Petang semalam Amar ada minta saya buatkan lempeng untuk dia.Dah lama tak makan lempeng katanya.Alang-alang nak makan lempeng, saya terus bikin lempeng seafood.Sebelum nipun dah pernah buat beberapa kali.Ideanya saya dapat dari drama dan variety show Korea.Selain seafood, masyarakat Korea juga suka buat lempeng kimchi dan sayur sayuran.Kalau dekat Jepun, hidangan ni lebih kurang sama dengan Okonomiyaki.
Lempeng Seafood (Hameul Pajeon)
Bahan (tiada sukatan tepat, cuma agak2)
Tepung Gandum
Kiub pati ayam @ maggi cukup rasa @ Knorr pasti sedap
Kubis - hiris halus
Daun bawang - hiris halus
Sebijik telur
Bawang holland (tak letak pun)
Air
Udang, Sotong, Kupang
Cara2
Masuk semua sekali dalam bekas (kecuali seafood) dan bancuh seperti nak bancuh lempeng.
Sendukkan adunan dalam kuali yang telah dipanaskan dan susun seafood cantik2 atas adunan lempeng.Nak masukkan sekali dalam adunan pun boleh.Cuma nanti tak nampak cantikla sebab dah tenggelam dalam adunan.
Siap.Boleh Dihidangkan bersama sos soya, bonito flakes dan nori (kat Kelantan susah nak cari semua tu, saya ganti je ngan sos hoisin jenama Life).Sedap jugak
SELAMAT MENCUBA
Monday, September 30, 2013
Tuesday, September 17, 2013
KARTUN ZAMAN 80AN
1.Care bears
Cite pasal beruang comel warna-warni yang ada kuasa mengikut gambar kat perut dorang.Peberet saya yang pelangi tu.Comel sangat.
2.My Little Pony
My Little Pony kuda kecil yang ada sayap.Paling ingat sampai sekarang lagu tema dia.My little pony...my little pony...my little pony and friends.Hehe
3.Smurf
Tak pasti apa ke binatang smurf ni.Kalau masa kecik2 dulu,ingatkan semut.Malas pulak nak google.Yang penting rumah daripada cendawan kau!!!
4.Maya The Bee
Cerita pasal lebah yang comel.Dalam banyak2 kartun, saya paling suka kartun ni.hehe
5.G-Force.
Saya paling ingat helmet yg cam paruh burung.
6.Voltron.
Yang ni byk2 robor bergabung jadi robot raksasa
7.SilverHawk.
Ingat tang sayap bawah ketiak.
8.Thundercats.
Thunder...thunder....thundercats
9.Toriton.
Go..go....toriton.Go...go....toriton
10. JEM
Suka kartun ni sebab diorang blh tukar baju sekelip mata dengan menekan anting2 di telinga diorang.
11. Tom Sawyer
Saya suka kartun ni tapi sangat tak suka karakter Tom.Boleh gitu?
Tu baru sikit yang saya nak kongsi.Kalau ikutkan memang banyak lagi.Penat pulak nak cari satu2.Apa yang pasti kartun tahun 80an memang TERBAIKKKK
Sunday, September 8, 2013
CERITA DALAM LAGU
Saya suka layan muzik video yang bercerita dalam lagu.Seolah-olah
saya menonton filem atau drama dalam masa kurang 10 minit.Bestkan??
Ini antara muzik video yang saya suka.Walaupun dah lama tapi saya masih layan sampai sekarang.Dari segi jalan cerita,agak tidak logik untuk seorang yang masih hidup dermakan matanya kepada orang lain, tapi ia masih menyentuh perasaan.Tacim pulak makcik menengoknya, tapi taklah sampai menangis terguling2 ya?huhu
Muzik video dari T-ara pun saya suka.Mereka selalu buat konsep bercerita dalam lagu.Video ni agak panjang sebab digabungkan dua MV sekaligus (video pertama sampai 15.45).Dah agak lama jugak,siap hafal lirik tu.
Ini antara muzik video yang saya suka.Walaupun dah lama tapi saya masih layan sampai sekarang.Dari segi jalan cerita,agak tidak logik untuk seorang yang masih hidup dermakan matanya kepada orang lain, tapi ia masih menyentuh perasaan.Tacim pulak makcik menengoknya, tapi taklah sampai menangis terguling2 ya?huhu
Muzik video dari T-ara pun saya suka.Mereka selalu buat konsep bercerita dalam lagu.Video ni agak panjang sebab digabungkan dua MV sekaligus (video pertama sampai 15.45).Dah agak lama jugak,
Saturday, September 7, 2013
CEREWET MAKAN??
Lain orang lain selera makannya.Ada yang punya selera kampung, juga ada yang punya selera barat.Kadang-kadang selera yang pelbagai ni menyebabkan ia disalah tafsir sebagai cerewet makan.Bagi saya sendiri, tak pasti sama ada cerewet makan ataupun tak.Sebab kalau disenaraikan banyak juga benda yang saya tak makan.
