Wednesday, February 20, 2013

RUMPAI LAUT BAKAR.OM NOM NOM

Aku sangat-sangat jarang makan jajan abaikan masa zaman budak2. Bukan sebab tak suka tapi sebab nak kurangkan makan  makanan yang banyak kandungan garam dan msg.Maklum sajalah di usia meningkat tua ni, risau jugak.Sekali sekala bila berjalan jauh barulah beli.Pilihan hati selalunya yang berempah dan pedas.

Macam biasa aku suka menggodek youtube.Tambah2 bab makan-makan.Dapat tengok aje pun ok dah.Kata carian yang aku suka ialah eating malaysian food, eating durian dan apa2 jelah yang berkaitan dengan makanan kita.Eh, tiba2 terselit pulak klip tentang grilled seaweed.Tengokkan pada budak perempuan yang makan seaweed tu, tiba2 rasa cam nak cuba.Dan start dari sinilah aku bertemu cinta hati aku yang baru , Tao Kae Noi grilled seaweed.Ada macam2 perisa tapi aku paling gemarkan Hot & Spicy.Tak tahula sebanyak mana dia letak garam dan msg dalam tu.Tapi aku hanya akan makan sekali dalam sebulan.Buat melepas rindu kaedahnya.hehe

Bos Tao Kae Noi ni muda belia lagi orangnya.Di usia semuda 26 tahun, Top Ittipat dahpun bergelar jutawan dan kisah kejayaannya juga pernah difilemkan.Nak tahu lebih pasal Top silala ke SINI

Top bersama ibunya




Budak nilah yang menjebak aku dalam kancah rumpai laut bakar ni.Memang cara dia menikmati seaweed tu menawan hati sungguh.
 



sheet yg besar.puas hati

tomyam pun best

Lari topik jap.
suka dan selalu tengok mat salleh ni.Dia kelihatan sangat enjoy dengan makanan Malaysiakan?

Sunday, February 17, 2013

WAH,UNCLE HEBATLA !!!!

Hari ni semasa ralit melayan youtube aku jumpa sesuatu yang sangat menarik.Uncle mat salleh nyanyi lagu melayu.Mungkin agak biasa tetapi istimewanya uncle ni, dia cover lagu2 melayu dulu seperti lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee , Allahyarham Sudirman dan jugak lagu2 tradisional nusantara.

silalah tengok


Wednesday, February 13, 2013

KHAL, MAKANAN SUNNAH

 
Sekarang ni produk kesihatan semakin bertambah di pasaran.Tak kiralah dalam bentuk minuman, kapsul ataupun cecair, pasti akan mendapat sambutan yang memberangsangkan.Sebenarnya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang,makanan kesihatan @ makanan tambahan ni tak perlu pun.Pada awalnya aku sendiri tak pernah amalkan memakan mana2 produk kesihatan ni.Segalanya bermula apabila atuk saudara aku diserang penyakit kencing manis yang menyebabkan matanya kabur.

Cuba untuk membantu,aku tinjau-tinjau dalam surat khabar tentang produk yang baik untuk pesakit kencing manis.Dan aku tertarik dengan satu produk berasaskan kurma iaitu khal tamar.Berdasarkan apa yang aku baca, khal dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar, epal, anggur dan tin yang diperam dalam satu jangkamasa tertentu sehingga bertukar menjadi alkohol seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat kemudian alkali sehingga akhirnya menjadi khal atau dalam bahasa melayunya kita panggil cuka.

Khal merupakan satu bentuk minuman kesihatan yang menjadi amalan Rasulullah saw  berdasarkan kepada hadis2 sahih.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI SAW TENTANG KHAL BERMAKSUD :

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d).Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawah : "Kami tidak mempunyai apa-apapun melainkan khal:, lalu Baginda memintanya: lalu Baginda pun mengatakan :sebaik-baik hidangan adalah khal."
 (Muslim 2052)

Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, "Sebaik-baik hidangan makanan ialah khal.YA Allah berkatilah pada khal, sesungguhnya khal itu adalah makanan para nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah." 
 (Ibnu Majah, 3318)

berdasarkan kepada itu aku sarankan atuk aku supaya mencuba khal tamar ni dan alhamdulilliah selepas beberapa lama, aku diberitahu yang mata atuk aku mulai cerah dan dia yang sebelum ni tak boleh mengaji kerana mata tak nampak dah boleh mengaji balik.

