Wednesday, December 29, 2010

OLE OLE OLE.......





Malaysia

vs



Indonesia



Menang akhirnya.Alhamdulillah berbekalkan 3-0 pada perlawanan peringkat pertama di Stadium Bukit Jalil dan ditambah pula dengan 1 gol hasil jaringan Safee Sali di Stadium Bung Karno, Piala AFF Suzuki (dulunya Piala Tiger) akhirnya berada dalam dakapan Malaysia.Percayalah, ketika ini walau siapa pun anda, peminat @ sekadar pemerhati pasti akan gembira dengan kemenangan ini.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah apabila menjadi naib juara pada tahun 1996 iaitu pada edisi sulung Piala AFF@Tiger.Ternyata penantian selama 14 tahun akhirnya berjaya dijelmakan oleh anak-anak buah K Rajagopal pada malam ni.

Walaupun pada separuh masa kedua, Malaysia bolos 2 gol, namun pujian harus diberikan kepada Khairul Fahmi kerana berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang, tenang dan matang.

Juga tahniah kepada Safee Sali kerana menghadiahkan gol yang amat amat membantu dalam mencapai kemenangan kali ini.Dengan 5 gol sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,sudah pasti membolehkan Safee memperoleh anugerah penjaring gol terbanyak meninggalkan pesaing terdekat Christian Gonzales (Indonesia), 3 gol.

Tahniah buat semua skuad Malaysia, jurulatih, pegawai-pegawai dan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan kami, ini adalah permulaan yang baik dalam usaha mengembalikan kegemilangan Malaysia sebagai salah satu pasukan gergasi Asia yang pernah digeruni satu masa dulu.


* buat penyokong-penyokong, semaikan semangat kesukanan yang jitu dalam diri anda.Tak salah menyokong pasukan masing-masing tapi jangan sampai merendah-rendahkan orang lain.Jangan kerana sukan, korang bertelagah, mencaci, mencerca sesama sendiri.Takde faedah ok?

Saturday, December 18, 2010

MAIN MASAK MASAK




Pada petang sabtu yang ceria (metafora beb) beberapa minggu lepas, terasa boring semacam.Nak tengok tv takde yang best.Tapi tetap tak putus asa nih.Dalam dok tekan2 chanel kot ada cite yang sangkut ngan jiwa, tertekanlah (ter....la plak)chanel RTM 2.Ada cite masak2.Lain dari yang biasa nih.Tengok jap.

Sekali bukan sekejap, tapi sejam terpaku depan tv.Pastu melarat2 pulak sehingga Sabtu2 yang lain.Rancangan yang telah berjaya memfreezekan aku supaya tercongok selama sejam di depan tv ni ialah.....Beautiful Cooking terbitan TVB, Hong Kong yang dikelolakan oleh 3 lelaki pujaan malaya...oh tak, pujaan seluruh dunia (besar tu),Ronald Cheng, Alex Fong dan Edmond Leung

Sebenarnya aku memang selalu tengok gameshow TVB ni.Selain best, lucu dan menghiburkan ia banyak libatkan selebriti2 popular Hong Kong.Cuma lainnya BC ni,undangannya adalah 3 orang selebriti perempuan yang dijemput setiap minggu untuk berentap bagi menunjukkan kemahiran memasak.Perempuan, setinggi manapun kerjaya kena masuk dapur jugakkan?Jadi bolehlah tengok setakat mana pandainya selebriti kesayangan menghayun senduk dan sudip ke dalam kuali.

Untuk pengetahuan, rancangan ni terbahagi kepada beberapa segmen.Kita cite segmen yang melibatkan selebriti undangan je.

SEGMEN 1

Master chef akan memasak satu jenis resipi dan peserta dikehendaki meneka bahan apa yang digunakan dan kemudian cuba memasak resipi tersebut.

SEGMEN 2

Peserta dikehendaki meneka apakah bahan utama masakan yang akan mereka masakkan (selalunya seafood)dengan cara memegang bahan tersebut dengan mata yang tertutup.Mereka kemudiannya dikehendaki menyiang, membersihkan dan memasak mengikut citarasa masing masing.


pelakon kesukaan i lah, Charmaine Sheh


Untuk penilaian, hasil masakan mereka akan dicuba dan diberi markah oleh beberapa orang juri yang terdiri dari selebriti lelaki dan seorang chef.Tetamu yang bertuah juga turut diberi kesempatan merasa masakan selebriti kesayangan mereka.Dan pemenangnya akan diumumkan dipenghujung rancangan.


