Monday, November 8, 2010

CABARAN 30 HARI

Dah puas bersenang lenang menjamu anak tekak dengan pelbagai jenis makanan masa ke KL minggu lepas, tiba masanya untuk kembali merehatkan mesin-mesin dalam perut dari terus keje lebih masa.

Semenjak melangkah ke usia 30 ni, tetiba je prihatin pasal makan.Kalau boleh setiap makanan yg masuk dlm tubuh ni harus dikira jumlah kalorinya.Masalahnya banyak juga yang terlepas masuk.Adesssssss

Untuk minggu ni, aku dah start makan oat ngan susu rendah lemak (sebelum puasa pun dah start makan oat sebenarnya tapi bila masuk je raya, terlupa plak nak sambung).

Oo ya, oat bagus untuk menurunkan jumlah kolestrol dalam darah disebabkan oleh kandungan serat larutnya yang bertindak menyerap kolestrol yang berlebihan sekaligus mengelakkan arteri dari tersumbat.Hasilnya jantung kita akan jadi lebih sihat. :)

Tapi untuk hasil yang lebih baik kita kena ambil sekurang-kurangnya 10 sudu besar sehari selama 30 hari.Laratke aku melalui 30 hari yang amat menyeksakan tu? 1 hari ,4 hari @ 7 hari?

Semoga aku berjaya melakukannya selama 30 hari dan hari-hari seterusnya.Chaiyyok2


ni baru 5 sudu besar


berjaya habiskan.lagi 5 sudu besar menanti malam kang.Uhuk

Thursday, November 4, 2010

CATATAN PERJALANAN KELANTAN-BANGI

Kul 8 pagi gerak dari rumah.Singgah kampung jap, pastu teruskan perjalanan.Kami tiba di Gua Musang dekat kul 12.Suasana pilihanraya di sini cam biasa je.Takde yang bombastik sangat.Oleh sebab tak sempat nak sarap masa keluar tadi, kami singgah makan tengahari kat Merapoh.Murah n yummy

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Bangi jam 5 petang.Ambik Afiz kat GMI terus ke Bangi Lanai untuk check in.Kata orang hotel ni selalu jadi pilihan jika ada konvokesyen atau menghadiri kursus kat Putrajaya.Sebabnya, murah dan agak selesa.Tapi kalau nakkan layanan 5 bintang, silalah ke hotel yang lebih mahal dan eksklusif ok?

Sampai bilik, solat dulu.Kami wat solat jamak tak'hir (betul ke eja ni?).Almaklumlah musafir.Lagi pula aku pernah terbaca bahawa solat jamak adalah hadiah @ sadaqah dari Allah kepada umatnya yang sedang dalam perjalanan.Jadi sewajarnya kita terima dengan hati yang terbuka.Jadi ustazah jap.Hehe

Pas solat maghrib (pun jamak gak), kami keluar untuk isi perut lagi.Kali ni kami ke restoran anak kawan abah kat Bandar Baru Bangi.Pekena nasi kukus ngan tomyam sedas dua, pastu singgah econsave jap beli songkok, then pegi downtown tuk mencuci mata.Balik rumah terus keboommm.

30 OCTOBER 2010

Bangun awal sebab nak gi konvo Afiz.Hujanlah pulak.Sambung tidur pun best ni.Pagi ni sarapan kat bilik je.Abah belikan nasi lemak dan teh panas.Nak tau? aku bukanlah peminat nasi lemak tapi bila aku cuba nasi lemak ni, terasa best pulak.Sebabnya nasi lemaknya pedas kaw kaw.Aku paling gemar yang pedas-pedas.Barulah naik selera ni.Hihi.

Gerak ke GMI jam 8 pagi.Sampai sana, daftar kehadiran dan masuk ke dalam dewan.Abah suruh aku ngan ma masuk sebab dia takleh duk lelama.Aku pun samalah.erk!!!!!