Tak lama pastu abah ada beli buku biografi Rasulullah.Buku ini menceritakan tentang sejarah kelahiran Rasulullah, perihal kejadian tubuh badan dan sifat Rasulullah, para sahabat, detik2 kenabian, dakwah, hijrah sehingga ke saat wafatnya Rasulullah.Pada satu bab, ia menceritakan makanan kegemaran Rasulullah dan salah satu daripadanya ialah khal.Ini buatkan aku terfikir yang aku sendiri patut cuba amalkan meminum khal.Dan sekarang dah hampir 3 tahun aku amalkan minum cuka kurma ni.Aku campurkan dengan sesudu besar madu, so kurangla sikit rasa masam dia.

 

KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.

1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

 
2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.
 
3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.
 
Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.




Tuesday, February 5, 2013

PERTAMA DI 2013

Jumaat lepas adalah kali pertama kami ke kl untuk tahun 2013.Seperti selalu kalau turun ke kl ada sebab dan tujuannya.Kalau sesaja nak ke sana memang takla.Sebab tu tak sempat nak menziarah kawan2, Nasbee terutamanya.Sori ye...ada masa nanti sampaila aku ke rumah kau.

Kali ni, kami berdua (ngan adik) ke kl untuk mencari barang2 keperluan untuk hari pernikahan Zila nanti.Bukanlah bermakna kat Kelantan ni takde tapi ini adalah percutian terakhir aku dan Zila sebelum dia bertukar status menjadi puan pulak.Lepas ni susahla sikit untuk keluar berdua kerana dia dah jadi hak orang.Mungkin lepas ni aku takkan kerap ke kl lagi.Dah takde geng.uhuk uhuk.

Hari pertama sampai, perkara pertama yang harus dilakukan ialah mencari bilik untuk menginap.Memandangkan bilik hanya akan digunakan untuk bersiap dan tidur sahaja, memadailah dengan menyewa bilik yang murah..Lainlah kalau nak berehat menenangkan fikiran.Kalau untuk itu, harusla check in ke hotel yang selesa sikit.Dari awal lagi kami dah plan nak menginap di hotel bajet sekitar Chow Kit.Sebabnya, nak dekat dengan kedai sup mamak yang hanya dibuka pada waktu malam.Selamat sikit berjalan kaki nanti.Memang kedai ni wajib kami kunjungi kalau ke kl.Sedap sangat.

 Hotel tempat kami menginap.Biliknya kecik je tapi bersih.Itu yang penting

Dah dapat bilik (kami memilih untuk menginap di Hotel Putra Muda), terus mandi dan bersiap.Lepas ni nak ke Sogo.Ada sales katanya.Kata siapa??? kata aku.hehe.Ramai sangat manusia kat sana.Maklum sajalah CNY dah nak dekat.Tapi aku tengok orang kita je yg ramai.Sapa yang nak beraya sebenarnya ni?? :)
Belek-belek, pilih-pilih tak jumpa yang berkenan di hati.Kami kemudiannya beralih ke Midvalley pulak.Kaki dah mula sakit2 sebab banyak sangat berjalan.Tapi demi kepuasan Zila aku gagahkan jugak.

Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak beg dan kasut yang Zila suka.Nanti bolehla balik ke bilik.Tapi sebelum tu, alang2 dah sampai sini,aku nak cari sos okonomiyaki, bonito flakes dan serbuk nori dulu.Nak buat okonomiyaki kononnya.Tapi niat aku terbantut bila aku dapati salah satu dari sos okonomiyakitu ada tertulis alkohol caramelized apa tah..Terus takde mood nak cari brand lain.Kalau was was baik jangan belikan?

Sampai bilik jam dahpun 6.30.Dah siap solat jamak, jadi sempatla berehat2 menunggu maghrib.Lepas maghrib, keluar untuk makan malam pulak.Mamak tu siap bagitau kalau kitorang datang lagi esok dia akan bagi diskaun.Kenapa bukan malam ni? esok kitorang dah balik.Selesai makan sebelum pukul 9.00, kitorang ambil keputusan nak jalan2 di kawasan sekitar.Balik ke bilik jam 10 malam.

Sabtu...

Hari ni kami janji nak jumpa Apiz (adik lelaki).Dia akan tunggu kami kat Kl Sentral.Jalan kaki lagila nampak gaya.Lepas sarapan (roti sogo semalam), kami check out.Terus ke KL Sentral, tinggal beg kat loker, jumpa Apiz dan dia bawak kitorang ke Kenanga Wholesale City.Kat sini semua barang murah,Tapi syaratnya kena beli secara borongla.Kalau tak sama je dengan harga tempat lain.Makan tengahari di Kopi O' Klasik, pusing2 lagi dan kemudian berpisah di stesen komuter Hang Tuah.Destinasi seterusnya, ke Bandar Baru Bangi.Memang sini tempat wajib kami kunjungi.Terlalu banyak kenangan kat sini.Sempat juga kami makan malam di salah satu kedai makan yang selalu dikunjungi tika bergelar pelajar dulu.Walaupun owner dah bertukar yang penting perasaan tika berada di situ sangat sentimental.

