Friday, January 25, 2013
KENANGAN LOVE LETTER
Pernah tengok filem dari Jepun, Love Letter?Dah lama pun sebenarnya filem ni.Dah hampir 18 tahun.Baru2 ni teringat balik bila filen ni diselitkan dalam drama The King of Drama.Memang ia antara filem yang paling aku suka. Kali pertama aku tengok drama cina tempatan menggunakan tajuk yang sama.Masa tu memang aku dah terpaut hati sebab ia lain dari yang lain.Ingatkan cerita asal karya tempatan.Tapi bila aku jumpa review tentang filem ni dalam majalah aku rasa cam sama dengan drama yang aku tengok tu.Mungkin drama tu dibikin semula berdasarkan filem tu kot.Start dari situ, terasa nak tengok versi asal cerita ni tapi tak tahu nak cari kat mana.Nasib aku baik, tak lama lepas tu filem ni ditayangkan di sebuah stesen tv .Menang superb ceritanya.Sampai mengalirkan airmatalah jugak.haha
Filem ni mengisahkan Seorang wanita Hiroko Watanabe yang kehilangan tunang, Itsuki Fuji (Fuji) dalam kemalangan sewaktu aktiviti memanjat bukit.Pada upacara peringatan yang diadakan 2 tahun selepas kematian tunangnya, Hiroko membelek buku tahunan sekolah Fuji.Ibu Fuji memberitahu yang mereka pernah tinggal di Otaru dan rumah yang pernah mereka tinggal dulu telah didirikan lebuhraya.
Hiroko kemudiannya mencatat alamat lama Fuji dan memutuskan untuk menulis surat kepada Fuji.Tanpa disangka suratnya berbalas.Tidak pasti siapa yang membalas surat tersebut, Hiroko kemudiannya bertemu dengan kawannya Akiba (yg juga kenal Fuji dan berada di tempat kejadian sewaktu tragedi yang meragut nyawa Fuji) untuk memberitahu tentang surat yang diterimanya.Akiba meminta Hiroko supaya melupakan Fuji.
Setelah beberapa kali berutus surat Hiroko dan Akiba mengambil keputusan untuk menemui Itsuki untuk memastikan apakah benar dia adalah Itsuki Fuji tunangnya (w/pun dah jelas2 tunangnya dah meninggal).Walaupun pada mulanya mereka tidak dapat bertemu kerana Itsuki terpaksa ke hospital untuk checkup (Itsuki mengidap pneunomia tapi menolak untuk menjalani rawatan), takdir akhirnya mempertemukan mereka apabila secara kebetulan mereka bertembung ketika Hiroko mahu berangkat meninggalkan Otaru.Ternyata Hiroko dan Itsuku mirip antara satu sama lain.
Apabila kembali ke rumahnya, Hiroko memeriksa semula buku tahunan sekolah dan mendapati bahawa alamat yang dia perolehi dari buku tahunan Fuji adalah alamat Itsuki (sebab tulah Itsuki yg balas surat tu.Rumah Fujikan dah jadi highway..) Menyedari yang wajahnya mirip sekali dengan Itsuki, Hiroko kemudiannya mula merasakan bahawa Fuji sebenarnya jatuh cinta kepadanya kerana wajahnya itu mirip Itsuki.Hiroko kemudiannya meminta Itsuki menceritakan tentang kenangan persekolahan Itsuki dan Fuji.
Flashback pun berlaku.
Sewaktu zaman sekolah, Fuji dan Itsuki selalu diusik oleh teman2 sekelas bahawa mereka ini adalah pasangan hanya kerana berkongsi nama yang sama.Fuji dan Itsuki tidak senang dengan semua usikan tersebut.
Itsuki dan Fuji dilantik sebagai pengawas perpustakaan.Walaupun begitu hanya Itsuki yang selalu menjalankan tugas.Fuji pula suka meminjam buku yang tidak pernah dipinjam oleh pelajar lain dan menulis namanya pada kad daftar keluar buku yang dipinjam.