Kepala dah pusing pikirkan camne nak habiskan masa 4 jam dalam dewan ni.Dahlah turn Hafiz hujung-hujung.Masuk jam kedua, masa aku keluar nak ke 'ladies'.terjumpa Zila dan Yan kat luar.Dah situ je tempatnya memang arr jumpa.Ngok ngek sungguh.Apa lagi...... tukar tempatla.Aku pulak tunggu luar.Yan pun nak masuk sekali.Nasib bek otak cepat berfikir.Kad jemputan ada ngan aku, jadi aku suh Yan tunjukkan kad tu je.Seb bek dapat masuk.Skang tinggal aku je kat luar tunggu Amar.Abah rupa-rupanya dah masuk dewan jugak.

ngan ma abah

ini aku

ngan Yan n Amar

Zila n Afiz



Pas sesi graduasi, sesi klik klik plak.Mengabadikan saat-saat terindahla pulakkan? Masa ni jumpa Fara n family.Ambik gambar sekeping dua (boleh tak? bawak kamera tapi bateri low.baik takyah bawak), bersembang sepatah dua, pastu terus g makan tengahari.Yeyyyyy, makan lagi.

Pas makan. balik hotel kemas baju Hafiz, then anta dia balik rumah kat Puchong.Malam ni nak tgk final, Kijang vs Rusa (Hafiz je g stadium, kitorang stadium depan tv je.Malas nak bersesak-sesak.Lagipun susah bawak budak kecik ni.Abah yang awal2 lagi janji nak g tengok ngan kawan2 dia terpaksa batalkan sebab kesian kat kitorang .sweetkan?

Masa dalam perjalanan ke Puchong, berpuluh-puluh kenderaan penyokong Negeri Sembilan kat Plaza Tol Sungai Besi.Penyokong Kelantan pun ada gak tapi tak ramai.Mungkin sebab bukan laluan utama penyokong Red Warriors (tak tahu sangat jalan KL)

Paling menarik perhatian, bila 2 orang penyokong N9 turun dari kenderaan dan bergerak ke tol sambil mengibar-ngibarkan bendera Negeri Sembilan.Bila sampai ke kereta penyokong Kelantan, segera tangan dihulur.Sama-sama mengucapkan selamat berjaya untuk kedua-dua pasukan kot.Barula semangat kesukanan namanya.

Pas maghrib, kuar g pasar malam.Memang perkara wajib bila datang Bangi.Bukannya apa, terbayang-bayang charkuetiau, bihun sup utara, cucur udang dan penderam yang memanglah tersangat2 bestnya.Tapi sayang, kali ni suma tu tak dapat dinikmati.Charkuetiau terlalu ramai yg menanti (sedangkan kami kejar masa nak tgk bola), bihun sup habis, cucur udang tutup sebab tuan dia g tgk bola.Yang ada hanya penderam.RM10 penderam habis dlm masa 2 hari je.Sebabnya dia wat kurang manis, tak sedar tinggal plastik je.

separuh perjalanan


hampir licin


Sampai kat bilik, baru je buka pintu, N9 dah berjaya sumbat 1 gol.Memang frust sangat.Cam dah takde mood nak tgk.Tapi bila masuk je gol pertama dari Hairudin, semangat tu datang balik.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Kelantan membawa pulang Piala Malaysia ke Taman Serendah Sekebun Bunga.Tahniah tahniah.Tidur pun lena malam ni.ZZZZZZZZZZZZZZZ

31 OCTOBER 2010

Pas sarapan nasi lemak (tetiba jadi peminat), terus gerak ke KL plak.Kali ni menginap kat salah satu hotel bajet kat Chow Kit.Senang nak makan2.wuhu.Tapi sebelum tu gi Sogo jap beli baju Widad yang Su Mah kirim.Nak beli roti pun cam kenyang lagi.Afiz pun ada kol janji nak jumpa kat sini.Elok sangatle.

Sampai Kl dah tengahari, pas check in, segera berlabuh kat restoran berhampiran untuk makan lagi.Patutlah aku dah gemuk sejak dtg sini.

Pas makan, sembahyang Zuhur dan ke Times Square ronda-ronda.Punyala susah nak cari parking.No wonderlah aku penah terbaca dalam paper bagaimana serba saelahnya sorang teman ni bila family datang dari kampung.Nak bawak jalan nek tren takut dikatakan berkira, nak bawak keta, parking punya susah.Last2 parking tak dapat keta plak hilang.sian nau.

