Wednesday, March 16, 2011

OHHH CIK BB............


Dah lama sebenarnya aku dengar pasal BB Cream tapi tak pernah ambil pusing pun apa itu BB Cream.Foundation biasa je kot.Kali pertama aku lihat BB ni dalam satu katalog.Melihatkan pada kegunaannya yang pelbagai, macam best je, tapi bila tengok harga, wow......agak mahal untuk aku tak berapa nak ambil pusing pasal penjagaan muka ni.Paling asas aku buat, cuci muka sebelum tidur, pastu pakai toner.Tupun time rajin je.Nak kata tempek-tempek krim itu ini tu memang taklah.Even pada usia aku yang dah masuk 3 series ni pun, sebatang gincu pun tak pernah aku beli (serius).Lipgloss ada gaklah 2 3 batang tapi tak penah guna sampai habis.Selalunya sekerat jalan je.Pegi keje pun pakai bedak baby je.

Tapi sejak aku tengok cite Awan Dania ni, makin glemer pulak BB Cream ni.Hampir setiap episod ada sebut pasal tu.SimplySiti pun ada krim cam BB ni.Pastu tadi bila tengok iklan dalam paper, produk Alaiisyah (ala yang Fouziah Gous tu) pun ada BB krim.Hmmmmmm............apa istimewanya BB krim ni ya?Meh kita terjah........

Macam mana nak mula ni? Ok camni, BB ni bermaksud Blemish Balm.Agak popular di Korea (asal situ kot) dan negara-negara Asia yang lain.Asalnya krim ni digunakan oleh artis wanita Korea untuk memulihkan kulit mereka selepas proses pembedahan kosmetik.Biasalah, di sana, memang kebanyakan wanitanya melakukan pembedahan kosmetik.Nak besarkan mata, nak mancungkan hidung, nak panjangkan kaki (eh, ada ke?).Agaknya kalau tanya pelajar perempuan Korea apa cita2 diorang, 98% agaknya akan jawab, nak bedah muka..........cikgu.

Jadi, untuk menutup cela kesan pembedahan, tu yang diorang gunakan krim ni kerana di samping berfungsi sebagai penyamar noda, ia juga turut berkesan dalam menyembuhkan kesan pembedahan tadi.

Antara kelebihan BB krim ni, ialah sebagai asas mekap, agen pencerah, anti kedutan, pelembap, pelindung sinaran uv dan macam-macam lagilah.Sebab tulah, populariti krim ni naik mencanak-canak.Semua pakat dok cari.

Belek2 katalog, ada offer BB krimlah.20% diskaun.Hehehe.Adakah aku akan menjadi salah seorang dari mereka yang menggilai krim ini? beli.........tak.........beli............tak............tak kot, tapiiiii cam best je offer...

Wednesday, March 9, 2011

MENGENANG KEMBALI............

Pagi tadi hotfm buka topik pasal sukan sekolah.Menarik jugak tajuk tu.Semuanya cerita yang menngembirakan.Yang paling buat aku tergelak bila ada satu caller tu cite pasal dia nyanyi lagu Ultraman Ace masa pertandingan ragbi.Hakuto to Minami..........teringat masa dulu2.Aku pun layan gak cite nih.

Tapi aku bukannya nak cerita pasal ultraman.Aku cuma teringatkan kenangan sukan sekolah yang paling memberikan kesan pada aku.Masa tu aku di Tingkatan 5 Sekolah Menengah Pengkalan Chepa.5 tahun aku kat sekolah tu, tak pernah pun aku ikut serta dalam sukan sekolah.Berlainan dengan tahun ni, aku sempat masuk satu acara, lari 400 meter berganti-ganti.Walaupun tak menang,aku rasa, tulah sukan yang paling best sepanjang 5 tahun aku kat sini.

