Tuesday, March 13, 2012

BFF, BOLEH KE TAK BOLEH?


Dah tamat pun drama BFF kat TV3 semalam.Cam biasalah dah boleh agak camne ending dia.Tapi kira boleh layan gak cite ni.Sebabnya tak seperti drama-drama lain yang suka gunakan pelakon yang sama, drama ni pulak pelakon utama lelakinya masih kurang dikenali oleh khalayak (walaupun dah berlakon banyak drama sebelum ni)

Satu ungkapan yang agak menarik pada akhir drama ini adalah 'Seorg suami belum tentu bersedia menjadi seorg sahabat yg baik tapi seorg sahabat yg baik pasti bersedia menjadi seorg suami yg baik' .Ya mungkin kalau persahabatan tu berakhir dengan perkahwinan.Tapi bagaimana jika sebaliknya? Akan ada lagike istilah BFF tu?

Mengikut pandangan aku lelaki dan perempuan takkan pernah boleh jadi kawan baik.Ketepikan soal hati dan perasaan yang mungkin wujud di celah-celah hubungan sahabat itu sebab itu mungkin biasa tapi lebarkan pandangan sekiranya kedua orang sahabat baik ini bertemu dengan pasangan hidup masing-masing.Boleh terima ke pasangan korang dengan hubungan persahabatan tu? Takkan wujud ke rasa cemburu dalam hati pasangan korang tu?Kalau tanya aku 95% aku katakan perasaan itu tetap akan akan ada.Percayalah padaku (wah3...)

So, aku rasa tak perlu kot nak berBFF dengan lain jantina ni.Bukannya apa, ianya hanya akan membuatkan korang sakit hati je nanti.Dalam agama pun menyuruh kita bataskan pergaulan antara lelaki dan jantina.Betul tak????

nota : aku ada BFF ke?.. hmmmm, BFF tu apa pengertian dan ciri2nya?

Sunday, March 11, 2012

SUNGGUH GEBUS KEK ITU


Dah lama sebenar aku jumpa resipi Kek Cheese Bersalji ni, cuma modal dan waktu je belum sesuai.Tapi memandangkan Apiz ngan Zila ada balik minggu ni, bolehla aku cuba buat sebab mereka adalah sebahagian daripada pengkritik masakan aku selain dari ma.Dah alang2 nak buat kek tu, buatlah jugak sambutan hari lahir Zila.Walaupun lewat seminggu yang penting semua ahli keluarga ada.Barulah meriah.Fara pun join sekali.Hasilnya memang menakjubkan.Haha.Terima kasih kepada Sherry Mz (Myresipi) di atas resipi yang hebat ini.Wahh gitu...

KEK CHEESE BERSALJI

Bahan-bahan ( 6 orang )

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Tuesday, March 6, 2012

BE BE YOUR LOVE

Petang semalam aku mengadap rancangan Kpop Star, sebuah rancangan pencarian bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian yang melibatkan 3 buah agensi terkenal di Korea Selatan iaitu JYP, YG dan SM Ent.Aku suka dengan suara Lee Michelle & grupnya Remarkable Pearls.Tapi semalam, best pulak tengok sorang lagi peserta Baek Ah Yeon membawakan lagu Be be Your Love (Rachel Yamagata).Itu jugak kali pertama aku dengar lagu Be Be Your Love ni.Jadi hari ni, aku cari penyanyi asal lagu ni kat Youtube.Kiranya 2 -3 hari ni, lagu ni jelah yang akan berkumandang kat ofis.Hehe

Be be Your Love dengan randisi tersendiri Baek Ah Yeon



Yang ni pulak versi asal lagu ni (jujur, aku suka versi Ah Yeon.Mungkin pertama kali dengar melalui dia kot)




"Be Be Your Love"

If I could take you away
Pretend I was queen
What would you say
Would you think I'm unreal
'Cause everybody's got their way I should feel

Everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love, for real
Everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love for real
Want to be your everything

Everything...

Everything's falling, and I am included in that
Oh, how I try to be just okay
Yeah, but all I ever really wanted
Was a little piece of you

And everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love, for real
Everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love for real

Everything will be alright
If you just stay the night
Please, sir, don't you walk away, don't you walk away, don't you walk away
Please, sir, don't you walk away, don't you walk away, don't you walk away

And everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love, for real
Everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love for real

And everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love, for real
Everybody's talking how I, can't, can't be your love
But I want, want, want to be your love
Want to be your love for real

I want to be your love, love, love

3 HARI YANG SUPERPACK

Hujung minggu yang sangat memenatkan.Hari Jumaat bertolak ke KL untuk hantar Zila cari keje kat sana.3 hari kat sana, banyak perkara nak dibuat.Paling utama menziarah kawan-kawan lama.Tu pun ada jugak yang tak sempat jumpa.Mungkin lain kali, insyaallah.

