Masa zaman sekolah aku paling suka dengan puisi.Dari sajak, gurindam syair dan pantun, semuanya aku suka.Bertugas sebagai ajk kelab buku teks semasa di tingkatan 2 umpama peluang besar untuk aku bergelumang dengan buku2 terutamanya buku sastera.Masih ingat lagi cikgu pernah bagi buku2 teks lama tahun 1970an.Buku tulah jadi sumber rujukan utama aku dalam mendalami puisi.
Semasa di tingkatan 4 pula, secara tak sengaja aku wakil pasukan pantun sekolah.Semuanya bermula bila member sekelas semasa di tingkatan 1 datang jumpa aku dan minta aku join pasukan pantun sebab dia pernah tengok koleksi pantun aku semasa kami sekelas dulu.Tapi aku cuma suka baca pantun je, tak pernah pulak aku cipta pantun sendiri.Mula2 macam taknak, tapi melihatkan dia bersusah payah datang jumpa aku, aku cuba jugaklah.Semasa mula2 nak buat pantun memnag susah.Pembayang nak kena berkisar kepada alam semulajadi, baru dapat markah lebih.Maksud pulak kena ikut tema (dulu2 tema ict memang wajib.Teknologi baru nak berkembang katakan).Rima harus sama.Lepas tu kena buat secara spontan.Bayangkanlah macam mana otak berputar cari idea.Memang pening.
Dua tahun jugaklah aku jadi wakil sekolah.Masa form 4, sebagai simpanan je.Form 5 barulah betul2 naik pentas.Gemuruh takyah ceritalah.Menggigil satu badan.Walaupun pasukan kami tak pernah menang, tapi ia tetap beri pengalaman berharga pada aku.Sekarang, walaupun dah jarang aku berpantun tapi pantun2 lama yang aku baca masa zaman sekolah masih kekal dalam ingatan.Antaranya macam kat bawah nilah.Ini semua aku dapat dari buku teks lama yang cikgu bagi kat aku dulu kecuali pantun yang pertama tu aku dapat dari majalah Dewan Budaya. (dulu semua majalah dewan aku baca, Dewan Budaya, Bewan Pelajar, Dewan Masyarakat).Temanya pantun kasih sayang semua.Tak tahulah kenapa yang tu je ada.Mungkin orang dulu2 luahkan kasih sayang melalui pantun kot.
Benuang tua bertanduk dua
menajak bendang saban hari
manisnya dara anak siapa
sekali pandang berkenan di hati
Nyiur gading puncak mahligai
sayang ketupat berisi inti
hancur daging tulang berkecai
belum ku dapat belum berhenti
Dari mana hendak ke mana
dari Jepun ke bandar China
Wahai tuan kami bertanya
bunga yang kembang siapa punya
Dari Jepun ke bandar China
Singgah berlabuh di Singapura
Bunga yang kembang siapa punya
Kami teringin memetiknya
Cenderawasih burung di awan
anak menetas ibunya mati
bercerai kasih muda bangsawan
bagaikan putus rasanya hati
No comments:
Post a Comment