Idea dah tak berapa ada kebelakangan ni.Jadi untuk entri kali ni dan seterusnya saya akan tulis tentang masakan yang telah saya buat selama saya bercuti menulis.Untuk kali ni saya nak kongsi bagaimana saya telah membuat dumpling aka dim sum aka mandu aka gyoza.Punya banyak aka kan? padahal benda sama je.
Saya dah lama teringin nak makan dumpling ni.Selalu tengok dalam tv.Tapi yg paling buatkan saya teringin nak makan bila tengok Rasa Halal Orient masa Farah jadi hos.Setelah lama mengidam, kali nilah baru sampai masanya untuk saya buat dumpling ni.
Cara untuk buat kulit dumpling ni tersangatlah mudah.Hanya perlu tepung, garam dan air sahaja.Untuk intinya pula saya main agak2 ikut selera sendiri je.Apa lagi....jom kita tengok resipi
Kulit Dumpling
2 cawan tepung serbaguna
secubit garam
sedikit air (sampai agak2 boleh uli)
Inti
1 labu bawang besar
2-3 biji cili padi
3 biji cendawan shitake (tempat saya susah nak jumpa, saya ganti dengan cendawan bunga kering.Rendam dulu sampai dia lembut)
sedikit daun bawang (dicincang)
400 gm daging kisar
sos ikan
maggi seasoning
kiub ayam
Cara membuatnya
Kulit Dumpling
- Masukkan tepung dalam bekas, campurkan sedikut garam
- Masukkan air sikit2 dan uli seketika
- Rehatkan kejap.Sementara tu bolehla kita sediakan intinya
- Potong dadu bawang besar dan hiris halus cili padi
- Tumis bawang besar, cili padi.Masukkan sos ikan, maggi seasoning, kiub ayam.Nak kasi color dia tak pucat masukkan kicap skit.Tak keracunan punya.hehe
- Dah wangi bahan tumis tu, bolehla masukkan daging kisar dan cendawan
- Agak masak daging kisar tu masukkan daun bawang.
- Siap
Kalau ikut resipi yang saya tengok dlm internet, intinya tak dimasak dulu, terus balut dalam kulit dumpling dan digoreng.Tapi saya risau kot tak masak pulak inti tu, saya ambil jalan selamat dengan memasaknya terlebih dulu
Dah siap semua tu bolehla kita mula membuat dumpling
- Doh dumpling yang dah direhatkan tadi, kita bulatkan kecil2, pastu canai sampai nipis.nak cantik tekap ngan acuan bulat supaya bulatnya sekata.Saya main belasah je.Takde nak cantik-cantiknya
- Masukkan inti dan kelimkan lebih kurang cam kelim karipap.Untuk dumpling sup pulak kita buat dalam bentuk topi.
- Dah siap semua tu, panaskan kuali leper, masukkan sedikit minyak.goreng dumpling.Bila dah agak kuning kat bawah dia tu, masukkan sikit air dan tutup kuali supaya bahagian atasnya masak dengan wap dari air tadi.
- Dah siap.Bolehlah dimakan bersama sos soya.Nyum nyum
Uli doh dan rehatkan 15 minit |
kulit dumpling yg dah siap.takde nak tekap2 bagai |
yang macam karipap tu untuk dumpling goreng.Yang bentuk topi tu utk dumpling sup |
dah siap |
CARA KELIM MANDU (ABAIKAN BAHAN YANG TAK SEPATUTNYA YA? )
Wah😃대박
ReplyDelete감사합니다 :)
Deletetnk u lps ni hari2 mkn dumpling
ReplyDeleteAzhan: korea sgt gittew
ReplyDelete