Orang kata kalau kita terlalu gembira, mungkin akan ada kesedihan menyusul.Mungkin jugaklah kot.Sebabnya, dalam pada aku seronok2,aku dikejutkan dengan berita kepulangan sahabat karibku Rashidah ke rahmatullah pada petang tu jugak.Masa tu, cikgu buat pengumuman kat padang sekolah.Tak sempat ditahan-tahan, jatuh jugak airmata aku masa tu jugak.Dalam kepala aku, macammana aku boleh happy sangat sedang dalam waktu yang sama, sahabat aku bertarung dengan ajal.

Shidah yang aku kenali selama ni tak pernah menunjukkan tanda -tanda yang dia menghidap penyakit yang kronik.2 tahun kami satu kelas (dengan seorang lagi bestfriend Wa), tak pernah aku lihat dia mengaduh sakit.Semuanya seperti biasa je.Dia satu-satunya sahabat yang selalu bertandang ke rumahku tiap2 petang.Yelah, Wa tinggal jauh dari rumah aku.

Start dari tingkatan 3 kami berlainan kelas.Tapi hubungan tu tetap erat sampailah kami tingkatan 5.Tiba-tiba je aku dapat tahu Shidah mengidap penyakit buah pinggang.Selalu jugak dia tak datang kelas.Dari Wa (sekelas dengan Shidah) aku sentiasa dapat tahu perkembangan Shidah.Masa tu rumah aku takde telefon.Apa2 berita yang aku dapat, hanya dari kawan-kawan.

Sempat jugak aku melawat dia di HUSM 2 kali.Tapi Shidah tak sedarkan diri.Sayu hati melihat keadaan dirinya.Sahabat yang dulu sentiasa dengan aku, kini terlantar di hospital.Pernah dia tersedar seketika, tapi takde rezeki aku untuk jumpa dia masa tu.

Hinggalah petang hari sukan tu, aku terima berita kematiannya.Tak pernah aku terfikir akan kehilangan dia dalam masa yang singkat tapi janji Allah tak pernah terawal atau terlewat sedetik pun.

Malam tu, aku, Ma dan jiran sebelah ke rumahnya.Menziarah untuk perjalanan terakhirnya.Tenang wajahnya seolah-olah sedang dalam tidur.Al Fatihah aku kirimkan buat arwah.

Hari-hari selepasnya, aku masih merasai kehilangannya.Teringat semasa di padang sekolah beberapa hari selepas pemergiannya, airmata jatuh dengan sendiri tak sempat ditahan.Masa hari raya haji (selang beberapa lama) pun sama.Bila makcik tanya abah kenapa aku tiba-tiba menangis, abah bagitahu yang aku baru kehilangan sahabat paling dekat.

Kini selepas hampir 14 tahun, kenangan tu muncul semula bila dengar hotfm pagi tadi.Balik rumah, aku selongkar semula barang2 lamaku dan kutemukan satu kad raya terakhir dari arwah untuk aku.Bekas pen hadiah harijadiku pun masih ada di almari.Cuma tulisannya je kian pudar dimakan hari.

Al Fatihah untuk sahabatku.







Wednesday, March 2, 2011

SELERA ALA AKU

Pernah tak satu hari tu korang rasa dah boring makan nasi dengan lauk yang sama dari ahad sampai sabtu? Setiap hari berlaukkan kari, masak lemak cili padi, tomyam, ayam masak merah bla bla bla.Boringkan?Kalau bertukar kepada roti, salmon panggang, caesar salad pun boleh.Tapi percayalah, tak sampai 2 hari perut melayu korang (perut aku gak) akan meraung ketentionan

So, apa kata kalau korang cuba resipi warisan mak aku ni ok? nampak ringkas tapi memang best sampai menjilat jari.Itupun kalau korang makan budula. Kalau tak, kirim salam jelah.