Pada suatu ketika, mereka telah tertukar kertas peperiksaan.Itsuki terpaksa menunggu sehingga malam untuk mendapatkan kembali kertas peperiksaannya yang sebenar.Paling klasik bila mereka terpaksa menggunakan lampu basikal untuk memeriksa tulisan pada kertas peperiksaan tersebut.
Pada tahun ketiga penggal persekolah, bapa Itsuki meninggal dunia akibat pneumonia.Itsuki tidak dapat menghadiri sesi persekolahan buat seketika.Fuji ke rumah Itsuki dan memintanya memulangkan buku yang dipinjamnya.Apabila kembali ke sekolah Itsuki dapati Fuji telah bertukar sekolah dan itulah kali terakhir Itsuki melihat Fuji.
Kembali ke masa sekarang...
Itsuki kembali ke sekolah lamanya apabila Hiroko memintanya mengambil gambar sekolah mereka.Itsuki kemudiannya diperkenalkan oleh bekas gurunya kepada pelajar2 perempuan (junior) di sekolah.Teruja bertemu Itsuki mereka memberitahu yang mereka menemui banyak kad yang tertulis nama Itsuki pada buku di perpustakaan sehingga mereka mewujudkan satu permainan mengumpul kad yang paling banyak.Itsuki memberitahu pelajar2 tersebut bahawa nama pada kad tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Fuji.
Namun, tidak lama selepas Itsuki ke sekolah lamanya, dia dikunjungi oleh junior2nya yang membawa buku terakhir dipinjam Fuji.Mereka memberitahu Itsuki bahawa nama Itsuki Fuji yang tertulis pada kad buku tersebut sememangnya milik Itsuki kerana Fuji sebenarnya sukakan Itsuki dalam diam.Ini kerana di belakang kad tersebut terdapat sebuah lakaran wajah Itsuki, menyatakan perasaan sebenar Fuji kepada Itsuki.
Di akhir cerita, Itsuki kemudiannya menulis kepada Hiroko (yang akhirnya menjadi sahabat penanya) yang berbunyi "Kepada Hiroko Watanabe,saya teramat malu untuk menulis surat ini"
Sayangkan??...lepas Fuji dah takde baru terbongkar cerita. Tapi itu yang menjadikan cerita ni menarik dan lain dari yang lain.
Memang sangat2 best ceritanya.Teringin pulak rasanya nak tengok balik.Tapi susah nak dapat kot....tengok klip video jelah ya?
oh......saya ada jumpa filem ni.sila ke SINI ya?
Friday, January 18, 2013
MELAYAN PERASAAN
Pernah tak satu ketika korang rasa nak jadi orang lain yang totally bukan diri korang.Perasaan tu kadang-kadang datang sendiri.Tambah lagi bila tengok kehidupan orang lain yang macam best sangat.
Best macam mana?Maksudnya bila ada waktu senggang, keluar window shopping dengan berpakaian cantik ala2 Heliza @ Diana Amir .Lepas tu singgah lepak kat kafe untuk menikmati secawan kopi import sambil melayari internet.Hujung minggu keluar jumpa kawan2 sambil berkongsi cerita2 terbaru dan bila berkesempatan pulak pergi bercuti ke destinasi2 menarik dalam dan luar negara.Yang paling best, pergi ke pulau2.Bestnya........
Tapi.......
Itu semua hanya perasaan yang hadir sekali-sekala dan tak perlu dilayan sangat.Kerana hakikatnya aku hanya orang biasa yang keje di sebuah syarikat kecil.Yang pakaian hariannya hanya baju kurung bertudung bawal tanpa fesyen2 terkini.Yang putaran kehidupannya hanya di rumah dan tempat kerja sahaja.Berbahagialah dengan apa yang yang dinikmati selama ini kerana itulah yang terbaik untuk kita.
MUNGKIN LANGIT DI SEBELAH SITU LEBIH BIRU TAPI AKU GEMBIRA DENGAN LANGITKU WALAU WARNA APA SEKALIPUN IA

Tuesday, January 15, 2013
Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam - Dato' Dr MAZA
Tidak cenderung kepada mana-mana pihak, tapi aku rasa ini penjelasan bagi menjelaskan kekeliruan yang banyak sangat berlaku sekarang ni.
