Sunday, October 17, 2010

Tak Sabar.............

Hari ni, berlari (lari?) ke hyper jap.Nak beli bahan2 tuk kek harijadi Amar.Ikut plan asal nak wat kek ladybird tapi pewarna itam/coklat takde plak.jadi tukar plan wat kek big bird.Jadi ke tak tunggu je esok.tak sabarnya.........

p/s :hari ni siapkan krim dulu.

Thursday, October 7, 2010

DARI BLOG KE BLOG

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....: "Emel ini saya terima dari sepupu saya nor diyana hamzah...2 kanak-kanak, abang (4 tahun) dan adik perempuannya (1 tahun plus) dibunuh dengan..."

Thursday, September 30, 2010

BERTEMU SESUDAH HILANG (selepas 20 tahun)

Orang kata bertemu dan hilang tu biasa, tapi bertemu sesudah hilang tu satu keberuntungan.Hari ni aku betul merasai camne rasanya bertemu sesudah hilang.

Masa kecil aku di Terengganu, aku melalui zaman kanak2 yg best sangat.Kawan-kawan pun sempoi.Tapi masa aku darjah 4,abah ditukarkan ke Kelantan.Start dari situlah aku kehilangan kawan2 baikku, along, angah, along, angah dan lain lain(2 along, 2 angah).

Bila dah meningkat dewasa,kenangan masa kecil datang balik.Perasaan nak cari kawan lama berkobar-kobar.Tapi camne?Dahlah polis selalu berpindah randah.Entah masih ada kat sana @ tak?

Lama mencari sehinggalah aku buka akaun facebook.Memang target nak cari balik kawan-kawan lama.Tapi ianya tak semudah yang aku sangka.Maklumlah bukan semua ada FB.Kalau ada pun mungkin letak nama samaran.Aku pulak cuma ingat nama diorang je, bin @ binti tak ingat.Lagilah susah.

Semalam, aku ke KT lagi.Sampai kat Gong Badak, lalu kat kem, teringat balik kawan lama.Sampai rumah, masa makan malam, abah pulak bagitau yg dia jumpa kawan dia masa sekolah dulu melalui FB.Hmmmm, mungkin aku patut cuba lagi.Kemudian aku cuba tanya ma nama ayah kawan aku tu (sebelum ni tak terfikir nak tanya).Jumpa tapi tak cam rupa dia.Maklumlah dah dewasa.

Dan hari ni aku dapat khabar gembira, aku jumpa balik kawan baik aku dulu.Dia kata dia pun pernah cari aku n family.Hepi sangat.2o tahun untuk jumpa balik.Semuanya gara-gara FB.Walaupun hanya dia je yang aku jumpa,harap2 ini permulaan yang baik untuk jumpa kembali teman2 yang lain.Insyaallah.Cayyok2

P/S : nama kawan aku tu Wan Noraini@Along. :)








Saturday, September 25, 2010

Hmmmmmm, lama betul tak jenguk blog.Maklumlah musim2 raya ni.Nak cite pasal raya pun cam dah tak hangat.

Ni nak cite pasal anak buah satu-satunya.Masa raya kedua, Zila cakap terasa cam nak makan KFC.Amar pun apa lagi selagi tak pergi selagi tulah disebut-sebutnya.Memandangkan aku dah start puasa malaslah nak melayan kerenahnya.Tapi bila dah hari hari dia ajak, kesian pulak.

Akhirnya pada hari Rabu lepas aku bawaklah pergi ke KFC airport.Kemain suka lagi.Maklumlah, bukan saja dapat makan KFC, dapat pulak tengok kapal terbang.

Dah dapat apa yg dia nak,senyumlah memanjang.Mulalah "cik sayang ngah".hihi.



KFC tungguuuuuuuuuuu

memandang dari kejauhan

fuyyoooo


stail pe ni?kapal terbang kot


Monday, September 6, 2010

RAMAINYA....................

Jumaat 2 minggu sudah, teman ma gi Pantai Timur Hypermarket.Biasalah sejak adanya Pantai Timur ni dah jarangle kuar KB.Tujuan utama ialah nak beli barang-barang dapur.Persiapan raya cam tak peduli dah sebab tahun ni harapan untuk dapat bonus cam semakin samar.Lagi 3 hari nak raya nipun masih tak dengar khabar berita.

Kengkononnya pegi awal nak elak ramai orang.Sekali sampai sana dah berduyun manusia.Semuanya sibuk nak beli belah untuk raya.Aku apa lagi,snap le mana yang nampak menarik walau hakikatnya dengan hanya menggunakan handset cikai.Dan inilah hasilnya.Selamat Hari Raya semua.......


suasana menjelang raya




Lautan manusia.Statement overlah pulak



Kira jadilah beli kasut ni ya?


mak aiiii.Sikit punya panjang barisan...

Friday, August 27, 2010

MENCARI BINTANG TIMUR

Artikel ni dah lama aku baca.Cuma baru sekarang terasa cam nak kongsi.Memang menyentuh hati dan perasaan.


