Tiada siapa yang berhak mengaku IKHLAS.Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman.Ia adalah rahsia tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.
Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis.Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan sesorang mengaku ikhlas.Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik ikhlasnya terbatal.Contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas :
- membantu seseorang sambil berkata, Ambillah, saya ikhlas...".
- Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak."saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."
- Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "yang ikhlas", "yang benar"
Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain.Tdak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda sudah idak khalis lagi (tidak suci)
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semata-mata kerana Allah:kerana suruhan-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaatiNya, kerana patuh padaNya .Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah.Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah itulah ikhlas-dorongannya satu.Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi tidak timbul sama sekati sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit dengan niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan-kawan, maka ia tidak khalis atau ikhlas terlah ternoda.Dengan itu boleh jatuh syirik khafi,Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya.Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai unsur "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah, lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.Khusul Nafs- kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati.Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
- awal
- pertengahan
- akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah.Sebelum memberi ceramah,hati kecilnya berkata: "inilah masanya aku akan jadi terkenal..." "dengan ceramah ni dapatlah duit poket".Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah.Akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tiada apa-apa yang rosak, nerjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "wah, hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis".Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.Sepatutnya ia merasa malu keranasemua ini bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah.Orang yang begitu ibarat membangunkan ruma, tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.Orang ramai yang mendengar ceramah itu juga tidak berubah sebab hati sudah cacat.Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak, sifat taqwa sudah ternafi.Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadduk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment