Hai saya Fiza.Kali ni bukan nak cite pasal lawak,eh tak.Ingatkan iklan Sen Heng tadi.Sebenarnya n3 kali ni aku nak cite pasal keobsesan aku ngan 2 perkara ni, tempoyak dan keju.Kontrakan?
TAPI......
Aku suka sangat dengan 2 benda ni.benda ke?bayangkan hidup tanpa tempoyak ngan keju.Pasti bosan....
Sukanya aku pada tempoyak melebihi sukanya aku pada budu.Kalu dalam seminggu tak pekena gulai tempoyak cam ada sesuatu yang tertinggal pulak.
Selalunya menu yang akan disediakan dengan menggunakan tempoyak ni, gulai dan sambal tumis udang@ikan bilis campur petai (jangan ngengada kata tak makan petai ya?bagus untuk sesapa yang ada darah tinggi.Juga dikatakan agen antipenuaan.yeke? Kalu dapat dua menu ni, takde lauk lain pun takpe.
RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
5 Ulas bawang merah
1 Ulas bawang putih (banyak sangat tak best)
segenggam cili padi (lagi banyak lagi kick)
1 inci kunyit
ikan bilis @ udang (agak agak sendiri)
petai (suka hati nak letak banyak mana)
sesenduk tempoyak
1. Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili padi dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis (jangan sampai garing)
3. Tumis bawang sampai wangi, pastu masukkan ikan bilis.
4.Masukkan tempoyak.Agak2 dah nak masak, masukkan petai.Siap...
RESIPI GULAI TEMPOYAK
1 inci kunyit
segenggam cili padi
sesenduk tempoyak
300 gm udang
sehelai daun pepijat (pe ntah nama standard dia, tapi bau daun tu cam pepijat) @ daun kunyit.lain tempat lain daun yg diguna)
1. Tumbuk kunyit dan cili padi
2. Masukkan tempoyak
3.Masukkan dalam periuk yg berisi udang dan daun pepijat.
4.Masukkan sedikit air dan didihkan atas dapur sampai masak.Senangkan?
Keju....sebut je pun dah terbayang rasanya lemak berkrim disukai ramai.Kalu masa sekolah2 dulu, telan air liur je tgk cheese cake kat kedai.Konon mahallah masa tu (sekarang pun mahal gak pe?).Nah kau, dah keje ni, aku usahakan cari resipi, wat sendiri.Puas hati.....
RESIPI MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Hmmm......Belum try lagilah eskrim blueberry cheesecake yg baru (walls ke nestle?lupa plak).Bila nak cuba ya?yum yum
alahai hafizah!! lama dah tak rasa tempoyak goreng campor petai awak tuuuuu....teringat kat bilik 402...
ReplyDeletebestkan waktu dulu2.kalau tak masuk u rasanya sampai bila2 pun saya tak pandai masak.Harapkan mak jehehe
Deletekerang masak kicap.nyum2 :)
hahahahaha...kerap masak kicap, masak dlm periuk!! hahahah mana la pegi periuk tu kan??
Deletetulah.banyak jasa periuk tukan?hehe
Delete