Apa macam, menarikkan?belum tau apa aktiviti petang Sabtu anda, rajin-rajinlah singgah ke RTM 2 untuk menonton rancangan ni, ok?






Monday, December 13, 2010

TERBANG BERSAMA DANIA





Dania

musim baru, pelakon baru

uniform pun baru


Belum terlambat lagi kot nak cerita pasal Awan Dania 3 yang dah masuk episod ke 4 di saluran Astro Ria.Sejak dari musim pertama lagi memang aku tak pernah miss tengok cite ni.Sebabnya

1. Cerita ini mengingatkan aku pada cerita Jepun kesukaan aku masa kecik kecik dulu, Chiaki.

2. Inilah satu satunya (aku rasalah) drama produksi tempatan yang memaparkan kisah di sebalik kerjaya glamor yang kedua selepas artis.

3. Satu perkara lagi yang buatkan aku melekat dengan siri ini adalah disebabkan oleh karakter yang dibawakan oleh watak Dania yang agak kontra dengan persepsi umum masyarakat yang seorang flight attendance tu harus sentiasa control cantik, anggun,sopan dan lemah lembut.

4. Malas nak memberat kepala otak dengan cerita-cerita yang serius dan tak berapa nak logik.

5. Lagu tema dia best.huhu

Jadi kepada sesiapa yang nakkan hiburan yang santai dan relaks sambil bergelak ketawa, dipersilakan tengok cerita ini.Sekian, terima kasih.

Saturday, December 4, 2010

ANDAI ITU TAKDIR BUATKU




Hari buat kali ke 8. aku kecewa lagi.Kecewa kerana gagal dalam panggilan temuduga KPLI.Dan sebenarnya, bukan hanya KPLI, malah hampir semua permohonan aku selain KPLI menerima nasib yang sama.

Aku sendiri tak tahu di mana sebenarnya silap aku.Aku dah cuba yang terbaik tapi hasilnya tetap sama.

Kenapa????? soalan yang sentiasa ada dalam kepala otak aku

  • kenapa aku tak sebertuah orang lain.Bodoh sangatkah aku?
  • kenapa aku mesti masuk universiti jika akhirnya aku hanya akan jadi kerani di sebuah kilang kecil?
  • kenapa aku tak pernah dipanggil temuduga walaupun hanya untuk jawatan pembantu sedangkan keputusan aku tak seburuk manapun?
  • kenapa aku tak pernah mendapat peluang seperti yang orang lain dapat
kenapa.......kenapa......kenapa????????

Tapi aku sedar?

tak guna aku keluhkan semua ni

tak guna aku ajukan semua persoalan ini

kerana......................itu hanya akan membuka amalan syaitan yang tidak akan pernah putus asa untuk menyesatkan manusia yang alpa.Aku tak boleh alpa..apa yang terjadi ada sebab musababnya..

kerana Allah lebih tahu apa yang dia telah susunkan untuk aku.


menangis??????


tak akan lagi


takkan ada lagi airmata yang tumpah


tak akan ada lagi sendu yang tertahan


tak akan ada lagi esak dalam diam


kerana aku telah redha dengan apa yang terjadi untukku


yang penting.........................


aku ada ibubapa yang sangat mengerti aku
memahami aku
ada di saaat aku perlukan sangga untuk bertongkat
itu adalah perkara yang paling penting untukku......................


Ya Allah, kuatkanlah aku dalam menghadapi setiap apa saja yang mendatang.Amin



oh ya Fiza, ingat.....Allah sentiasa ada bersama kita dalam susah ataupun senang. Ingat tu, dan kau akan tenang.....



++++ esok cite korea, nanti mesti kau akan senyum balik.......:))))))))

Friday, November 26, 2010

SUSURI SEJARAH CHENG HO

Jumaat lepas aku bersama ngan ma abah ke Stadium Sultan Muhammad Ke IV.Di sana berlangsungnya Ekspo Cheng Ho anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.Kali ni taknak cite banyak sebab aku nak selitkan fakta-fakta berkaitan dengan ekspo ni.Penat plak menaip kalau panjang sangat mukadimahnya