Kami cuma jalan2 cuci mata je.Nak belanja pun gaji tak dapat g (kantoi poket kempis).Beli buah tangan untuk nenek n makcik, pastu terus balik.Jalan jem giler masa ni.

Pas maghrib, Yan cadangkan makan KFC je.Konon taknak bawak keta, jalan kaki ke KFC yg terdekat.Dekat setengah jam tak sampai2 lagi.Maklum tetiba blur mana KFC paling dekat.Takpela, bakar skit lemak2 yang dah lama tersadai dalam badan.Last sekali makan kat Maju Juntion Mall je.Orang pun tak ramai.Nape yek?

Pas makan, Apiz terus balik umah.Lagipun esok dia kena ke Sri Pentas tuk Twisties Bingit.Kami plak menapak balik ke hotel secara santai dan perut yang masih boleh diisi.Haha

Sampai kat gerai sup ekor, cam tak best plak kalu tak beli.Apa lagi, RM20 pun melayang2 ke tangan aney tu.Tukarannya, sebungkus sup ekor dan organ2 lainnya yang begitu pekat, likat dan menggoda.Nasib baik makan KFC tadi dapat pinggan free.Tinggal lagi nak beli sudu je.

nak sup apa?suma ada

sabar menanti

amboi aney, khuyuk nampak?

Sampai bilik, menyantaplah sup yang memang wajib dibeli jika mai Kl ni.Memang terharu dek kesedapannya itu.Lengkap sudah kembara kami ke Kl. dengan terbelinya sup ini.Wihuuuuu.


sup yang super duper best


Sebelum tidur sempat lagi layan drama pun pun lakonan Remy Ishak dan Fahrin Ahmad.pe punya kawanlah FA ni.

Perut dah kenyang, mata pun dah berat.Apa lagi..............


1 NOVEMBER 2010

Pagi ni dah nak balik.Semalam Kak Dah telefon bagitau rumah banjir.Bukannya sebab hujan lebat tapi sebab ada wat renovation skit.Tu yang air masuk sampai dalam umah.Kalau tak, boleh jalan2 lagi.

Kitorang singgah makan tengahari kat tempat yang sama kami singgah masa nak g Kl.Nampak gayanya lain kali ada harapan singgah lagi kalau nak gi KL.

kedai yang akan ditanda

segala mak nenek akar kayu ada


madu lebah pun ada


besarnya tongkat pakcik ali ni


nak try air akar kayu pun boleh

Kat Gua Musang, nampak cam ada sambutan sesuatu je.Kami dah dapat agak mesti nak sambut rombongan skuad Kelantan yang baru menang Piala Malaysia dan sangkaan kami 110% tepat.Haha.Ingatkan balik ngan flight.Kalau tak nak gak join.

Kat Renok Baru, kami singgah sembahyang zuhur umah Toksu Yah.Lagi pula dengar khabar Poksu Ghani kurang sihat.Boleh jenguk kejap.

Kami sampai rumah dekat kul 7 malam.Tupun lari dari jalan yang biasa kami lalu sebab memang confirm jalan jem giler.Sumanya gara-gara Piala Malaysia.

P/S : kat lepang jenut sempat beli lemang tuk jiran-jiran.Sekali terkena lemang mentah.nasib baik jauh.Kalau tak dah lama aku hantuk kepala penjual tu ngan lemang.















Sunday, October 17, 2010

Tak Sabar.............

Hari ni, berlari (lari?) ke hyper jap.Nak beli bahan2 tuk kek harijadi Amar.Ikut plan asal nak wat kek ladybird tapi pewarna itam/coklat takde plak.jadi tukar plan wat kek big bird.Jadi ke tak tunggu je esok.tak sabarnya.........

p/s :hari ni siapkan krim dulu.

Thursday, October 7, 2010

DARI BLOG KE BLOG

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....: "Emel ini saya terima dari sepupu saya nor diyana hamzah...2 kanak-kanak, abang (4 tahun) dan adik perempuannya (1 tahun plus) dibunuh dengan..."

