Lain orang lain selera makannya.Ada yang punya selera kampung, juga ada yang punya selera barat.Kadang-kadang selera yang pelbagai ni menyebabkan ia disalah tafsir sebagai cerewet makan.Bagi saya sendiri, tak pasti sama ada cerewet makan ataupun tak.Sebab kalau disenaraikan banyak juga benda yang saya tak makan.
Benda utama yang saya paling-paling tak suka ialah masakan yang berasaskan santan.Tak kira sama ada ia kari, kurma, kuzi, dalca dan yang sewaktu dengannya.Bila dah tak suka tu, jangan pula minta saya untuk masakkan semua tu.Mak selalu tegur saya tak bolehla masak masakan yang saya suka je.kena jugak masak makanan2 lain jugak.Tapi setakat ni teguran tu masih ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Belum pernah walau sekali saya cba memasak semua tu.Bukan saja lauk pauk yang berasaskan santan, saya juga kurang gemar manisan yang menggunakan bahan yang sama.Contohnya bubur.Kalau makan pun, sekadar ambik isi je.
Selain tu, saya juga punya selera makan yang agak mengelirukan.Saya akan suka atau tak suka pada makanan yang asasnya dari bahan yang sama. Contohnya, saya sangat suka ulam-ulaman tapi benci sayur-sayuran, suka tempe tak suka tauhu, suka pati soya tapi benci air soya.Kalau air pulak, paling tak gemar air tebu, cincau, kelapa (isi kelapa makan pulak).Tembikai pun kalau dijadikan jus, terus jadi tak suka.
Masakan manis sinonim dengan masyarakat Kelantan.Tapi ia tidak berlaku dalam keluarga saya.Sebab tu agak susah untuk kami beli makanan dari luar sebab kebanyakannya tidak memenuhi selera.Kalau nak order masakan panas, kami terpaksa minta tukang masak supaya jangan letakkan gula.Namun, mungkin sebab dah terbiasa mereka kadang2 terlupa juga.Terpaksa jugak makan walau hati tak rela.Jangan pula ada kata saya saya eksyen ke apa kerana saya masih orang kelantan yang gemarkan budu, nasi kerabu dan sebagainya.Mungkin kerana kampung ma ngan abah di Kuala Krai tidak mengamalkan gula dalam masakan menyebabkan kami kurang biasa dengan cara masakan hilir Kelantan yang banyak dipengaruhi oleh masakan Thailand.Kampung kami terkenal dengan tempoyak, aserom, ikan sungai dan masakan yang pedas-pedas yang mana semua ni agak sukar didapati di Kota Bharu.Semasa Zila kawin dulu, ma ngan abah buat kelainan dengan menyediakan gulai tempoyak ikan patin untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Paling mengejutkan gulai tempoyak habis dulu berbanding gulai daging.Kata tetamu, tak pernah makan mereka gulai tempoyak seperti itu dan mereka gemarkannya.Alhamdulillah.
Dengan semua yang saya senaraikan di atas, adakah saya termasuk dalam kategori cerewet makan??? Hmmmmmmm
No comments:
Post a Comment