Sunday, September 8, 2013

CERITA DALAM LAGU

Saya suka layan muzik video yang bercerita dalam lagu.Seolah-olah saya menonton filem atau drama dalam masa kurang 10 minit.Bestkan??

Ini antara muzik video yang saya suka.Walaupun dah lama tapi saya masih layan sampai sekarang.Dari segi jalan cerita,agak tidak logik untuk seorang yang masih hidup dermakan matanya kepada orang lain, tapi ia masih menyentuh perasaan.Tacim pulak makcik menengoknya, tapi taklah sampai  menangis terguling2 ya?huhu





Muzik video dari T-ara pun saya suka.Mereka selalu buat konsep bercerita dalam lagu.Video ni agak panjang sebab digabungkan dua MV sekaligus (video pertama sampai 15.45).Dah agak lama jugak, siap hafal lirik tu.

Saturday, September 7, 2013

CEREWET MAKAN??

Lain orang lain selera makannya.Ada yang punya selera kampung, juga ada yang punya selera barat.Kadang-kadang selera yang pelbagai ni menyebabkan ia disalah tafsir sebagai cerewet makan.Bagi saya sendiri, tak pasti sama ada cerewet makan ataupun tak.Sebab kalau disenaraikan banyak juga benda yang saya tak makan.

Benda  utama yang saya paling-paling tak suka ialah masakan yang berasaskan santan.Tak kira sama ada ia kari, kurma, kuzi, dalca dan yang sewaktu dengannya.Bila dah tak suka tu, jangan pula minta saya untuk masakkan semua tu.Mak selalu tegur saya tak bolehla masak masakan yang saya suka je.kena jugak masak makanan2 lain jugak.Tapi setakat ni teguran tu masih ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Belum pernah walau sekali saya cba memasak semua tu.Bukan saja lauk pauk yang berasaskan santan, saya juga kurang gemar manisan yang menggunakan bahan yang sama.Contohnya bubur.Kalau makan pun, sekadar ambik isi je.

Selain tu, saya juga punya selera makan yang agak mengelirukan.Saya akan suka atau tak suka pada makanan yang asasnya dari bahan yang sama. Contohnya, saya sangat suka ulam-ulaman tapi benci sayur-sayuran, suka tempe tak suka tauhu, suka pati soya tapi benci air soya.Kalau air pulak, paling tak gemar air tebu, cincau, kelapa (isi kelapa makan pulak).Tembikai pun kalau dijadikan jus, terus jadi tak suka.

Masakan manis sinonim dengan masyarakat Kelantan.Tapi ia tidak berlaku dalam keluarga saya.Sebab tu agak susah untuk kami beli makanan dari luar sebab kebanyakannya tidak memenuhi selera.Kalau nak order masakan panas, kami terpaksa minta tukang masak supaya jangan letakkan gula.Namun, mungkin sebab dah terbiasa mereka kadang2 terlupa juga.Terpaksa jugak makan walau hati tak rela.Jangan pula ada kata saya saya eksyen ke apa kerana saya masih orang kelantan yang gemarkan budu, nasi kerabu dan sebagainya.Mungkin kerana kampung ma ngan abah di Kuala Krai tidak mengamalkan gula dalam masakan menyebabkan kami kurang biasa dengan cara masakan hilir Kelantan yang banyak dipengaruhi oleh masakan Thailand.Kampung kami terkenal dengan tempoyak, aserom, ikan sungai dan masakan yang pedas-pedas yang mana semua ni agak sukar didapati di Kota Bharu.Semasa Zila kawin dulu, ma ngan abah buat kelainan dengan menyediakan gulai tempoyak ikan patin untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Paling mengejutkan gulai tempoyak habis dulu berbanding gulai daging.Kata tetamu, tak pernah makan mereka gulai tempoyak seperti itu dan mereka gemarkannya.Alhamdulillah.

