Dah puas bersenang lenang menjamu anak tekak dengan pelbagai jenis makanan masa ke KL minggu lepas, tiba masanya untuk kembali merehatkan mesin-mesin dalam perut dari terus keje lebih masa.
Semenjak melangkah ke usia 30 ni, tetiba je prihatin pasal makan.Kalau boleh setiap makanan yg masuk dlm tubuh ni harus dikira jumlah kalorinya.Masalahnya banyak juga yang terlepas masuk.Adesssssss
Untuk minggu ni, aku dah start makan oat ngan susu rendah lemak (sebelum puasa pun dah start makan oat sebenarnya tapi bila masuk je raya, terlupa plak nak sambung).
Oo ya, oat bagus untuk menurunkan jumlah kolestrol dalam darah disebabkan oleh kandungan serat larutnya yang bertindak menyerap kolestrol yang berlebihan sekaligus mengelakkan arteri dari tersumbat.Hasilnya jantung kita akan jadi lebih sihat. :)
Tapi untuk hasil yang lebih baik kita kena ambil sekurang-kurangnya 10 sudu besar sehari selama 30 hari.Laratke aku melalui 30 hari yang amat menyeksakan tu? 1 hari ,4 hari @ 7 hari?
Semoga aku berjaya melakukannya selama 30 hari dan hari-hari seterusnya.Chaiyyok2
k pija, bleh try buat bubur oat mcm bubur nasi.tambah ikan bilis goreng, carrot, kicap lada, kiub ayam sket, air panas.sedap jugak.dayah slalu buat sbb kalau minum dgn susu or milo rase muak je.hehe.byk plak mengomen arini.
ReplyDelete