Pada setiap kali raya,bekas rakan sekolah saya selalu buat reunion.Selalunya mereka akan berjumpa di suatu tempat dan lepak selama berjam2 sambil bertukar cerita.Sayang sekali saya tidak pernah berkesempatan untuk join sama.Selain kekangan masa (sebab selalunya perjumpaan pada setiap malam raya.Saya pulak malam ni adalah malam yg paling sibuk ), terasa segan pulak nak bertemu rakan lama.Selalu saya bayangkan kalaula saya berada di sana, akan jadi patung cendana agaknya.Kelu seribu bahasa.Tambah lagi geng2 saya takde.Kalau ada harus saya join juga.
Namun begitu, tahun ni saya berkesempatan bertemu rakan lama secara tidak sengaja.Sehari sbelum raya, saya terserempak dengan Ana, rakan sekelas semasa di tingkatan 5.Sempat berbual seketika, saya mengajaknya datang ke rumah pada hari raya.Alhamdulillah, pada hari raya ke 5, Ana datang ke rumah dengan 3 lagi rakan, Siti, Kasifah dan Murni.Gembira dapat jumpa mereka.Di antara kami, Saya Ana dan Kasifah yang masih belum bekeluarga.Nampak gayanya bukan saya soranglah yg masih solo.Hepinya saya.hehe
Pada raya ke-3 pulak, saya terjumpa Shamsul (pun sekelas di tingkatan 5) semasa menemani ma ke pasar.Tak sangka dalam diam rupanya Shamsul dah kawin dan punya 2 orang anak.teringat masa dulu, kami pelajar perempuan suka usik dia.Pastu dia akan senyum tersipu2.Hai Shamsul, tak sangka dah jadi bapak budak awakkan?
Hari raya kali ni jugak, saya tersangat sibuk memenuhi undangan perkahwinan saudara mara dan jiran2.Dan satu diantaranya telah menemukan saya dengan Febnita, rakan sekelas semasa di tingkatan 6.Feb sekarang sedang pregnant anak ketiga.Dari wajahnya jelas terlihat bahagia.Tumpang gembira saya melihat kebahagian kawan-kawan.
Bertemu di facebook juga suatu yang menggembirakan untuk kali ini.Seorang rakan telah bertungkus lumus mengimbas majalah sekolah dan dimuatnaik ke grup alumni sekolah kami.Dari sini, ramai rakan-rakan yang terpisah lama bertemu kembali.Masing-masing rancak bercerita dan bertanya khabar.Terima kasih kepada Shah Rizal di atas usahanya yang telah berjaya menautkan kembali ikatan yang telah lama putus.Panjang umur, ada rezeki, mungkin boleh usahakan reunion secara besar-besaran dan saya pun akan ikut join sekali.Insya Allah, Amin.
Kalau penghuni bilik 402 buat reunion mesti best jugak kan?
ReplyDeletekan?mesti best bila mengenang kisah2 lama
ReplyDelete