Dengan semua yang saya senaraikan di atas, adakah saya termasuk dalam kategori cerewet makan??? Hmmmmmmm


Sunday, September 1, 2013

PERTEMUAN SEMULA

Pada setiap kali raya,bekas rakan sekolah saya selalu buat reunion.Selalunya mereka akan berjumpa di suatu tempat dan lepak selama berjam2 sambil bertukar cerita.Sayang sekali saya tidak pernah berkesempatan untuk join sama.Selain kekangan masa (sebab selalunya perjumpaan pada setiap malam raya.Saya pulak malam ni adalah malam yg paling sibuk ), terasa segan pulak nak bertemu rakan lama.Selalu saya bayangkan kalaula saya berada di sana, akan jadi patung cendana agaknya.Kelu seribu bahasa.Tambah lagi geng2 saya takde.Kalau ada harus saya join juga.

Namun begitu, tahun ni saya berkesempatan bertemu rakan lama secara tidak sengaja.Sehari sbelum raya, saya terserempak dengan Ana, rakan sekelas semasa di tingkatan 5.Sempat berbual seketika, saya mengajaknya datang ke rumah pada hari raya.Alhamdulillah, pada hari raya ke 5, Ana datang ke rumah dengan 3 lagi rakan, Siti, Kasifah dan Murni.Gembira dapat jumpa mereka.Di antara kami, Saya Ana dan Kasifah yang masih belum bekeluarga.Nampak gayanya bukan saya soranglah yg masih solo.Hepinya saya.hehe

Pada raya ke-3 pulak, saya terjumpa Shamsul (pun sekelas di tingkatan 5) semasa menemani ma ke pasar.Tak sangka dalam diam rupanya Shamsul dah kawin dan punya 2 orang anak.teringat masa dulu, kami pelajar perempuan suka usik dia.Pastu dia akan senyum tersipu2.Hai Shamsul, tak sangka dah jadi bapak budak awakkan?

Hari raya kali ni jugak, saya tersangat sibuk memenuhi undangan perkahwinan saudara mara dan jiran2.Dan satu diantaranya telah menemukan saya dengan Febnita, rakan sekelas semasa di tingkatan 6.Feb sekarang sedang pregnant anak ketiga.Dari wajahnya jelas terlihat bahagia.Tumpang gembira saya melihat kebahagian kawan-kawan.

Bertemu di facebook juga suatu yang menggembirakan untuk kali ini.Seorang rakan telah bertungkus lumus mengimbas majalah sekolah dan dimuatnaik ke grup alumni sekolah kami.Dari sini, ramai rakan-rakan yang terpisah lama bertemu kembali.Masing-masing rancak bercerita dan bertanya khabar.Terima kasih kepada Shah Rizal di atas usahanya yang telah berjaya menautkan kembali ikatan yang telah lama putus.Panjang umur, ada rezeki, mungkin boleh usahakan reunion secara besar-besaran dan saya pun akan ikut join sekali.Insya Allah, Amin.






Monday, August 5, 2013

DAH NAK RAYA!!!

Ramadhan bakal berlalu.Terasa amat sedikit amalan yang dilakukan sepanjang bulan berkat ni.Masih punya kesempatankah bertemu Ramadhan di tahun2 mendatang?.Dengan berbaki beberapa hari je lagi, insyaallah akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Berlalunya Ramadhan, tiba pula Syawal.Hari Raya pun menjelma meraikan kemenangan melawan nafsu sepanjang Ramadhan.Dah tentu-tentu hari raya disambut dengan penuh kemeriahan dan warna-warni.Persiapan kami sendiri, sederhana saja.Maklum saja, rumah kite jarang dikunjungi teman2.Dari dulu sampai sekarang kite tak pernah nak bagitahu kawan kat mana rumah kite.Berahsia kononnya.Cuma tahun lepas terasa meriah pulak bila 2 3 org kawan datang bertandang.Itupun mereka terpaksa call dulu tanya lokasi rumah.Ada yg 2 3 kali pusing baru jumpa.Kalau tak kite cuma jadi jong (petugas) dapur saja, sediakan makanan untuk tetamu adik2.

