Tuesday, March 13, 2012

BFF, BOLEH KE TAK BOLEH?


Dah tamat pun drama BFF kat TV3 semalam.Cam biasalah dah boleh agak camne ending dia.Tapi kira boleh layan gak cite ni.Sebabnya tak seperti drama-drama lain yang suka gunakan pelakon yang sama, drama ni pulak pelakon utama lelakinya masih kurang dikenali oleh khalayak (walaupun dah berlakon banyak drama sebelum ni)

Satu ungkapan yang agak menarik pada akhir drama ini adalah 'Seorg suami belum tentu bersedia menjadi seorg sahabat yg baik tapi seorg sahabat yg baik pasti bersedia menjadi seorg suami yg baik' .Ya mungkin kalau persahabatan tu berakhir dengan perkahwinan.Tapi bagaimana jika sebaliknya? Akan ada lagike istilah BFF tu?

Mengikut pandangan aku lelaki dan perempuan takkan pernah boleh jadi kawan baik.Ketepikan soal hati dan perasaan yang mungkin wujud di celah-celah hubungan sahabat itu sebab itu mungkin biasa tapi lebarkan pandangan sekiranya kedua orang sahabat baik ini bertemu dengan pasangan hidup masing-masing.Boleh terima ke pasangan korang dengan hubungan persahabatan tu? Takkan wujud ke rasa cemburu dalam hati pasangan korang tu?Kalau tanya aku 95% aku katakan perasaan itu tetap akan akan ada.Percayalah padaku (wah3...)

So, aku rasa tak perlu kot nak berBFF dengan lain jantina ni.Bukannya apa, ianya hanya akan membuatkan korang sakit hati je nanti.Dalam agama pun menyuruh kita bataskan pergaulan antara lelaki dan jantina.Betul tak????

nota : aku ada BFF ke?.. hmmmm, BFF tu apa pengertian dan ciri2nya?

No comments:

Post a Comment