Monday, January 14, 2013
PEPLUM LAH SANGAT.....
Agak tak berapa lama lagi dah majlis pernikahan adik bongsu aku, Zila.Walaupun tu kira hari besar untuk dia tapi aku nak jugak kelihatan bergaya di majlis tu nanti.Wah..tetiba.Sekarang nikan tengah trending fesyen kurung peplum.Alah, sebenarnya fesyen Saloma dulu2 yang timbul balik je.Jadi secara tidak langsung aku pun tertarik jugakla nak gayakan fesyen camni di hari pernikahan Zila nanti.
Tengok punya tengok, kaji punya kaji, akhirnya aku buat rumusan sendiri.Peplum kurung ni sebenarnya tak sesuai dengan aku.Mungkin dalam gambar nampak cantik sebab digayakan oleh mereka yang bertubuh kurus kering dan tinggi lampai.Jadi pija, sedarla dari angan2 nak berfesyen bagai.Pakai je apa yang sesuai untuk kamu.Kalau tak, takdelah timbul pepatah ukur baju di badan sendiri.Yang cantik pada orang lain belum tentu cantik pada kamu.Oke....nak cari baju sekarang!!!!!!

Cantikkan? simpan angan-angan jela
Sunday, January 6, 2013
SAYANGNYA NAK MAKAN...
Aku selalu perasan kalau cerita Korea atau Jepun, budak-budak sekolah kat negara mereka selalu makan di bilik darjah.Setelah diselidik macam james bond rupa-rupanya di Jepun dan Korea tidak ada kantin.Bila tiba waktu makan, mereka akan buka bekal yang dibawa dari rumah dan makan di meja masing-masing.Selesai makan mereka akan diberikan masa untuk membersihkan kelas.
Di Jepun, bekal makanan ni dipanggil Bento.Diisi dalam bekas yang pelbagai bentuk dan comel2 blaka, bento selalunya terdiri dari nasi, lauk dan sayur-sayuran.Kira cam satu hidangan lengkap gitu.Bagus sebenarnya budaya diorang ni.Takdelah budak2-budak sekolah makan makanan yang tak berkhasiat sebab semuanya dah dibekalkan dari rumah.Belanja pun jimat. :)
Oleh kerana Jepun sangat mementingkan presentation dalam makanan diorang, Bento pun boleh jadi satu seni yang sangat menarik.Tengok ajelah apa yang aku jumpa dalam youtube ni.Nak dapat seperti yang dalam klip ni, mau kena bangun pukul 4 pagi setiap hari.Pengsan........

GILIRAN KIMBAP PULAK!!!!
Dah lama sebenarnya teringin nak buat kimbap.Tapi disebabkan susah nak dapatkan nori terpaksalah hasrat tu dipendamkan buat seketika.Ada rezeki, semalam dapat jugak beli nori ni.Tu pun bukan yang raw tapi dah diperisakan dengan garam dan minyak bijan.Oklah daripada takde.So...apa tunggu lagi? jom buat sekarang
Dan inilah hasilnya.
Walaupun tak berapa cantik tapi cukup berpuas hati sebab dapat buat.Hari ni nak buat lagi.Cuma nak kena tambah cili bagi pedas.Biasalah tekak orang melayu.
Nota Kaki : Kimbap adalah resipi makanan Korea ke 3 selepas buat Heottok dan Hameul Pajeon.Lepas ni nak cuba buat ddeokbokki pulak.Sebelum tu kena cari Gochujang dulu.Kalau tak dapat terpaksa cari alternatif lain dengan buat sendiri ikut citarasa orang kita.
Dan inilah hasilnya.
Walaupun tak berapa cantik tapi cukup berpuas hati sebab dapat buat.Hari ni nak buat lagi.Cuma nak kena tambah cili bagi pedas.Biasalah tekak orang melayu.