BUDU TUMIS

2-3 ulas bawang merah
seulas bawang putih
cili padi (ikut suka korang nak banyak mana)
1 cm kunyit
1 kuntum bunga kantan (potong 2)
budu (sudah semestinya.Watak utama nih)
sedikit air
mintak untuk menumis


Cara penyediaan

  1. tumbuk bawang merah, bawang putih,cili padi dan kunyit
  2. tumis bawang sampai wangi.
  3. pastu masukkan budu.agak2lah untuk sekali makan.Tak sampai separuh botol pun.
  4. last sekali masukkan bunga kantan.biarkan sampai layu
  5. dah siap.
Best dimakan bersama dengan ulam-ulaman.Lauknya ikan goreng pun sodap.

BUDU TUMIS YANG MENAWAN HATI


Hmmm, banyak jugak resipi masakan kampung yang aku belajar daripada ma.Dari gulai tempoyak, gulai asamrung, sambal tumis petai ngan udang bla bla bla.Nampak gayanya dah boleh buka restoran nih. RESTORAN SELERA KAMPUNG PIJA (wah berangan)

Sunday, January 30, 2011

PENGALAMAN ITU MENAKUTKAN





Aku yakin dan pasti seumur hidup aku takkan pernah dapat join program Fear Factor @ Amazing Race Asia.Tapi pengalaman pada 27 Februari 2011 sudah cukup untuk membuatkan aku merasa seperti berada dalam rancangan tersebut malah mungkin lebih lagi kot.

Malam tu selepas solat maghrib, aku abah dan ma bertolak balik ke kampung untuk menjenguk tok.Sambil tu jugak nak bawak dia sama-sama pegi jalan jalan kat Terengganu.Zila pun ada kat sana lagi.

Dari rumah cuaca agak mendung tapi tak pulak hujan turun.Jadi aku beranggapan semuanya akan ok.Tapi sebaik saja sampai kat kampung hujan turun manja2.Untuk ke kampung, kami kena menyeberangi jambatan sepanjang 100 meter (lebih kurang).Air dah mula memenuhi jambatan.Kalau seberang jugak memang confirm esok tak dapat keluar sebab air mungkin akan naik lagi.

Mulanya abah buat keputusan nak patah balik je, tapi bila tengok ada satu kereta keluar dari kampung, abah ubah fikiran.Tuan punya keta, Pakcik Bakri rupanya nak alih kereta ke seberang sini, bimbang kalau air naik lagi.

Abah tanya dia, camne dia nak seberang balik ke kampung.Katanya, dengan cara mengharungi air atas jambatan.Aku mula cuak.Giler tak.......menyeberang jambatan dengan air hampir setengah betis tanpa apa-apa bantuan keselamatan pada pukul 10 malam.Tambah pulak takde penghadang di kiri kanannya.Memang kiri kanan air je (boleh bayangkan tak bagaimana perasaan aku?).Dahla tu, dengan suasana sekeliling gelap gelita, hanya bertemankan lampu suluh pakcik Bakri je.

Abah kata takpe, tawakal je.Bismillahirrahmanirahim.Aku, ma, abah, pakcik Bakri dan 2 orang lagi mula menyeberang.Di permulaan aku ok, sehinggalah sampai di tengah2 jambatan, ada satu besi yang terkeluar dari tempatnya (berlubang) menyebabkan arus di tengah2 tu agak deras.Langkah aku terhenti sampai situ je.Nak angkat kaki pun tak berani , bimbang dibawa arus.Abah bagi kata2 semangat tapi aku memang tak boleh nak bergerak sama sekali.Aku mula bayangkan yang bukan2.

Bimbang dengan keadaan aku, abah kemudiannya meminta pakcik Bakri supaya pimpin aku sehingga ke seberang.Alhamdulillah, dengan izinNya kami berjaya sampai.Aku menoleh ke arah sungai, tak percaya apa yang telah aku lalui.Syukur padamu Ya Allah.Seperti telur di hujung tanduk rasanya bila aku pikir2 balik.

Esoknya, air makin naik, jambatan dah lenyap dalam air.Untuk menyeberang balik, kami naik perahu tambang.Nak ke sungai pulak kena menuruni anak tangga yg aku sendiri tak sempat nak kira ada berapa.Sampai hari ni, masih terasa sakit paha kesan dari turun tangga nak ke sungai.

