Kali ni, kami berdua (ngan adik) ke kl untuk mencari barang2 keperluan untuk hari pernikahan Zila nanti.Bukanlah bermakna kat Kelantan ni takde tapi ini adalah percutian terakhir aku dan Zila sebelum dia bertukar status menjadi puan pulak.Lepas ni susahla sikit untuk keluar berdua kerana dia dah jadi hak orang.Mungkin lepas ni aku takkan kerap ke kl lagi.Dah takde geng.uhuk uhuk.
Hari pertama sampai, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mencari bilik untuk menginap.Memandangkan bilik hanya akan digunakan untuk bersiap dan tidur sahaja, memadailah dengan menyewa bilik yang murah..Lainlah kalau nak berehat menenangkan fikiran.Kalau untuk itu, harusla check in ke hotel yang selesa sikit.Dari awal lagi kami dah plan nak menginap di hotel bajet sekitar Chow Kit.Sebabnya, nak dekat dengan kedai sup mamak yang hanya dibuka pada waktu malam.Selamat sikit berjalan kaki nanti.Memang kedai ni wajib kami kunjungi kalau ke kl.Sedap sangat.
Hotel tempat kami menginap.Biliknya kecik je tapi bersih.Itu yang penting
Dah dapat bilik (kami memilih untuk menginap di Hotel Putra Muda), terus mandi dan bersiap.Lepas ni nak ke Sogo.Ada sales katanya.Kata siapa??? kata aku.hehe.Ramai sangat manusia kat sana.Maklum sajalah CNY dah nak dekat.Tapi aku tengok orang kita je yg ramai.Sapa yang nak beraya sebenarnya ni?? :)
Belek-belek, pilih-pilih tak jumpa yang berkenan di hati.Kami kemudiannya beralih ke Midvalley pulak.Kaki dah mula sakit2 sebab banyak sangat berjalan.Tapi demi kepuasan Zila aku gagahkan jugak.
Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak beg dan kasut yang Zila suka.Nanti bolehla balik ke bilik.Tapi sebelum tu, alang2 dah sampai sini,aku nak cari sos okonomiyaki, bonito flakes dan serbuk nori dulu.Nak buat okonomiyaki kononnya.Tapi niat aku terbantut bila aku dapati salah satu dari sos okonomiyakitu ada tertulis alkohol caramelized apa tah..Terus takde mood nak cari brand lain.Kalau was was baik jangan belikan?
Sampai bilik jam dahpun 6.30.Dah siap solat jamak, jadi sempatla berehat2 menunggu maghrib.Lepas maghrib, keluar untuk makan malam pulak.Mamak tu siap bagitau kalau kitorang datang lagi esok dia akan bagi diskaun.Kenapa bukan malam ni? esok kitorang dah balik.Selesai makan sebelum pukul 9.00, kitorang ambil keputusan nak jalan2 di kawasan sekitar.Balik ke bilik jam 10 malam.
Sabtu...
Hari ni kami janji nak jumpa Apiz (adik lelaki).Dia akan tunggu kami kat Kl Sentral.Jalan kaki lagila nampak gaya.Lepas sarapan (roti sogo semalam), kami check out.Terus ke KL Sentral, tinggal beg kat loker, jumpa Apiz dan dia bawak kitorang ke Kenanga Wholesale City.Kat sini semua barang murah,Tapi syaratnya kena beli secara borongla.Kalau tak sama je dengan harga tempat lain.Makan tengahari di Kopi O' Klasik, pusing2 lagi dan kemudian berpisah di stesen komuter Hang Tuah.Destinasi seterusnya, ke Bandar Baru Bangi.Memang sini tempat wajib kami kunjungi.Terlalu banyak kenangan kat sini.Sempat juga kami makan malam di salah satu kedai makan yang selalu dikunjungi tika bergelar pelajar dulu.Walaupun owner dah bertukar yang penting perasaan tika berada di situ sangat sentimental.
Jam 7 petang, bergerak ke stesen bas Hentian Kajang.Kami pulang ke Kelantan dengan menaiki bas di stesen ni.Itu sajalah catatan perjalanan sepanjang perjalanan singkat kami ke kl.Suatu hari nanti aku pasti kembali ke sini lagi kerana ia terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja.Nasib baik belajar UKM je.Kalau belajar oversea, masak nak datang selalu.Bukannya dekat.
Pasar Malam Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.Dulu tapak asal apartment tu hanya ada pokok2 je
Betapa aku rindukan tempat ni
Tempat wajib dikunjungi tiap kali balik dari kelas.Oh..kedai makan kat belakang ni juga tempat lepak tika dulu2
kenangan sungguh la pic kat pasar malam, kolej dan petronas tu. Dah lama dah tak pegi UKM dan area bangi. Last sekali maybe pd tahun 2005 kot.
ReplyDeleteSampai sekarang ni masih ingat kenangan kita lepak pukul 12 tengahmalam kat kerusi dan meja di padang tu dgn susan sampai kena suluh pak guard.
Juga hezri marahkan kita...hahahaah...
next time mungkin kita patut sama2ke sana.Sama2 ambil gambar kat suma lokasi dalam gambar ni.
ReplyDeleteingat sangat2 kenangan kena marah tu.Masa shoot gambar magazine ke masa tu ada fire drill?.Sorang pun takde kat bilik.kita semua dok tgh lepak kat kedai makan.hehe.Tak sangka Hezri dah jadi org RTM skang.
Aha kan? Teringin nak jumpa awak semula. Apa kata kita jumpa lagi nanti, nak tak? In case kalau awak pegi KL lagi, kot kot boleh jumpa, itu pun kalau saya free.
ReplyDeleteHezri..hahaah badan pun dah berketul-ketul :)
nakla.kita plan elok2 pastu jumpa kat kl.mesti best sangat2.ajak nik skali
ReplyDelete