Kalau sebelum ni saya buat dumpling, kali ni saya cuba buat mi pulak.Bahannya hampir sama cuma tambah telur sahaja.Tidak ada sukatan yang tepat, saya cuma agak2 je dengan merujuk kepada video NI
rupa mi yang dah siap.agak kasar, maklum kali pertama buat |
rupa bila dah celur |
RESIPI DARI : KARANGKRAF.COM (RASA)
SUP DUMPLING
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji dumpling
- 2 biji bawang besar | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- 1 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 biji ubi kentang | dipotong dadu
- ½ biji lada benggala merah | dipotong dadu
- ½ biji lada benggala kuning | dipotong dadu
- ½ biji lada benggala hijau | dipotong dadu
- 1 sudu teh herba (tak letak)
- 1 liter stok ayam @ ikan bilis (kali ni saya guna stok ikan bilis)
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan kesemua lada benggala. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan cendawan butang, ubi kentang dan lobak merah.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Setelah itu masukkan pula herba dan dumpling. Biarkan seketika. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan lada hitam. Sedia untuk disajikan.
Untuk mi pulak
Mi (yang dah saya buat tadi)
kicap
daun bawang (tak tak taruk)
bawang putih goreng (tak taruk)
- Mi yang dicelur diletakkan dalam pinggan.
- Tuang kuah kicap, tabur daun bawang, bawang putih yang digoreng.
- Hidang dengan sup dan sambal cili @ cili kicap.
inilah rupanya mi kicap dan sup dumpling yang dah siap |
No comments:
Post a Comment