Friday, July 12, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H



Terasa sangat lama tak menulis di sini.Tulisan kali ni pun takde pe yang penting nak diceritakan.Cuma sekadar nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua.Semoga amalan kita semakin bertambah dari tahun2 sebelumnya, insyaallah.

Tahun ni kami berpuasa dengan ahli baru, adik ipar saya.Terasa agak janggal kerana kali terakhir kami berbuka dan bersahur bersama orang baru ialah 10 tahun lepas ketika kakak sulungku mendirikan rumahtangga.Bukannya selepas tu kami tak pernah berbuka bersama.Ada tapi dalam sebulan puasa tu, dalam 2 3 kali jelah.Selebihnya kakak berbuka di rumah mertuanya.

Kalau sebelum ni bebas skit bila di dalam rumah, tapi sekarang dah kena jaga.Tambah-tambah time sahur.Dengan mata yg berpinar2, nak kena cari tudung dulu sebelum turun ke dapur.Seb baik tak menonong je dengan kepala togel.Pastu bila nak makan, nak kena cover2 sopan.Yang nak makan banyak kena makan sikit.Seganla pulak.Maklumla masih baru.Tunggu 2 3 tahun lagi tengok?? entah2 sebat apa je depan mata.tak segan2 lagi dahkan? haha.

Tapi sampai sekarang aku masih segan ngan abang ipar.Kalau bercakap pun boleh dikira dengan jari berapa patah je perkataan yang keluar.Mungkin dah memang cara saya camni kot.Ramai yg kata saya pendiam.Sebenarnya tak, saya banyak cakap juga, cuma saya bercakap banyak dengan orang yang saya rasa selesa.Tak hairan masa saya belajar dulu, saya sendiri di tahun pertama.Tahun kedua baru saya jumpa kawan dan roomate yang boleh buat saya rasa selesa.

Panjang pulak melalutnya.Stop sini dululah.Sambung len kali pulak.Akhir kata, SELAMAT BERPUASA mulut, mata hidung telinga dll.







1 comment: