Idea dah ada, resipi dah ada, satu perkara pulak menjadi halangan.Nak mendapatkan gelatin.Bukanlah bermakna takde dijual gelatin kat sini, cuma agak diragui status halalnya.Nak beli dekat kedai bakery yang aku selalu pergi pun cam tak yakin.Maklum sajalah kedai cenggitukan diorang buat repacking sebab bahan2 selalunya didatangkan dalam kuantiti besar.Last2 minit, tukar plan utk kesekian kalinya.
Akhirnya inilah dia yang dapat aku siapkan.Tadaa.......
Oreo & Kiwi Cream Cheese Desert
Yg pengantin punya tak sempat nak snap.Baki 1 gelas ni jela buat penghias blog
Nak cuba ke??? ni resipinya oke...
Oreo & Kiwi Cream Cheese Desert
Bahan-bahan :
250 gm - 270 gm cream cheese
135gm yogurt perisa kiwi
1/2 cwn gula kastor (kite kurangkan skit, taknak manis2)
1/2 cwn susu segar
buah kiwi secukupnya
oreo ( dihancurkan )
biskut oreo untuk hiasan
Cara menyediakan :
1. Lembutkan cream cheese.
2. Pukul cream cheese , gula dan susu segar sehingga lembut dan berkrim.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Isikan oreo hancur ke dalam gelas dan isikan dengan cream cheese.
5. Kemudian susun buah kiwi , taburkan oreo hancur dan isikan lagi dengan cream cheese.
6. Hiaskan ikut suka..
7. Sejukkan sebelum dihidangkan.Siapp....
Nota kaki : sehari sebelum aku buat resipi ni, aku jumpa gelatin jenama Halagel kat Giant.Terusla sambar satu buat stok.Senang nak guna di masa hadapan.Gelatin kat kedai bakery pulak, aku dah tanya staff dia dan diberitahu bahawa gelatin yang dijual disitu diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan serta mendapat pengesahan halal.Wallahuaklam.Harap2 betullah ya?Boleh aku beli kat situ lain kali.
RM 7.99 (selalu barang halal ni lebih mahal dari biasakan?? Tapi takpelah, mencari yang halal fardhu) |
No comments:
Post a Comment