Wednesday, March 27, 2013

Korean Phrases 3

저게 Ilayda 네 집이에요.
 That is Ilayda's house.

juh
1. I, me (polite tone) 
2. that 

 gut
 1. thing, object 
2. what, the thing which (used to create noun phrases) 
3. that, which (relative pronoun)

 ne
 1. yes (polite tone) 
2. (particle after adjective or verb to complete sentence, casual tone) 
3. one's house 
4. four (number 4) 
5. your

 jip
 house, home

 이다 i da 
1. to be (+ adjective or noun to describe something) 
2. (particle in verb to add meaning of passivity)

  yo 
1. (particle after verb to make semi-polite question) 
2. (particle after verb to finish sentence in semi-polite tone)



Tuesday, March 26, 2013

DIKIR KELATE KITO

Sekali sekala layan dikir barat ok jugak.Dalam perjalanan baik ke ofis selesai makan tengahari tadi, adalah pulak dikir pasal negeri klate.Selalu jugak aku dengar lagu ni tapi tak tahu siapa penyanyinya.Aku cuba hafal sikit2 lirik sebab nak cuba nak cari dalam youtube.

Dan ini yang aku dapat.Tajuk lagu Kelate Kito nyanyian Fendi Kenali.Muda sangat lagi penyanyinya.Pada yang tak faham bahasa Kelantan tu, meh aku translate


 

KELATE KITO - FENDI KENALI

LIRIK ASAL
sebut kato negeri kelate...
penuh dengan seni budayo...

sebut kato negeri kelate,
tanah serendoh sekebun bungo..
tempat molek sereto come
penuh dengan seni budayo..(2x)

slapik kering de woye gamba
dikir baghat mokyong menoro..
rakyat hidop besuko hila
bowoh naugan duli yang mulio..(2x)

bilo mano, pelancong maghi
sambut denge rebano ubi
rama bena pelancong puji..
negeri kelate come sengoti..(2x)

kalu hajat, nok beli beloh
maghi pasa siti khodijoh
wakah cheyeh tekenal sudoh
tepat pusat barange muroh..(2x)

bilo mano pelancong maghi..
sambut denge rebano ubi..
rama bena pelancong puji
negeri klate come sengoti..(2x)

ado jeghe, de ado pata..
ado tepat nok suko ghio
rata panje pat bebah cuka...
ado blako serbo mokniko..(2x)

sebut kato negeri kelate,
tanah serendoh sekebun bungo..
tempat molek sereto come
penuh dengan seni budayo......


TERJEMAHAN
sebut kata negeri kelantan
penuh dengan seni budaya

Sebut kata negeri kelate
Tanah serendah sekebun bunga
Tempat molek serta cantik
Penuh dengan seni budaya (2x)

selampit kering dan wayang gambar
dikir barat makyong menora.
rakyat hidup bersuka hilai
bawah naungan duli yang mulia..(2x)

bilamana pelancong datang
sambut dengan rebana ubi
ramai sungguh pelancong puji..
negeri kelantan cantik sungguh (2x)

kalu hajat, nok beli belah
datangla ke pasar Siti Khadijah
wakaf che yeh tekenal sudah
tempat pusat barangan murah..(2x)

bilamana pelancong datang
sambut dengan rebana ubi
ramai sungguh pelancong puji..
negeri kelantan cantik sungguh (2x)

ada jeram dan ada pantai.
ada tempat nak suka ria
rantau panjang tempat bebas cukai
semuanya serba ada

.


Sunday, March 24, 2013

KOREAN PHRASES 2

벌써 식사하셨어요? 
 Have you already eaten?

벌써
bul suh
already

 식사
sik sa
meal, diet, eating, dining

 하다
ha da 
1. to do 2. to be (+ adjective or noun to describe something) 3. to have to, must 4. (after verb to tell how another person feels)

 
shut
(particle after verb to add meaning of politeness and past)

 
yo
1. (particle after verb to make semi-polite question) 2. (particle after verb to finish sentence in semi-polite tone)



Wednesday, March 20, 2013

KOREAN PHRASES 1

제가 공항에 데려다 줄게요
 I will drive you to the airport.

 juh = I

 ga = particle after subject or object word 

공항 gong hang = airport

 e = particle after place, time or object

 데리다 de ri da = to take

 주다 joo da = to offer

 ge = particle after verb or adjective to make adverb

 yo = particle after verb to make semi-polite question

MASTERCHEF CELEBRITY KOREA

Masterchef Selebriti Malaysia dahpun nak masuk musim kedua.Antara selebriti yang akan menjayakan MC2 ini ialah Dato' Aznil Nawawi, Rozita Che Wan dan cinta hatinya Zain Saidin.Tak sabar pulak nak tengok kemahiran memasak para selebriti kita nikan? Dengar cite Cik Ta siap masuk kelas memasak semata-mata untuk program ni.Kelas kau jahhh....oh tidak...kelas kau taaaaa

Tapi sementara menunggu tu, aku nak layan dulu Masterchef Celebrity Korea.Ramai jugak selebriti kegemaran aku yang join MC Korea ni.Shin Bonngsun, Fei (Miss A), Henry (Suju-M), Tony Ahn dan Hwayobi antara yang menyertai.Setakat ni dah tengok 2 episod.Best sangat2 terutamanya bila tgk gelagat persis anak dan ayah antara Henry dan Lee Gye In.Sambil tu boleh belajar resipi terbaru Korea.hehe


silalah ke SINI kalau nak tengok ya?