Thursday, September 30, 2010

BERTEMU SESUDAH HILANG (selepas 20 tahun)

Orang kata bertemu dan hilang tu biasa, tapi bertemu sesudah hilang tu satu keberuntungan.Hari ni aku betul merasai camne rasanya bertemu sesudah hilang.

Masa kecil aku di Terengganu, aku melalui zaman kanak2 yg best sangat.Kawan-kawan pun sempoi.Tapi masa aku darjah 4,abah ditukarkan ke Kelantan.Start dari situlah aku kehilangan kawan2 baikku, along, angah, along, angah dan lain lain(2 along, 2 angah).

Bila dah meningkat dewasa,kenangan masa kecil datang balik.Perasaan nak cari kawan lama berkobar-kobar.Tapi camne?Dahlah polis selalu berpindah randah.Entah masih ada kat sana @ tak?

Lama mencari sehinggalah aku buka akaun facebook.Memang target nak cari balik kawan-kawan lama.Tapi ianya tak semudah yang aku sangka.Maklumlah bukan semua ada FB.Kalau ada pun mungkin letak nama samaran.Aku pulak cuma ingat nama diorang je, bin @ binti tak ingat.Lagilah susah.

Semalam, aku ke KT lagi.Sampai kat Gong Badak, lalu kat kem, teringat balik kawan lama.Sampai rumah, masa makan malam, abah pulak bagitau yg dia jumpa kawan dia masa sekolah dulu melalui FB.Hmmmm, mungkin aku patut cuba lagi.Kemudian aku cuba tanya ma nama ayah kawan aku tu (sebelum ni tak terfikir nak tanya).Jumpa tapi tak cam rupa dia.Maklumlah dah dewasa.

Dan hari ni aku dapat khabar gembira, aku jumpa balik kawan baik aku dulu.Dia kata dia pun pernah cari aku n family.Hepi sangat.2o tahun untuk jumpa balik.Semuanya gara-gara FB.Walaupun hanya dia je yang aku jumpa,harap2 ini permulaan yang baik untuk jumpa kembali teman2 yang lain.Insyaallah.Cayyok2

P/S : nama kawan aku tu Wan Noraini@Along. :)








Saturday, September 25, 2010

Hmmmmmm, lama betul tak jenguk blog.Maklumlah musim2 raya ni.Nak cite pasal raya pun cam dah tak hangat.

Ni nak cite pasal anak buah satu-satunya.Masa raya kedua, Zila cakap terasa cam nak makan KFC.Amar pun apa lagi selagi tak pergi selagi tulah disebut-sebutnya.Memandangkan aku dah start puasa malaslah nak melayan kerenahnya.Tapi bila dah hari hari dia ajak, kesian pulak.

Akhirnya pada hari Rabu lepas aku bawaklah pergi ke KFC airport.Kemain suka lagi.Maklumlah, bukan saja dapat makan KFC, dapat pulak tengok kapal terbang.

Dah dapat apa yg dia nak,senyumlah memanjang.Mulalah "cik sayang ngah".hihi.



KFC tungguuuuuuuuuuu

memandang dari kejauhan

fuyyoooo


stail pe ni?kapal terbang kot


Monday, September 6, 2010

RAMAINYA....................

Jumaat 2 minggu sudah, teman ma gi Pantai Timur Hypermarket.Biasalah sejak adanya Pantai Timur ni dah jarangle kuar KB.Tujuan utama ialah nak beli barang-barang dapur.Persiapan raya cam tak peduli dah sebab tahun ni harapan untuk dapat bonus cam semakin samar.Lagi 3 hari nak raya nipun masih tak dengar khabar berita.

Kengkononnya pegi awal nak elak ramai orang.Sekali sampai sana dah berduyun manusia.Semuanya sibuk nak beli belah untuk raya.Aku apa lagi,snap le mana yang nampak menarik walau hakikatnya dengan hanya menggunakan handset cikai.Dan inilah hasilnya.Selamat Hari Raya semua.......


suasana menjelang raya




Lautan manusia.Statement overlah pulak



Kira jadilah beli kasut ni ya?


mak aiiii.Sikit punya panjang barisan...