Jam 7 petang, bergerak ke stesen bas Hentian Kajang.Kami pulang ke Kelantan dengan menaiki bas di stesen ni.Itu sajalah catatan perjalanan sepanjang perjalanan singkat kami ke kl.Suatu hari nanti aku pasti kembali ke sini lagi kerana ia terlalu indah untuk dilupakan begitu sahaja.Nasib baik belajar UKM je.Kalau belajar oversea, masak nak datang selalu.Bukannya dekat.

 
 Pasar Malam Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.Dulu tapak asal apartment tu hanya ada pokok2 je


 
Betapa aku rindukan tempat ni


Tempat wajib dikunjungi tiap kali balik dari kelas.Oh..kedai makan kat belakang ni juga tempat lepak tika dulu2







Friday, January 25, 2013

KENANGAN LOVE LETTER

 

Pernah tengok filem dari Jepun, Love Letter?Dah lama pun sebenarnya filem ni.Dah hampir 18 tahun.Baru2 ni teringat balik bila filen ni diselitkan dalam drama The King of Drama.Memang ia antara filem yang paling aku suka. Kali pertama aku tengok drama cina tempatan menggunakan tajuk yang sama.Masa tu memang aku dah terpaut hati sebab ia lain dari yang lain.Ingatkan cerita asal karya tempatan.Tapi bila aku jumpa review tentang filem ni dalam majalah aku rasa cam sama dengan drama yang aku tengok tu.Mungkin drama tu dibikin semula berdasarkan filem tu kot.Start dari situ, terasa nak tengok versi asal cerita ni tapi tak tahu nak cari kat mana.Nasib aku baik, tak lama lepas tu filem ni ditayangkan di sebuah stesen tv .Menang superb ceritanya.Sampai mengalirkan airmatalah jugak.haha

Filem ni mengisahkan Seorang wanita Hiroko Watanabe yang kehilangan tunang, Itsuki Fuji (Fuji) dalam kemalangan sewaktu aktiviti memanjat bukit.Pada upacara peringatan yang diadakan 2 tahun selepas kematian tunangnya, Hiroko membelek buku tahunan sekolah Fuji.Ibu Fuji memberitahu yang mereka pernah tinggal di Otaru dan rumah yang pernah mereka tinggal dulu telah didirikan lebuhraya.

Hiroko kemudiannya mencatat alamat lama Fuji dan memutuskan untuk menulis surat kepada Fuji.Tanpa disangka suratnya berbalas.Tidak pasti siapa yang membalas surat tersebut, Hiroko kemudiannya bertemu dengan kawannya Akiba (yg juga kenal Fuji dan berada di tempat kejadian sewaktu tragedi yang meragut nyawa Fuji) untuk memberitahu tentang surat yang diterimanya.Akiba meminta Hiroko supaya melupakan Fuji.

Setelah beberapa kali berutus surat Hiroko dan Akiba mengambil keputusan untuk menemui Itsuki untuk memastikan apakah benar dia adalah Itsuki Fuji tunangnya (w/pun dah jelas2 tunangnya dah meninggal).Walaupun pada mulanya mereka tidak dapat bertemu kerana Itsuki terpaksa ke hospital untuk checkup (Itsuki mengidap pneunomia tapi menolak untuk menjalani rawatan), takdir akhirnya mempertemukan mereka apabila secara kebetulan mereka bertembung ketika Hiroko mahu berangkat meninggalkan Otaru.Ternyata Hiroko dan Itsuku mirip antara satu sama lain.

Apabila kembali ke rumahnya, Hiroko memeriksa semula buku tahunan sekolah dan mendapati bahawa alamat yang dia perolehi dari buku tahunan Fuji adalah alamat Itsuki (sebab tulah Itsuki yg balas surat tu.Rumah Fujikan dah jadi highway..) Menyedari yang wajahnya mirip sekali dengan Itsuki, Hiroko kemudiannya mula merasakan bahawa Fuji sebenarnya jatuh cinta kepadanya kerana wajahnya itu mirip Itsuki.Hiroko kemudiannya meminta Itsuki menceritakan tentang kenangan persekolahan Itsuki dan Fuji.

Flashback pun berlaku.

Sewaktu zaman sekolah, Fuji dan Itsuki selalu diusik oleh teman2 sekelas bahawa mereka ini adalah pasangan hanya kerana berkongsi nama yang sama.Fuji dan Itsuki tidak senang dengan semua usikan tersebut.