Hari Pertama
Sampai Gombak jam 6.15 petang.Sepupu datang jemput ngan kawan dia, pastu bawak kitorang makan malam (tq belanja kami).Pas makan, terus ke rumah sewa Zila.Hari pertama berakhir.

Hari Kedua
Wani tak dapat join sebab dia keluar ngan kawan dia.Kul 1.30 Apiz datang jemput tuk bawak kitorang jalan2.Sebelum tu sempat jugak pegi restoran makanan segera dekat ngan rumah untuk temuduga kerja Zila sementara cari kerja lain.Alhamdulillah dapat, tapi kena pikir dulu nak terima ke tak.Gerak ke Serendah jemput Fara.Kat sana sempat pulak menyinggah ke rumah jiran Fara.Mereka ni rapat jugak ngan Apiz.Dari Serendah terus ke Kajang jumpa Kak Dan dan kawan2 lain.Sempat jumpa sekejap je sebab lepas tu, pegi uptown pulak cuci mata.Makan malam hari ni Fara yg belanja (tq Fara).Pas hantar Fara balik, terus balik rumah......tido tak ingat dunia.seb baik tak terlepas subuh.


Singgah Rawang jemput Fara



bersama Kecik dan Kak Dan


Amran pun join sekali

Hari Ketiga.
Kuar ngan Wani ke Wangsa Walk & Times Square.Pas makan, Wani ajak pegi umah sepupu, Ayub kat Subang.Nak makan gulai tempoyak katanya.Boleh2.Sampai sana, baru tahu ramai rupanya orang kampung kami dok berkumpul dan keje situ.Dah boleh buka 1 lagi kampung.Hehe.

Malam, Apiz datang lagi sebab pagi esok aku dah nak balik.Malam tu aku belanja makan Western Food.Sedap jugak.



Kat Times Square.Drp nak makan nasi, tukar makan hotplate mee plak



Pas makan kat Times Square, pegi rumah Ayub, makan nasik pulak.Best betul acara makan2 ni.


dengan adik2 dan kazen.Nak sambung makan lagilah tu


Kan dah kata...dinner malam ni.Tapi aku tak makan ni..

tapi aku makan ni.wuuuuu

Hari Keempat
Bangun pagi ok lagi.Masa tengah siap, tetiba Zila plak touching.Sedih aku nak balik.Bukan tak penah dok jauh pun selama ni, tapi kali ni perasaannya lain sebab hari ni aku sebagai kakak (yang telah dipertanggungjawabkan oleh ma ngan abah) akan lepaskan dia sorang diri kat tempat orang.Sedih ada risau pun ada.Tapi ini masanya untuk dia tentukan arah hidup dia sendiri.Berlarutanla pulak sesi touching2 nih.

Wani datang jemput aku jam 8.15 pagi.Pas tinggalkan aku kat Stesen bas Greenwod, melayan perasaanlah aku sorang2.Tapi yang harunya bila aku tersilap tempat tunggu bas.Patutlah bas tak berenti.Rupa-rupanya dia berhenti kat depan dari tempat aku tunggu.Tak pasal2 exercise pagi2 kejar bas yang dah bergerak.Nasib baik sekali lagi, lampu isyarat merah.Sempat lagi aku kejar (dah macam kajol kejar keretapi dlm cite hindustan.Cuma Shah Rukh Khan je takde hulur tangan) hehe

Singgah di Hentian Gua Musang, terus masuk musalla tuk sembahyang Zuhur,Nak makan takut tak sempat.Kang tak pasal2 kena tinggal lagi.Sebagai bekal tuk makan dalam bas, aku tapau chicken & cheese savoury crispy dengan chicken rendang savoury paratha (ambik kau dua sekali tapau.Cover tak breakfast pagi tadi dek melayan perasaan.huhu)

Sampai rumah kul 7.00ptg, Amar dah ready tunggu aku.Siap peluk lagi ngah dia ni.Lama tak jumpa katanya.Rindu jugak cik kat ngah ya.Nanti boleh sambung perang lagi.......... :)

Hentian Gua Musang yang baru dibuka


food court yang banyak pilihan makanan

Mahu pizza?sini pun ada

Tandas yang bersih (harap kekalkan ya..)