FAKTA

  1. Diadakan dari 21 - 26 November 2010.na
  2. Disertai lebih dari 100 pedagang dari China
  3. Terdapat lebih 150 lot kedai yang disediakan
  4. Disertai oleh 9 buah negara termasuk Kazakstan, Uzbekistan, Turkistan, Taipei, Thailand.Bagi China sendiri wilayah yang terlibat terdiri dari 14 buah.
  5. Dirasmikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa iz Petra di Kelantan Trade Centre.
  6. Tengku Mahkota menerima senaskah Al Quran bersalut emas yang berusia 500 tahun dari China yang harganya mencecah 70 juta Dolar US sebagai simbolik perasmian.
  7. Sejumlah 1200 sukarelawan berpakaian hijau muda yang terdiri dari pelbagai kaum yang bertindak sebagai perantara kepada orang ramai dan pedagang dari China serta para diplomat.
  8. Mereka sebelum itu telah menghadiri beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh team komuniti Ekspo Cheng Ho yang berlangsung di Perdana Resort.
  9. Perkhidmatan bas shuttel untuk ke tapak ekspo juga disediakan secara percuma setiap setengah jam dari 9 pagi sehingga 9 malam kepada pengunjung.Pengunjung boleh menaiki bas dari Taman Bendahara, Kubang Kerian, Wakaf Che Yeh dan Tesco.

MENARIK TERTARIK

  1. Masakan etnik China Muslim seperti Nasi Pa au dan BBQ daging Urumuchi.
  2. Tang Ping Bazen - Teknik perubatan Islam Tradisi Cina yang telah diamalkan ribuan tahun.
  3. Al Quran bertatahkan emas berusia 500 tahun yang berasal dari China.Hanya terdapat 2 set di dunia dan harganya mencecah 70 juta dolar US.Naskah ini dijaga rapi selama 24 jam oleh sukarelawan sepanjang berlangsungnya ekspo.
  4. Al Quran terpanjang di dunia iaitu 209 meter dan 1.15 meter lebar.Dihasilkan secara tulisan tangan di atas tembaga bersalut emas yang bernilai 300 juta.Dipamerkan pertama kalinya kepada orang ramai di sini setelah ia disiapkan dalam masa 2 tahun dengan menggunakan kudrat 80 pekerja tempatan.
  5. Seni penulisan khat yang istimewa seperti penulis khat muda Badruddin dari Lanzhou.
  6. Rawatan Diabetes Universiti Perubatan Chengdu
  7. Rumah jimat tenaga dari Harbin, China.


KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  1. Persembahan Akrobatik dan Shaolin Kung Fu Master oleh 11 orang ahli.
  2. Aksi berjalan di atas tali merentangi Stadium Sultan Muhammad ke IV oleh pakar akrobatik dari China, Adili Wuxor.Pernah mencipta 6 rekod dunia termasuk rekod pertama berjalan atas tali sejauh 1,500 meter di China.
  3. Persembahan gelung oleh Khairat Aziz dari Xin Jiang
  4. Tarian keceriaan selepas penat bekerja oleh 15 orang dari Zeng Xiang

Oklah, enjoy jelah ngan gambar2 yg sempat disnap.Takyah penerangan kot sebab gambar boleh ceritakan segalanya



























































































Tuesday, November 23, 2010

TEMPOYAK OH KEJU

Hai saya Fiza.Kali ni bukan nak cite pasal lawak,eh tak.Ingatkan iklan Sen Heng tadi.Sebenarnya n3 kali ni aku nak cite pasal keobsesan aku ngan 2 perkara ni, tempoyak dan keju.Kontrakan?


TAPI......

Aku suka sangat dengan 2 benda ni.benda ke?bayangkan hidup tanpa tempoyak ngan keju.Pasti bosan....

Sukanya aku pada tempoyak melebihi sukanya aku pada budu.Kalu dalam seminggu tak pekena gulai tempoyak cam ada sesuatu yang tertinggal pulak.

Selalunya menu yang akan disediakan dengan menggunakan tempoyak ni, gulai dan sambal tumis udang@ikan bilis campur petai (jangan ngengada kata tak makan petai ya?bagus untuk sesapa yang ada darah tinggi.Juga dikatakan agen antipenuaan.yeke? Kalu dapat dua menu ni, takde lauk lain pun takpe.


sambal tempoyak ikan bilis.fuhhhhh


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

5 Ulas bawang merah
1 Ulas bawang putih (banyak sangat tak best)
segenggam cili padi (lagi banyak lagi kick)
1 inci kunyit
ikan bilis @ udang (agak agak sendiri)
petai (suka hati nak letak banyak mana)
sesenduk tempoyak


1. Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili padi dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis (jangan sampai garing)
3. Tumis bawang sampai wangi, pastu masukkan ikan bilis.
4.Masukkan tempoyak.Agak2 dah nak masak, masukkan petai.Siap...


gulai tempoyak udang + keladi


RESIPI GULAI TEMPOYAK

1 inci kunyit
segenggam cili padi
sesenduk tempoyak
300 gm udang
sehelai daun pepijat (pe ntah nama standard dia, tapi bau daun tu cam pepijat) @ daun kunyit.lain tempat lain daun yg diguna)


nilah rupanya daun pepijat.Macam daun kunyit, tapi aromanya lain


1. Tumbuk kunyit dan cili padi
2. Masukkan tempoyak
3.Masukkan dalam periuk yg berisi udang dan daun pepijat.
4.Masukkan sedikit air dan didihkan atas dapur sampai masak.Senangkan?


Keju....sebut je pun dah terbayang rasanya lemak berkrim disukai ramai.Kalu masa sekolah2 dulu, telan air liur je tgk cheese cake kat kedai.Konon mahallah masa tu (sekarang pun mahal gak pe?).Nah kau, dah keje ni, aku usahakan cari resipi, wat sendiri.Puas hati.....


marble cheese brownies


RESIPI MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


oreo cheese stick, yang paling latest aku belajar.mana plak dah resipinya ni? nanti2 lah aku letak


Hmmm......Belum try lagilah eskrim blueberry cheesecake yg baru (walls ke nestle?lupa plak).Bila nak cuba ya?yum yum

Tuesday, November 16, 2010

CAHAYA ! CAHAYA!



INI TIDAK ADILLLL.wah tetiba.Bukan apa ter'emo' pulak bila tengok cerita Cahaya.Asal-asalnya suka tengok watak si Talitha ngan Raka.Comel sangat.Juga suka ngan Nyonya Elga, Nenek Mariska ngan Darwin.Ehhhh......terus terjebak sampai sekarang walaupun dah tahu camne endingnya nanti.

Apa yang buat aku tak puas hati? meh nak cite skit.

Camni, dalam cite ni aku tak puas hati dengan si Cahaya tu.Dulu masa Talitha dengan Raka bukan main lagi setengah mati gilakan si Raka.Dapat pulak tu.Sian Talitha.Sekali bila Raka kononnya meninggal,tetiba je tersuka dekat Satria pulak.Sepatutnya kalu dah sebegitu sekalinya suka kat Raka, sepatutnya terimala Raka tu balik bila tahu Raka idup lagi.Ni tak, sibuk nak mengendeng ngan Satria.

Pastu, dia cam dah boleh baca yang Talitha tu suka kat Satria, masih juga nak bagi peluang kat Satria.Sepatutnya usahakanlah biar Satria tu jadi dengan Talitha.Nak Raka dapat Raka, Nak Satria dapat Satria.Talitha dapat abuk je.Memang tak patut.

Yang aku teremosi ni kenapa?hihi.Saja....terlarut dalam situasi.Tapi kalau akula suka kat sorang tu, yang tu jela.Takyahla nak pandang2 orang lain lagi.Eh.....teroverla pulak.


Raka yang best

geramnya aku.....

suka Satria ngan Talitha


apa nak jadi ngan aku ni.cite korea layan, cite indo pun layan.Pastu mulala mengomel sengsorang.Adesss..................parah.

Wednesday, November 10, 2010

OH NOOOOOOOOOOOO

Semalam, ntah apa ke mimpinya aku tetiba nak tukar angin minum dalam mug baru.Bukan baru sangat tapi mug pemberian kawan baik aku Ain masa aku form 6. Dah lama mug tu jadi perhiasan kat rumah.Sayang nak guna.

ni ain (paling kiri )


Alih alih aku terfikir, kalau aku guna mug tu pun ok gak.Sambil minum boleh ingat kat Ain (kat manalah kau sekarang ni ya?)

Semalam, sempat isi air sejuk dalam tu.Hari ni plak, terasa cam nak minum kopi.Sekali bila aku isi air panas, "prakkk", pecah.Adus sayangnya.Mug tu makan diri kot.Almaklum sebelum ni diabaikan, sekarang baru nak guna.Sori ya Ain.

sian mug aku

retak menanti belah


Apapun nasib baik rupanya masih ada.Nampak gaya, kena pindah balik ke almari perhiasanle jawabnya.Isk