Itsuki dan Fuji dilantik sebagai pengawas perpustakaan.Walaupun begitu hanya Itsuki yang selalu menjalankan tugas.Fuji pula suka meminjam buku yang tidak pernah dipinjam oleh pelajar lain dan menulis namanya pada kad daftar keluar buku yang dipinjam.

Pada suatu ketika, mereka telah tertukar kertas peperiksaan.Itsuki terpaksa menunggu sehingga malam untuk mendapatkan kembali kertas peperiksaannya yang sebenar.Paling klasik bila mereka terpaksa menggunakan lampu basikal untuk memeriksa tulisan pada kertas peperiksaan tersebut.

Pada tahun ketiga penggal persekolah, bapa Itsuki meninggal dunia akibat pneumonia.Itsuki tidak dapat menghadiri sesi persekolahan buat seketika.Fuji ke rumah Itsuki dan memintanya memulangkan buku yang dipinjamnya.Apabila kembali ke sekolah Itsuki dapati Fuji telah bertukar sekolah dan itulah kali terakhir Itsuki melihat Fuji.

Kembali ke masa sekarang...

Itsuki kembali ke sekolah lamanya apabila Hiroko memintanya mengambil gambar sekolah mereka.Itsuki  kemudiannya diperkenalkan oleh bekas gurunya kepada pelajar2 perempuan (junior) di sekolah.Teruja bertemu Itsuki mereka memberitahu yang mereka menemui banyak kad yang tertulis nama Itsuki pada buku di perpustakaan sehingga mereka mewujudkan satu permainan mengumpul kad yang paling banyak.Itsuki memberitahu pelajar2 tersebut bahawa nama pada kad tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Fuji.

Namun, tidak lama selepas Itsuki ke  sekolah lamanya, dia dikunjungi oleh junior2nya yang membawa buku terakhir dipinjam Fuji.Mereka memberitahu Itsuki bahawa nama Itsuki Fuji yang tertulis pada kad buku tersebut sememangnya milik Itsuki kerana Fuji sebenarnya sukakan Itsuki dalam diam.Ini kerana di belakang kad tersebut terdapat sebuah lakaran wajah Itsuki, menyatakan perasaan sebenar Fuji kepada Itsuki.

Di akhir cerita, Itsuki kemudiannya menulis kepada Hiroko (yang akhirnya menjadi sahabat penanya) yang berbunyi "Kepada Hiroko Watanabe,saya teramat malu untuk menulis surat ini"

Sayangkan??...lepas Fuji dah takde baru terbongkar cerita. Tapi itu yang menjadikan cerita ni menarik dan lain dari yang lain.

Memang sangat2 best ceritanya.Teringin pulak rasanya nak tengok balik.Tapi susah nak dapat kot....tengok klip video jelah ya?

 oh......saya ada jumpa filem ni.sila ke SINI ya?


                    

Friday, January 18, 2013

MELAYAN PERASAAN

Pernah tak satu ketika korang rasa nak jadi orang lain yang totally bukan diri korang.Perasaan tu kadang-kadang datang sendiri.Tambah lagi bila tengok kehidupan orang lain yang macam best sangat.

Best macam mana?Maksudnya bila ada waktu senggang, keluar window shopping dengan berpakaian cantik ala2 Heliza @ Diana Amir .Lepas tu singgah lepak kat kafe untuk menikmati secawan kopi import sambil melayari internet.Hujung minggu keluar jumpa kawan2 sambil berkongsi cerita2 terbaru dan bila berkesempatan pulak pergi bercuti ke destinasi2 menarik dalam dan luar negara.Yang paling best, pergi ke pulau2.Bestnya........

Tapi.......

Itu semua hanya perasaan yang hadir sekali-sekala dan tak perlu dilayan sangat.Kerana hakikatnya aku hanya orang biasa yang keje di sebuah syarikat kecil.Yang pakaian hariannya hanya baju kurung bertudung bawal tanpa fesyen2 terkini.Yang putaran kehidupannya hanya di rumah dan tempat kerja sahaja.Berbahagialah dengan apa yang yang dinikmati selama ini kerana itulah yang terbaik untuk kita.

MUNGKIN LANGIT DI SEBELAH SITU LEBIH BIRU TAPI AKU GEMBIRA DENGAN LANGITKU WALAU WARNA APA SEKALIPUN IA



Tuesday, January 15, 2013

Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam - Dato' Dr MAZA

Tidak cenderung kepada mana-mana pihak, tapi aku rasa ini penjelasan bagi menjelaskan kekeliruan yang banyak sangat berlaku sekarang ni.