Tuesday, March 6, 2012

3 HARI YANG SUPERPACK

Hujung minggu yang sangat memenatkan.Hari Jumaat bertolak ke KL untuk hantar Zila cari keje kat sana.3 hari kat sana, banyak perkara nak dibuat.Paling utama menziarah kawan-kawan lama.Tu pun ada jugak yang tak sempat jumpa.Mungkin lain kali, insyaallah.

Hari Pertama
Sampai Gombak jam 6.15 petang.Sepupu datang jemput ngan kawan dia, pastu bawak kitorang makan malam (tq belanja kami).Pas makan, terus ke rumah sewa Zila.Hari pertama berakhir.

Hari Kedua
Wani tak dapat join sebab dia keluar ngan kawan dia.Kul 1.30 Apiz datang jemput tuk bawak kitorang jalan2.Sebelum tu sempat jugak pegi restoran makanan segera dekat ngan rumah untuk temuduga kerja Zila sementara cari kerja lain.Alhamdulillah dapat, tapi kena pikir dulu nak terima ke tak.Gerak ke Serendah jemput Fara.Kat sana sempat pulak menyinggah ke rumah jiran Fara.Mereka ni rapat jugak ngan Apiz.Dari Serendah terus ke Kajang jumpa Kak Dan dan kawan2 lain.Sempat jumpa sekejap je sebab lepas tu, pegi uptown pulak cuci mata.Makan malam hari ni Fara yg belanja (tq Fara).Pas hantar Fara balik, terus balik rumah......tido tak ingat dunia.seb baik tak terlepas subuh.


Singgah Rawang jemput Fara



bersama Kecik dan Kak Dan


Amran pun join sekali

Hari Ketiga.
Kuar ngan Wani ke Wangsa Walk & Times Square.Pas makan, Wani ajak pegi umah sepupu, Ayub kat Subang.Nak makan gulai tempoyak katanya.Boleh2.Sampai sana, baru tahu ramai rupanya orang kampung kami dok berkumpul dan keje situ.Dah boleh buka 1 lagi kampung.Hehe.

Malam, Apiz datang lagi sebab pagi esok aku dah nak balik.Malam tu aku belanja makan Western Food.Sedap jugak.



Kat Times Square.Drp nak makan nasi, tukar makan hotplate mee plak



Pas makan kat Times Square, pegi rumah Ayub, makan nasik pulak.Best betul acara makan2 ni.


dengan adik2 dan kazen.Nak sambung makan lagilah tu


Kan dah kata...dinner malam ni.Tapi aku tak makan ni..

tapi aku makan ni.wuuuuu

Hari Keempat
Bangun pagi ok lagi.Masa tengah siap, tetiba Zila plak touching.Sedih aku nak balik.Bukan tak penah dok jauh pun selama ni, tapi kali ni perasaannya lain sebab hari ni aku sebagai kakak (yang telah dipertanggungjawabkan oleh ma ngan abah) akan lepaskan dia sorang diri kat tempat orang.Sedih ada risau pun ada.Tapi ini masanya untuk dia tentukan arah hidup dia sendiri.Berlarutanla pulak sesi touching2 nih.

Wani datang jemput aku jam 8.15 pagi.Pas tinggalkan aku kat Stesen bas Greenwod, melayan perasaanlah aku sorang2.Tapi yang harunya bila aku tersilap tempat tunggu bas.Patutlah bas tak berenti.Rupa-rupanya dia berhenti kat depan dari tempat aku tunggu.Tak pasal2 exercise pagi2 kejar bas yang dah bergerak.Nasib baik sekali lagi, lampu isyarat merah.Sempat lagi aku kejar (dah macam kajol kejar keretapi dlm cite hindustan.Cuma Shah Rukh Khan je takde hulur tangan) hehe

Singgah di Hentian Gua Musang, terus masuk musalla tuk sembahyang Zuhur,Nak makan takut tak sempat.Kang tak pasal2 kena tinggal lagi.Sebagai bekal tuk makan dalam bas, aku tapau chicken & cheese savoury crispy dengan chicken rendang savoury paratha (ambik kau dua sekali tapau.Cover tak breakfast pagi tadi dek melayan perasaan.huhu)

Sampai rumah kul 7.00ptg, Amar dah ready tunggu aku.Siap peluk lagi ngah dia ni.Lama tak jumpa katanya.Rindu jugak cik kat ngah ya.Nanti boleh sambung perang lagi.......... :)

Hentian Gua Musang yang baru dibuka


food court yang banyak pilihan makanan

Mahu pizza?sini pun ada

Tandas yang bersih (harap kekalkan ya..)


Surau yang selesa.Lebih selesa kalau bawa telekung sendiri.


DAN INILAH DIA

Lunch aku hari ni, Chicken @ Cheese Savoury Crispy

BESERTA


Chicken Rendang Savoury Paratha untuk aku jugak.ngap

No comments:

Post a Comment