Kalau tahun lepas kite tak buat biskut raya, tahun ni terpaksa buat walau sikit.Adik yang kini sedang mengandungkan anak pertama teringin nak makan kuih raya dari kite.Tahun lepas pun dia ada minta suh buat tapi tak layan.Malassss.Kali ni kalau tak buat serba salah pulak.Orang kata kalau orang mengandung teringin nak makan tu, bagi jela selagi tak memudaratkan.Terpaksa buat jugalah.Tapi siap bagi syarat lagi, biskut raya kali ni memang sempoi habis, takdenya  nak bersolek2 bagai.Yang penting rasa.kekeke, macamlah best sangat.

Bab baju raya pulak, perancangan asal memang taknak buat atau beli baju raya.Sebabnya terasa membazir je beli baju baru sedangkan baju masa Zila kawin dulu cuma pakai sekali je.Tapi perancangan asal dah jadi lain.Sorang teman hadiahkan kain pasang untuk dibuat baju raya.Serba salah juga nak terima pada mulanya sebab walaupun kenal dari zaman sekolah tapi kami takdelah berkawan rapat.Cuma bila jumpa dalam fb, kitorang kerap menomen status masing2.Tak sangka pulak tetiba dia hadiahkan kain.Siap suh makcik dia tolong hantar kat rumah lagi.Takut tak sempat jahit katanya.Terima kasih banyak ye.Segan pulak kite.

Masa balik berbuka minggu lepas, tiba-tiba je abah cadangkan supaya raya lagi ni, kita buat kambing panggang.Nampak gaya seperti semua bersetuju.Kite pula ditugaskan untuk menggoogle cara2 untuk buat kambing panggang.Camne yek?? Bukan keje senang nak panggang kambing sekor.Camnelah abah boleh cadangkan nak buat kambing panggang.Orang sibuk nak raya, kita sibuk memanggang kambing.Apapun tunggu jelah raya nanti, jadi ke tidak projek kambing panggang ni.

Hari sabtu ni adik lelaki balik.Makin meriahla minggu terakhir puasa kami.Ahli makin bertambah, keluarga makin besar, nampak gaya berbuka dan bersahur bersilalah kita ya? Makin erat ikatan ukhwah sesama keluarga.Cewahh....poyo melanda






Friday, July 12, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H



Terasa sangat lama tak menulis di sini.Tulisan kali ni pun takde pe yang penting nak diceritakan.Cuma sekadar nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua.Semoga amalan kita semakin bertambah dari tahun2 sebelumnya, insyaallah.

Tahun ni kami berpuasa dengan ahli baru, adik ipar saya.Terasa agak janggal kerana kali terakhir kami berbuka dan bersahur bersama orang baru ialah 10 tahun lepas ketika kakak sulungku mendirikan rumahtangga.Bukannya selepas tu kami tak pernah berbuka bersama.Ada tapi dalam sebulan puasa tu, dalam 2 3 kali jelah.Selebihnya kakak berbuka di rumah mertuanya.

Kalau sebelum ni bebas skit bila di dalam rumah, tapi sekarang dah kena jaga.Tambah-tambah time sahur.Dengan mata yg berpinar2, nak kena cari tudung dulu sebelum turun ke dapur.Seb baik tak menonong je dengan kepala togel.Pastu bila nak makan, nak kena cover2 sopan.Yang nak makan banyak kena makan sikit.Seganla pulak.Maklumla masih baru.Tunggu 2 3 tahun lagi tengok?? entah2 sebat apa je depan mata.tak segan2 lagi dahkan? haha.

Tapi sampai sekarang aku masih segan ngan abang ipar.Kalau bercakap pun boleh dikira dengan jari berapa patah je perkataan yang keluar.Mungkin dah memang cara saya camni kot.Ramai yg kata saya pendiam.Sebenarnya tak, saya banyak cakap juga, cuma saya bercakap banyak dengan orang yang saya rasa selesa.Tak hairan masa saya belajar dulu, saya sendiri di tahun pertama.Tahun kedua baru saya jumpa kawan dan roomate yang boleh buat saya rasa selesa.

