Saturday, June 1, 2013

MALAYUSA

Ingat tak sekitar tahun 1998 (masa tu kite form 6) TV3 ada siarkan drama tentang pelajar-pelajar Malaysia di luar negara? Judul drama tu Cinta Antara Benua lakonan Ahmad Idham dan Asdayanti?? memang pada masa itu drama terbitan Kuasatek Pictures tu sempat menjadi fenomena.Kite yg bakal ambik STPM pun berangan nak sambung study kat luar negara.Sayangnya angan-angan hanya tinggal angan-angan.Terkubur segala impian nak jejak negara orang.

Kali ni tak sangka perasaan tu datang lagi.Tiba-tiba berangan nak berhijrah ke luar negara (berhijrah  oke? bukan melancong.Punya tinggi angan-angan mat jenin) Semuanya gara-gara  kite tersesat kat satu channel di youtube,  MalayUSA.Kite tak perasan pun camne kite boleh sampai ke situ, tapi kini kite jadi pengikut setia keluarga Puan Shima.Kalau korang nak tahu, MalayUSA ni bercerita tentang kehidupan sekelompok keluarga Melayu yang tinggal di bumi Mat Salleh.Walaupun jauh dari tanahair,namun budaya dan tradisi Melayu tu tetap dibawa bersama.

Memang bagus bila adanya channel camni.Sekurang-kurangnya dapat jugak  tahu bagaimana kehidupan masyarakat kat sana.Manalah tahu suatu hari ditakdirkan Allah dapat jejakkan kaki.Kann??? berangan lagi...

Ini antara klip tentang keluarga Puan Shima.Comelkan diorang?




Nota kaki : sangat suka dengar anak2 Puan Shima bercakap bahasa Melayu slang mat saleh.Yelah, lidah mereka dah terbiasa berbahasa inggeris, nak buat camne.Tapi sekurang-kurangnya mereke berusaha jugak untuk belajar.Macam kita kat Malaysia jugaklah.Contoh, kalau mak ayah asal negeri Kelantan (contoh negeri aku sendirilah senang) tapi melahirkan dan membesarkan anak di negeri lain, dah tentu2 mereka selesa berbahasa mengikut negeri yg mereka tinggal.

ohh, satu lagi, channel ni pun best.Tapi dah lama tak update.Tentang Lepat dan anak2 dia.Kalau korang masih ingat tentang kontroversi tentang perebutan hak penjagaan anak lelakinya Sunni dengan bekas isteri yang berbangsa inggeris, inilah orangnya.Sekarang Lepat dah bahagia dengan isteri baru dan 2 orang anak Aminah dan Azali.Sunni pulak sekarang jadi B-Boy.Harap2 satu hari nanti Sunni terbuka hati untuk cari  ayah dia.Kerana kami di Malaysia tahu bagaimana Lepat sangat berusaha untuk memastikan Sunni kekal disisinya.Silalah ke SINI kalau ada masa



No comments:

Post a Comment