Friday, November 26, 2010

SUSURI SEJARAH CHENG HO

Jumaat lepas aku bersama ngan ma abah ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV.Di sana berlangsungnya Ekspo Cheng Ho anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.Kali ni taknak cite banyak sebab aku nak selitkan fakta-fakta berkaitan dengan ekspo ni.Penat plak menaip kalau panjang sangat mukadimahnya



FAKTA

  1. Diadakan dari 21 - 26 November 2010.na
  2. Disertai lebih dari 100 pedagang dari China
  3. Terdapat lebih 150 lot kedai yang disediakan
  4. Disertai oleh 9 buah negara termasuk Kazakstan, Uzbekistan, Turkistan, Taipei, Thailand.Bagi China sendiri wilayah yang terlibat terdiri dari 14 buah.
  5. Dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa iz Petra di Kelantan Trade Centre.
  6. Tengku Mahkota menerima senaskah Al Quran bersalut emas yang berusia 500 tahun dari China yang harganya mencecah 70 juta Dolar US sebagai simbolik perasmian.
  7. Sejumlah 1200 sukarelawan berpakaian hijau muda yang terdiri dari pelbagai kaum yang bertindak sebagai perantara kepada orang ramai dan pedagang dari China serta para diplomat.
  8. Mereka sebelum itu telah menghadiri beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh team komuniti Ekspo Cheng Ho yang berlangsung di Perdana Resort.
  9. Perkhidmatan bas shuttel untuk ke tapak ekspo juga disediakan secara percuma setiap setengah jam dari 9 pagi sehingga 9 malam kepada pengunjung.Pengunjung boleh menaiki bas dari Taman Bendahara, Kubang Kerian, Wakaf Che Yeh dan Tesco.

MENARIK TERTARIK

  1. Masakan etnik China Muslim seperti Nasi Pa au dan BBQ daging Urumuchi.
  2. Tang Ping Bazen - Teknik perubatan Islam Tradisi Cina yang telah diamalkan ribuan tahun.
  3. Al Quran bertatahkan emas berusia 500 tahun yang berasal dari China.Hanya terdapat 2 set di dunia dan harganya mencecah 70 juta dolar US.Naskah ini dijaga rapi selama 24 jam oleh sukarelawan sepanjang berlangsungnya ekspo.
  4. Al Quran terpanjang di dunia iaitu 209 meter dan 1.15 meter lebar.Dihasilkan secara tulisan tangan di atas tembaga bersalut emas yang bernilai 300 juta.Dipamerkan pertama kalinya kepada orang ramai di sini setelah ia disiapkan dalam masa 2 tahun dengan menggunakan kudrat 80 pekerja tempatan.
  5. Seni penulisan khat yang istimewa seperti penulis khat muda Badruddin dari Lanzhou.
  6. Rawatan Diabetes Universiti Perubatan Chengdu
  7. Rumah jimat tenaga dari Harbin, China.


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  1. Persembahan Akrobatik dan Shaolin Kung Fu Master oleh 11 orang ahli.
  2. Aksi berjalan di atas tali merentangi Stadium Sultan Muhammad ke IV oleh pakar akrobatik dari China, Adili Wuxor.Pernah mencipta 6 rekod dunia termasuk rekod pertama berjalan atas tali sejauh 1,500 meter di China.
  3. Persembahan gelung oleh Khairat Aziz dari Xin Jiang
  4. Tarian keceriaan selepas penat bekerja oleh 15 orang dari Zeng Xiang

Oklah, enjoy jelah ngan gambar2 yg sempat disnap.Takyah penerangan kot sebab gambar boleh ceritakan segalanya



























































































No comments:

Post a Comment