Saturday, March 16, 2013

PANTUN WARISAN

Masa zaman sekolah aku paling suka dengan puisi.Dari sajak, gurindam syair dan pantun, semuanya aku suka.Bertugas sebagai ajk kelab buku teks semasa di tingkatan 2 umpama peluang besar untuk aku bergelumang dengan buku2 terutamanya buku sastera.Masih ingat lagi cikgu pernah bagi buku2 teks lama tahun 1970an.Buku tulah jadi sumber rujukan utama aku dalam mendalami puisi.

Semasa di tingkatan 4 pula, secara tak sengaja aku wakil pasukan pantun sekolah.Semuanya bermula bila member sekelas semasa di tingkatan 1 datang jumpa aku dan minta aku join pasukan pantun sebab dia pernah tengok koleksi pantun aku semasa kami sekelas dulu.Tapi aku cuma suka baca pantun je, tak pernah pulak aku cipta pantun sendiri.Mula2 macam taknak, tapi melihatkan dia bersusah payah datang jumpa aku, aku cuba jugaklah.Semasa mula2 nak buat pantun memnag susah.Pembayang nak kena berkisar kepada alam semulajadi, baru dapat markah lebih.Maksud pulak kena ikut tema (dulu2 tema ict memang wajib.Teknologi baru nak berkembang katakan).Rima harus sama.Lepas tu kena buat secara spontan.Bayangkanlah macam mana otak berputar cari idea.Memang pening.

Dua tahun jugaklah aku jadi wakil sekolah.Masa form 4, sebagai simpanan je.Form 5 barulah betul2 naik pentas.Gemuruh takyah ceritalah.Menggigil satu badan.Walaupun pasukan kami tak pernah menang, tapi ia tetap beri pengalaman berharga pada aku.Sekarang, walaupun dah jarang aku berpantun tapi pantun2 lama yang aku baca masa zaman sekolah masih kekal dalam ingatan.Antaranya macam kat bawah nilah.Ini semua aku dapat dari buku teks lama yang cikgu bagi kat aku dulu kecuali pantun yang pertama tu aku dapat dari majalah Dewan Budaya. (dulu semua majalah dewan aku baca, Dewan Budaya, Bewan Pelajar, Dewan Masyarakat).Temanya pantun kasih sayang semua.Tak tahulah kenapa yang tu je ada.Mungkin orang dulu2 luahkan kasih sayang melalui pantun kot.

Benuang tua bertanduk dua
menajak bendang saban hari
manisnya dara anak siapa
sekali pandang berkenan di hati

Nyiur gading puncak mahligai
sayang ketupat berisi inti
hancur daging tulang berkecai
belum ku dapat belum berhenti

Dari mana hendak ke mana
dari Jepun ke bandar China
Wahai tuan kami bertanya
bunga yang kembang siapa punya

Dari Jepun ke bandar China
Singgah berlabuh di Singapura
Bunga yang kembang siapa punya
Kami teringin memetiknya

Cenderawasih burung di awan
anak menetas ibunya mati
bercerai kasih muda bangsawan
bagaikan putus rasanya hati

Monday, March 4, 2013

TIBA MASA, AKU SENDIRI

Alhamdulillah, akhirnya majlis pernikahan, persandingan dan bertandang adik bongsu aku Hazila telah berlangsung dengan lancar.Walaupun berlaku beberapa kesulitan tapi ianya tidakla mengganggu keseluruhan majlis.Dari apa yang yang aku perhatikan sebelum2 ni, memang akan ada berlaku kekalutan dalam majlis2 besar seperti majlis perkahwinan ni.Maklum, manusia tak sempurna, cuma bagaimana cara kita untuk menutup kekurangan agar ia tak terlihat di mata.

Jujur, menerima ahli baru dalam keluarga adalah suatu perkara yang sangat2 sukar untuk aku.Sama seperti aku sukar beradaptasi apabila kakak aku mula2 kawin dulu, macam ni juga perasaannya bila Ziela kahwin.Rasa itu makin memuncak apabila tiba hari untuk menghantarnya ke rumah keluarga suaminya.Terasa seperti ada yang mengambil dia dari aku.Terasa seperti hubungan kami takkan sama seperti dulu.Takkan ada lagi masa untuk dihabiskan bersama2.

Tapi itu namanya kehidupan.Yang kecil akan besar, yang muda akan tua yang bujang akan bekeluarga.Tiba masanya adik beradik yang sama2 berkongsi cerita dan habiskan masa bersama2 akan punya keluarga sendiri.Walaupun berat menerima, itu jodoh mereka.Siapa kita untuk menolak fitrah manusia.Harapan aku, agar aku bisa menjalani kehidupan ini seadanya.Sendiri ....

Nota Kaki: masa takkan kembali, hari ini adalah realiti.. :(