Benda utama yang saya paling-paling tak suka ialah masakan yang berasaskan santan.Tak kira sama ada ia kari, kurma, kuzi, dalca dan yang sewaktu dengannya.Bila dah tak suka tu, jangan pula minta saya untuk masakkan semua tu.Mak selalu tegur saya tak bolehla masak masakan yang saya suka je.kena jugak masak makanan2 lain jugak.Tapi setakat ni teguran tu masih ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Belum pernah walau sekali saya cba memasak semua tu.Bukan saja lauk pauk yang berasaskan santan, saya juga kurang gemar manisan yang menggunakan bahan yang sama.Contohnya bubur.Kalau makan pun, sekadar ambik isi je.
Selain tu, saya juga punya selera makan yang agak mengelirukan.Saya akan suka atau tak suka pada makanan yang asasnya dari bahan yang sama. Contohnya, saya sangat suka ulam-ulaman tapi benci sayur-sayuran, suka tempe tak suka tauhu, suka pati soya tapi benci air soya.Kalau air pulak, paling tak gemar air tebu, cincau, kelapa (isi kelapa makan pulak).Tembikai pun kalau dijadikan jus, terus jadi tak suka.
Masakan manis sinonim dengan masyarakat Kelantan.Tapi ia tidak berlaku dalam keluarga saya.Sebab tu agak susah untuk kami beli makanan dari luar sebab kebanyakannya tidak memenuhi selera.Kalau nak order masakan panas, kami terpaksa minta tukang masak supaya jangan letakkan gula.Namun, mungkin sebab dah terbiasa mereka kadang2 terlupa juga.Terpaksa jugak makan walau hati tak rela.Jangan pula ada kata saya saya eksyen ke apa kerana saya masih orang kelantan yang gemarkan budu, nasi kerabu dan sebagainya.Mungkin kerana kampung ma ngan abah di Kuala Krai tidak mengamalkan gula dalam masakan menyebabkan kami kurang biasa dengan cara masakan hilir Kelantan yang banyak dipengaruhi oleh masakan Thailand.Kampung kami terkenal dengan tempoyak, aserom, ikan sungai dan masakan yang pedas-pedas yang mana semua ni agak sukar didapati di Kota Bharu.Semasa Zila kawin dulu, ma ngan abah buat kelainan dengan menyediakan gulai tempoyak ikan patin untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Paling mengejutkan gulai tempoyak habis dulu berbanding gulai daging.Kata tetamu, tak pernah makan mereka gulai tempoyak seperti itu dan mereka gemarkannya.Alhamdulillah.
Dengan semua yang saya senaraikan di atas, adakah saya termasuk dalam kategori cerewet makan??? Hmmmmmmm
Sunday, September 1, 2013
PERTEMUAN SEMULA
Pada setiap kali raya,bekas rakan sekolah saya selalu buat reunion.Selalunya mereka akan berjumpa di suatu tempat dan lepak selama berjam2 sambil bertukar cerita.Sayang sekali saya tidak pernah berkesempatan untuk join sama.Selain kekangan masa (sebab selalunya perjumpaan pada setiap malam raya.Saya pulak malam ni adalah malam yg paling sibuk ), terasa segan pulak nak bertemu rakan lama.Selalu saya bayangkan kalaula saya berada di sana, akan jadi patung cendana agaknya.Kelu seribu bahasa.Tambah lagi geng2 saya takde.Kalau ada harus saya join juga.
Namun begitu, tahun ni saya berkesempatan bertemu rakan lama secara tidak sengaja.Sehari sbelum raya, saya terserempak dengan Ana, rakan sekelas semasa di tingkatan 5.Sempat berbual seketika, saya mengajaknya datang ke rumah pada hari raya.Alhamdulillah, pada hari raya ke 5, Ana datang ke rumah dengan 3 lagi rakan, Siti, Kasifah dan Murni.Gembira dapat jumpa mereka.Di antara kami, Saya Ana dan Kasifah yang masih belum bekeluarga.Nampak gayanya bukan saya soranglah yg masih solo.Hepinya saya.hehe
Pada raya ke-3 pulak, saya terjumpa Shamsul (pun sekelas di tingkatan 5) semasa menemani ma ke pasar.Tak sangka dalam diam rupanya Shamsul dah kawin dan punya 2 orang anak.teringat masa dulu, kami pelajar perempuan suka usik dia.Pastu dia akan senyum tersipu2.Hai Shamsul, tak sangka dah jadi bapak budak awakkan?
Hari raya kali ni jugak, saya tersangat sibuk memenuhi undangan perkahwinan saudara mara dan jiran2.Dan satu diantaranya telah menemukan saya dengan Febnita, rakan sekelas semasa di tingkatan 6.Feb sekarang sedang pregnant anak ketiga.Dari wajahnya jelas terlihat bahagia.Tumpang gembira saya melihat kebahagian kawan-kawan.
Bertemu di facebook juga suatu yang menggembirakan untuk kali ini.Seorang rakan telah bertungkus lumus mengimbas majalah sekolah dan dimuatnaik ke grup alumni sekolah kami.Dari sini, ramai rakan-rakan yang terpisah lama bertemu kembali.Masing-masing rancak bercerita dan bertanya khabar.Terima kasih kepada Shah Rizal di atas usahanya yang telah berjaya menautkan kembali ikatan yang telah lama putus.Panjang umur, ada rezeki, mungkin boleh usahakan reunion secara besar-besaran dan saya pun akan ikut join sekali.Insya Allah, Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)