Resipi dari Lunamaisara (myresipi.com)
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
- 1 paket kepingan seaweed
- 1 1/2 cawan beras
- 1 bungkus crab meat
- 1 biji timun - dihiris memanjang
- 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
- Sedikit garam dan gula
- Sedikit cuka
- Mayonis
- Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula
Cara-cara
-
-
-
-
-
-
-
-
- Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.
Nota Kaki : Kimbap adalah resipi makanan Korea ke 3 selepas buat Heottok dan Hameul Pajeon.Lepas ni nak cuba buat ddeokbokki pulak.Sebelum tu kena cari Gochujang dulu.Kalau tak dapat terpaksa cari alternatif lain dengan buat sendiri ikut citarasa orang kita.
Hameul Pajeon seperti dalam n3 sebelum ni
Heottok
Wednesday, January 2, 2013
FIGHTING!!!!!!!
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Semalam aku jatuh.Walaupun tak tersungkur tapi pedih tetap ada.Ternyata permulaan 2013 membawa awan mendung.Atau mungkin ia kifarah untuk dosa yang aku tak sedari selama ni.
Sebelum tidur doaku semoga hari ni aku bangkit menjadi seorang yang baru.Seorang yang kental sekeras waja, yang teguh setegar karang dan semoga esok matahari akan kembali bersinar seperti biasa.
Pija fighting!!!!!

SEKOLAH DAH MULA
Jika di Pantai Timur, hari ini adalah hari kedua sejak sesi persekolahan 2013 dibuka.Dalam keadaan hujan yang sentiasa turun, para ibu bapa terpaksa menghantar anak2 mereka dengan menggunakan kereta menyebabkan perjalanan ke sekolah yang selalunya mengambil masa 5 minit, menjadi 15-20 minit.Tapi aku bukan nak cerita pasal hujan ataupun jalan jem.Cuma nak imbas kembali masa zaman aku mula2 sekolah dulu.
Kalau orang lain, hari pertama persekolahan mereka akan ditemani oleh ibu bapa.Itu belum kira ibu bapa yang terpaksa menunggu anak mereka sampai 2 3 hari sebab anak merengek nak ikut balik sekali.Tapi itu semua tak berlaku pada aku.Hari pertama aku di tahun 1 (SK Tok Jembal, Kuala Terengganu), aku hanya bertemankan kakak aku yang pada masa tu dalam darjah 3.Waktu tu, abah takde di rumah sebab kena masuk hutan berbulan2.Ma pulak tengah sarat mengandungkan adik bongsu aku, Zila.Pendaftaran persekolahan aku dibuat oleh kawan abah yang aku sendiri dah lupa sapa namanya.Orang lain ada yang menangis ada yang hepi tapi aku terkial-kial sorang diri cuba nak sesuaikan diri dengan tempat baru.Nasib baik keras hati jugak sebab takde rasa nak menangis atau takut.Selamba je aku masa tu.Kira cam hebat sangat rasanya bila fikir aku sorang diri di hari pertama sekolah.
Tapi lain pulak ceritanya bila aku bertukar sekolah masa pertengahan darjah 4.(SK Pengkalan Chepa, Kota Bharu).Kali ni abah hantar aku ke sekolah baru.Perasaannya sangat berlainan.Rasa takut dan gelisah bercampur baur.Aku seperti makhluk asing yang terlepas jatuh ke bumi.Semua pandang aku semacam.Maklum sajalah budak baru.Pastu bila berbual, semua pelik dengan dialek terengganu aku.Siap tanya lagi apa yang aku cakapkan.Mungkin diorang tak biasa kot.Aku pulak tak biasa dengan dialek diorang.hehehe.Aku ambil masa yang sangat lama untuk sesuaikan diri dengan tempat baru.Sebab itulah 2 tahun di sini, tak banyak kenangan yang aku dapat ingat.Yang kekal dalam ingatan bila nak pergi sekolah, saing sakali dengan kak yan berjalan kaki.Di sekolah lama kena naik trak sebab jarak sekolah jauh dari rumah.Bestnya bila diingat2 balik.
ok, dah habis dah cite. Motif???? nak tunjuk tererla terrr daftar sekolah sorang2.kekekeke
Subscribe to:
Posts (Atom)