buat Heottok dan Hameul Pajeon.Lepas ni nak cuba buat ddeokbokki pulak.Sebelum tu kena cari Gochujang dulu.Kalau tak dapat terpaksa cari alternatif lain dengan buat sendiri ikut citarasa orang kita.



Hameul Pajeon seperti dalam n3 sebelum ni



Heottok

No comments:

Post a Comment