Di tengah2 sungai ni, kaki aku terkunci


Tuesday, January 4, 2011

CITE KAWIN LAGI





Walaupun dah agak basi tapi tetap nak tulis gak.Sebabnya aku bukanlah seorang yang rajin sangat menulis.Sekali sekala baru datang rajin.Huhu

Alkisahnya 31/12/2010, kami satu family ke Bangi untuk perkahwinan sepupu.Taknak panjang2 cerita, aku tulis ringkas2 je.

  1. Bertolak dari rumah jam 11 pagi sebab abah masih ada hal kat pejabat.Tak sempatlah kot ngan majlis akad nikah selepas Asar.
  2. Sampai kat ngan bukit 7 beradik, keta masuk lubang sebab tak nampak.Sebabnya follow belakang lori.Tak sempat nak elak.Sampai pecah tayar dibuatnya.
  3. Sampai kat depan sikit, tengok anggota PGA BN8 yang nak ke KL jalan kaki panjat bukit(sebab tunggu diorang nilah abah gi pejabat gak arini).Rupanya bas diorang rosak.Sempat gaklah abah tumpangkan salah sorang kawan dia naik keta.Sebab kesian, dia baru pulih dari kemalangan.
  4. Sampai Kl jam 9 malam, jumpa Apiz ngan Fara.Apiz belanja nasi sup kat kedai peberet dia.best.....
  5. Check in kat Bangi Lanai jam 11 malam.Penat..............zzzzzz
  6. Esoknya, pegi bandar Kajang pekena bakso.Lama tak makan.Rindu pulak.....
  7. Sementara tunggu rombongan sampai tuk sama2 gerak ke rumah pengantin perempuan, jalan2 kat Metro Kajang jap.
  8. Ijam telefon.Masanya untuk gerak ke rumah pengantin perempuan
  9. Berkumpul kat surau sebelum berarak ke rumah pihak perempuan.Cantik kawasan rumahnya.Ada tasik
  10. Acara bersanding, makan2 dan karaoke.
  11. Kul 5, aku, Apiz, Zila ngan Lah (sepupu) pegi Hentian Kajang beli tiket bas untuk maklong.Nak singgah pasar malam pun dah tak sempat rasanya.Ma, abah, paklong, maklong tunggu kat umah Paksu Nor (Taman Tasik Prima, Puchong).
  12. Bermalam kat umah Paksu Nor plak.Sebenarnya ada janji nak jumpa Nas tapi dah lewat sangat.Tak sempat.
  13. Ahad. Singgah umah Shidi (adik penghulu kampung) kat Bukit Puchong minum pagi.Ingatkan pastu nak singgah IKEA tapi dah berbual panjang lebar, jam pun dah pukul 10.30.Terpaksa tunda hasrat tu.sob sob
  14. Pas hantar Apiz balik umah (Puncak Kinrara), terus gerak balik KB.Sampai dalam kul 8 malam.Esok keje....


tu dia, penangan jalan yg berlubang.Musim hujan pulak

sempat lagi tu

bakso yang boleh buat tak tidur malam

akad nikah

majlis bersanding

acara potong kek

hidangan.paling best jelatah tu

cenderahati


senyum.orang ambik gambar kita tu






Wednesday, December 29, 2010

OLE OLE OLE.......





Malaysia

vs



Indonesia



Menang akhirnya.Alhamdulillah berbekalkan 3-0 pada perlawanan peringkat pertama di Stadium Bukit Jalil dan ditambah pula dengan 1 gol hasil jaringan Safee Sali di Stadium Bung Karno, Piala AFF Suzuki (dulunya Piala Tiger) akhirnya berada dalam dakapan Malaysia.Percayalah, ketika ini walau siapa pun anda, peminat @ sekadar pemerhati pasti akan gembira dengan kemenangan ini.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah apabila menjadi naib juara pada tahun 1996 iaitu pada edisi sulung Piala AFF@Tiger.Ternyata penantian selama 14 tahun akhirnya berjaya dijelmakan oleh anak-anak buah K Rajagopal pada malam ni.