Panjang pulak melalutnya.Stop sini dululah.Sambung len kali pulak.Akhir kata, SELAMAT BERPUASA mulut, mata hidung telinga dll.







Monday, June 10, 2013

KOREAN PHRASES 6

당신의 생일이 언제죠?
 When is your birthday?

당신
dang shin
1. honey (between married couples)
2. you (used in poems and lyrics) 
3. you (used in a negative tone) 
4. you (used in translated sentences that need a word for "you")


eui
1. (particle after noun to make possessive, 'of') 
2. clinic, hospital (hanja) 
3. clothing (hanja)

 생일
seng il
birthday


i
1. (subject particle) 
2. this 
3. (particle after verb or adjective to make adverb) 
4. tooth, teeth 
5. two, 2 (hanja) 
6. lice 
7. person (particle after younger/same age person's name) 
8. with 
9. different

언제
un je
when

 
jyo
(short form of 'particle after verb or adjective to finish sentence or to ask question, casual tone' + 'particle after verb to add semi-politeness')

Saturday, June 1, 2013

MALAYUSA

Ingat tak sekitar tahun 1998 (masa tu kite form 6) TV3 ada siarkan drama tentang pelajar-pelajar Malaysia di luar negara? Judul drama tu Cinta Antara Benua lakonan Ahmad Idham dan Asdayanti?? memang pada masa itu drama terbitan Kuasatek Pictures tu sempat menjadi fenomena.Kite yg bakal ambik STPM pun berangan nak sambung study kat luar negara.Sayangnya angan-angan hanya tinggal angan-angan.Terkubur segala impian nak jejak negara orang.

Kali ni tak sangka perasaan tu datang lagi.Tiba-tiba berangan nak berhijrah ke luar negara (berhijrah  oke? bukan melancong.Punya tinggi angan-angan mat jenin) Semuanya gara-gara  kite tersesat kat satu channel di youtube,  MalayUSA.Kite tak perasan pun camne kite boleh sampai ke situ, tapi kini kite jadi pengikut setia keluarga Puan Shima.Kalau korang nak tahu, MalayUSA ni bercerita tentang kehidupan sekelompok keluarga Melayu yang tinggal di bumi Mat Salleh.Walaupun jauh dari tanahair,namun budaya dan tradisi Melayu tu tetap dibawa bersama.

Memang bagus bila adanya channel camni.Sekurang-kurangnya dapat jugak  tahu bagaimana kehidupan masyarakat kat sana.Manalah tahu suatu hari ditakdirkan Allah dapat jejakkan kaki.Kann??? berangan lagi...

Ini antara klip tentang keluarga Puan Shima.Comelkan diorang?




Nota kaki : sangat suka dengar anak2 Puan Shima bercakap bahasa Melayu slang mat saleh.Yelah, lidah mereka dah terbiasa berbahasa inggeris, nak buat camne.Tapi sekurang-kurangnya mereke berusaha jugak untuk belajar.Macam kita kat Malaysia jugaklah.Contoh, kalau mak ayah asal negeri Kelantan (contoh negeri aku sendirilah senang) tapi melahirkan dan membesarkan anak di negeri lain, dah tentu2 mereka selesa berbahasa mengikut negeri yg mereka tinggal.

ohh, satu lagi, channel ni pun best.Tapi dah lama tak update.Tentang Lepat dan anak2 dia.Kalau korang masih ingat tentang kontroversi tentang perebutan hak penjagaan anak lelakinya Sunni dengan bekas isteri yang berbangsa inggeris, inilah orangnya.Sekarang Lepat dah bahagia dengan isteri baru dan 2 orang anak Aminah dan Azali.Sunni pulak sekarang jadi B-Boy.Harap2 satu hari nanti Sunni terbuka hati untuk cari  ayah dia.Kerana kami di Malaysia tahu bagaimana Lepat sangat berusaha untuk memastikan Sunni kekal disisinya.Silalah ke SINI kalau ada masa