Surau yang selesa.Lebih selesa kalau bawa telekung sendiri.


DAN INILAH DIA

Lunch aku hari ni, Chicken @ Cheese Savoury Crispy

BESERTA


Chicken Rendang Savoury Paratha untuk aku jugak.ngap

Wednesday, February 29, 2012

PEACE YOOOO


Masa berlalu begitu jauh.Jujur, dulu aku cam bom jangka, bila2 masa je akan meletup.Dan sebab tu jugak berlaku banyak salah faham antara aku dan teman2.Tapi semua tu dah aku buang jauh.Takde rasa kecil hati jauh sekali dendam dan aku harap korang pun tak kecil hati dengan aku jugak.Kini, semua tu tidak lebih dari sebuah kenangan nakal zaman remaja.Pahit, manis semua bersatu jadi satu.Peace....wink

Friday, February 24, 2012

MENGANTUK SUNGGUH............


Pagi ni terasa mengantuk sangat.Pagi semalam balik kampung anta ubat nenek terchinta,Mek.Dalam perjalanan sempat pulak tersinggah kat G Orange,menjamu mata dengan perkakasan rumah yang super gempak.Dah tu terbeli pulak lampu hiasan yang super cantik menarik tertarik.

Kat kampung,melangut kat kedai mi sup ngan Ciksu dan Makcik Esah.Sebelum balik singgah jumpa mok (nenek sebelah ma)dan melawat mak sedara Mek (Wo Barat)yang khabarnya kurang sihat.Umur Mek 75 tahun (ikut tarikh kad pengenalan), jadi umur Wo Barat mesti hampir mencecah 100 tahun.Tapi ingatan dia masih kuat.Masih kenal ngan orang2 di sekelilingnya.Even ma ngan abah yang jarang jumpa nipun dia kenal.Cuma kena perkenalkan diri dululah sebab mata dia dah tak berapa nampak.

Oh ya, masa kat umah Wo Barat, aku dapat panggilan dari Hotfm.Katanya aku terpilih untuk dinner dengan artis Warner Music kat Four Season 28 Februari nanti.Kira ni kali kedua aku dapat jemputan dari Hotfm.Suka-suka isi borang dapat dinner free.hehe.

Bertolak pulang ke Pengkalan Chepa dah lewat petang.Singgah sembahyang maghrib kat Pasir Hor, pastu makan malam kat kedai ikan bakar.Malam ni kami makan pari bakar, udang,sotong ngan kerisi.Sumpah sedap.

Sampai rumah ingat nak terus tidur tapi sebab tak sabar nak tengok lampu yang kami terbeli tadi.So,tak jadilah nak tidur.Teruja pulak memasang rambu ramba kat lampu tu sampai kero mata dibuatnya.Kul 11.50 tengok He's Beautiful plak.Walaupun byk kali tengok cite ni, masih jugak nak tengok.Sebab kalau tgk online aku layan sorang2.Kalau kuar dalam tv, aku suka heret ma sekali tengok.huahuahua.Skang ni aku heret ma join sekali tengok cite Yes Captain ngan Wild Romance.Cite Yes Captain tu sebab Ma kenal heroin dia, Wild Romance plak sebab ma kenal hero dia.Tak pasal2 dia jadi pengikut drama korea.Hehe

Cite ni dah nak abis pun.Sebenarnya yang panjang lebar aku tulis kat atas tu sebab nak bagitahu apa punca pagi ni aku mengantuk je.Semua yang di atas itu bunga je, tapi punca sebenar ialah nyamuk2 yang mengganggu tidur aku semalam.2 3 kali aku terjaga gara2 makhluk halus tu.Malam ni siaplah korang.Aku akan gunakan senjata paling ampuh untuk hapuskan korang.

RIDSECT GOODNIGHT TAK DIGANGGU NYAMUK...... (apa punya merepek ini N3)

Tuesday, February 14, 2012

TERUKIR DI BINTANG

Dah dua hari dok ulang lagu yang sama.Terasa seperti berada di kota paris yang rasanya takkan pernah dapat kusampai (ayat pe ni?).sodihhhh

TAPI

feeling cam penyanyi dolu2 yang bersanggul dan berskirt kembang pun ada gak nih.