Walaupun pada separuh masa kedua, Malaysia bolos 2 gol, namun pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi kerana berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang, tenang dan matang.

Juga tahniah kepada Safee Sali kerana menghadiahkan gol yang amat amat membantu dalam mencapai kemenangan kali ini.Dengan 5 gol sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,sudah pasti membolehkan Safee memperoleh anugerah penjaring gol terbanyak meninggalkan pesaing terdekat Christian Gonzales (Indonesia), 3 gol.

Tahniah buat semua skuad Malaysia, jurulatih, pegawai-pegawai dan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan kami, ini adalah permulaan yang baik dalam usaha mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai salah satu pasukan gergasi Asia yang pernah digeruni satu masa dulu.


* buat penyokong-penyokong, semaikan semangat kesukanan yang jitu dalam diri anda.Tak salah menyokong pasukan masing-masing tapi jangan sampai merendah-rendahkan orang lain.Jangan kerana sukan, korang bertelagah, mencaci, mencerca sesama sendiri.Takde faedah ok?

Saturday, December 18, 2010

MAIN MASAK MASAK




Pada petang sabtu yang ceria (metafora beb) beberapa minggu lepas, terasa boring semacam.Nak tengok tv takde yang best.Tapi tetap tak putus asa nih.Dalam dok tekan2 chanel kot ada cite yang sangkut ngan jiwa, tertekanlah (ter....la plak)chanel RTM 2.Ada cite masak2.Lain dari yang biasa nih.Tengok jap.

Sekali bukan sekejap, tapi sejam terpaku depan tv.Pastu melarat2 pulak sehingga Sabtu2 yang lain.Rancangan yang telah berjaya memfreezekan aku supaya tercongok selama sejam di depan tv ni ialah.....Beautiful Cooking terbitan TVB, Hong Kong yang dikelolakan oleh 3 lelaki pujaan malaya...oh tak, pujaan seluruh dunia (besar tu),Ronald Cheng, Alex Fong dan Edmond Leung

Sebenarnya aku memang selalu tengok gameshow TVB ni.Selain best, lucu dan menghiburkan ia banyak libatkan selebriti2 popular Hong Kong.Cuma lainnya BC ni,undangannya adalah 3 orang selebriti perempuan yang dijemput setiap minggu untuk berentap bagi menunjukkan kemahiran memasak.Perempuan, setinggi manapun kerjaya kena masuk dapur jugakkan?Jadi bolehlah tengok setakat mana pandainya selebriti kesayangan menghayun senduk dan sudip ke dalam kuali.

Untuk pengetahuan, rancangan ni terbahagi kepada beberapa segmen.Kita cite segmen yang melibatkan selebriti undangan je.

SEGMEN 1

Master chef akan memasak satu jenis resipi dan peserta dikehendaki meneka bahan apa yang digunakan dan kemudian cuba memasak resipi tersebut.

SEGMEN 2

Peserta dikehendaki meneka apakah bahan utama masakan yang akan mereka masakkan (selalunya seafood)dengan cara memegang bahan tersebut dengan mata yang tertutup.Mereka kemudiannya dikehendaki menyiang, membersihkan dan memasak mengikut citarasa masing masing.


pelakon kesukaan i lah, Charmaine Sheh


Untuk penilaian, hasil masakan mereka akan dicuba dan diberi markah oleh beberapa orang juri yang terdiri dari selebriti lelaki dan seorang chef.Tetamu yang bertuah juga turut diberi kesempatan merasa masakan selebriti kesayangan mereka.Dan pemenangnya akan diumumkan dipenghujung rancangan.


Apa macam, menarikkan?belum tau apa aktiviti petang Sabtu anda, rajin-rajinlah singgah ke RTM 2 untuk menonton rancangan ni, ok?