Wednesday, December 29, 2010

OLE OLE OLE.......





Malaysia

vs



Indonesia



Menang akhirnya.Alhamdulillah berbekalkan 3-0 pada perlawanan peringkat pertama di Stadium Bukit Jalil dan ditambah pula dengan 1 gol hasil jaringan Safee Sali di Stadium Bung Karno, Piala AFF Suzuki (dulunya Piala Tiger) akhirnya berada dalam dakapan Malaysia.Percayalah, ketika ini walau siapa pun anda, peminat @ sekadar pemerhati pasti akan gembira dengan kemenangan ini.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah apabila menjadi naib juara pada tahun 1996 iaitu pada edisi sulung Piala AFF@Tiger.Ternyata penantian selama 14 tahun akhirnya berjaya dijelmakan oleh anak-anak buah K Rajagopal pada malam ni.

Walaupun pada separuh masa kedua, Malaysia bolos 2 gol, namun pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi kerana berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang, tenang dan matang.

Juga tahniah kepada Safee Sali kerana menghadiahkan gol yang amat amat membantu dalam mencapai kemenangan kali ini.Dengan 5 gol sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,sudah pasti membolehkan Safee memperoleh anugerah penjaring gol terbanyak meninggalkan pesaing terdekat Christian Gonzales (Indonesia), 3 gol.

Tahniah buat semua skuad Malaysia, jurulatih, pegawai-pegawai dan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan kami, ini adalah permulaan yang baik dalam usaha mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai salah satu pasukan gergasi Asia yang pernah digeruni satu masa dulu.


* buat penyokong-penyokong, semaikan semangat kesukanan yang jitu dalam diri anda.Tak salah menyokong pasukan masing-masing tapi jangan sampai merendah-rendahkan orang lain.Jangan kerana sukan, korang bertelagah, mencaci, mencerca sesama sendiri.Takde faedah ok?

No comments:

Post a Comment