Sunday, April 1, 2012

HAPPY CHILDREN'S BOOK DAY

Sebenarnya aku tak tahu pun hari ni Hari Buku Kanak-kanak Sedunia.Nak buat macam mana , terlalu banyak hari yang ada.Dah tak terkira pun.Tapi bila hotfm buka topik pasal buku kanak-kanak yang pernah kamu baca, mulalah kenangan2 lama muncul satu satu.

Aku paling suka baca buku cerita (buku sekolah malas pulak...huhu).Kalau masa sekolah dulu, masa aku banyak habis kat perpustakaan sekolah.Balik dari sekolah, setiap hari Isnin, bertapa kat perpustakaan bergerak pulak.Perpustakaan bergerak ni adalah sebuah bas yang penuh dengan buku-buku dan akan bergerak ke lokasi2 tertentu untuk kemudahan orang ramai meminjam dan membaca buku.Masih terbayang bas berwarna coklat yang selalu dikunjungi.Indah benar memori itu



Cerita pasal buku kegemaran, masa aku darjah 1-4, aku suka sangat baca koleksi Tidurlah Intan.Seingat aku ada banyak cerita dalam satu buku.Selain tu jugak aku suka baca buku cerita dongeng dulukala.Paling ingat sampai sekarang cite patung cendana ngan cite pasal garam ngan gula cam dalam cite P.Ramlee tu.Pastu bila tengok cite P.Ramlee mesti ingat, eh samalah ngan buku yang aku baca.Satu lagi cite pasal tikus yang nak pindah rumah, Manti ke apa namanya.Cite ni, aku paling ingat bunjut pakaian yang tikus tu bawak.Tersangatlah comel.




Tahun 1990, pindah ke Kelantan.Dah takde lagi perpustakaan bergerak.Jadi, hanya perpustakaan sekolah jelah sumber buku cerita aku.Masa ni, selera pun dah bertukar.Aku mula berminat ngan cerita2 pengembaraan.Contohnya koleksi Enid Blytons dan Nancy Drew.Paling best rangkaian cerita2 sekolah berasrama penuh cam Tingkatan 1 di Sekolah Sri Melur @ Sekolah Tengku Asyikin.Ada je kerenah budak2 asrama ni.Kalau yang ni, aku paling ingat cerita pasal biskut yang kuarkan bau busuk cam kentut.Best sangat.Memang hampir kesemua cite sekolah2 ni aku baca.Cuma 1 2 tajuk je tak jumpa bukunya.

Ada satu cite lain, pasal sorang budak tomboy nama George ngan adik beradik dan sepupu sepapatnya.Masa cuti sekolah diorang pergi kat satu pulau persendirian dan bertemu dengan pelbagai kisah misteri.Masa ni, aku berangan nak beli pulau sendiri & beli rumah yang banyak bilik2 tersembunyi.Mesti seronok nak teroka rumah tu.Sampai sekarang pun aku selalu mimpi rumah besar ngan bilik misteri.Hehe.Pastu punya taksub ngan cite2 pengembaraan ni, aku namakan kucing kesayangan aku Tip sempena nama kucing dalam salah satu buku yang aku baca.Dah meninggal pun kucing aku tu.Selepas dari tu aku tak bela mana2 kucing lagi dah.Itulah kucingku pertama dan terakhir.

Tapi yang pasti, semua buku2 yang pernah aku baca masa kecik2 dulu memberi warna-warna indah dalam zaman kanak2 aku.Terima kasih untuk Hari Buku Kanak kanak ni sebab hari ni, aku kembali pada masa silamku.

2 comments:

  1. hi fiza...asz ni... dulu sy pun suka baca tidurlah intan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?mesti nak cari koleksi dia sampai lengkap suma

      Delete