MENCARI BINTANG TIMUR

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia, “Mengandung kut?”. Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia berjumpa doktor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuk bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai solat isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan insomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca al-Quran di sisinya sebagai ubat bagi isteri dan anak dalam kandungan.

Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afa’l. Dan cerita itu kembali bercerita kepada saya.

Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana ?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang anda ingin nasihati.

3. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insya-Allah saya doakan diri saya dan anda berjaya dalan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An-Nu’man), seseorang bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, Tsabit, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawap bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya ceritakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

Saya bacakan kisah pada rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyeyak dibuai mimpi. Saya ke halaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.

Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya lihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

Saya bertekad dalam hati, insya-Allah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyeyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insya-Allah tidak lama lagi, akan muncul “bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

Sumber: Mingguan Malaysia

KENANGAN RAMADHAN DI UKM


Dah masuk hari kedua kita berpuasa.Kalau dalam entri tahun lepas aku ceritakan pengalaman kali pertama berpuasa, kali ni nak imbas pengalaman berpuasa masa kat UKM.Mula puasa memang haru.Maklumle first time puasa sensorang.Lepas berbuka terus turun pegi public phone,telefon rumah.Terubat rindu dengar suara family kat kg.Roomate aku jarang berbuka kat rumah.Pegi Pasar Ramadhan pun sorang-sorang je.Kat sini banyak gak makanan Kelantan yang dijual tapi harganya agak mahal.Dahla tu, rasanya pun tak sesedap yang dijual di Kelantan.Aku pernah beli kuih Akok & lompat tikam.Tak sedap betul.Kalau orang luar beli mesti dia ingat kuih orang Kelantan ni tak sedap.Padahal orang yang berniaga tu yang buat ala kadar.Nak untung lebihlah tu.Tak baik woooo.

Tapi, part bersahur tu yang paling sedih.Pernah sekali tu aku bersahur sorang-sorang.Bangun pukul 4 pagi goreng bihun, makan sorang-sorang.Boleh berderai air mata dibuatnya.Dengar plak radio THR yang awal-awal puasa dah pasang lagu raya.Syahdu beb (padahal dalam Malaysia je pun, bukannya dok oversea.Keke)

Tu suma masa tahun pertama je.Masuk tahun kedua, kawan pun dah ada, jadi takdelah sahur sorang2 lagi.Balik dari kolej je, terus pegi tanda kedatangan kat pasar ramadhan.Menu utama yg dibeli, roti bom, charkuetiaw dengan bihun sup utara.Ulang yang tu jelah sepanjang puasa, sebab dia bestttttttttt.

Pasal terawih pulak, tahun pertama puasa, ia dilakukan di surau (lebih tepat lagi bilik yg dijadikan surau.Maklumla kolej luar).Selepas kemasukan pelajar lelaki pada tahun kedua, solat terawih dilakukan di gelanggang badminton.Berbumbungkan langit gitu.Tapi aku dulu selalu gak ponteng.Nak2 time kelas habis lambat.Alasan penat kononnya.Alhamdulillah bila umur dah makin meningkat ni kesedaran tu dah mula timbul.Terawih terlalu berharga untuk dilepaskan macam tu je.

Bila berjauhan dari keluarga ni,time nak balik rayalah paling best sekali.Barulah tahu kenapa perantau-perantau berkobar-kobar nak balik kampung masa raya.Feel nak raya tu lain berbanding ngan dok di kampung yang hanya tunggu hari raya je.Kalau perantau ni, perjalanan nak balik kampung tupun dah menyeronokkan.Belum kira lagi ngan buah tangan yang dibeli untuk keluarga.Feeling abis.Sebulan sebelum raya dah beli tiket sebab selalunya tiket ke Pantai Timur cepat habis.Agak-agaknya berapa ramailah orang Pantai Timur yang dok kat KL nikan?Untung pengusaha-pengusaha bas.

Tahun pertama balik raya ngan tren.Saja je nak try.Dengan menggunakan kad pelajar, dapatlah harga murah sikit.RM30 pergi balik.Penumpang pulak ramai giler masa tu.Mana yang takde tiket tu duduk kat atas lantai di antara gerabak-gerabak keretapi tu.Suma dah tak kisah, janji boleh balik kampung.Tu takpe lagi, ni ada pulak dok kat tempat rehat tangan kerusi penumpang.Memang seksa.Nak bergerak ke mana-mana memang tak boleh dah.Sempit sangat.Nak ke toilet pun takleh.Paling lawak masa nak solat.Aku ingatkan solat kat dalam tren ni boleh je solat cam biasa.Jadi sembahyanglah aku, Soe dan Eshah dengan konfidennya.Sekali masa tengah rukuk kitorang hampir tersungkur.Patutlah aku tengok semua orang sembahyang duduk.Pengalaman tu.Kalau tak cuba tak tahu.

Bestnya naik keretapi ni bila dah masuk waktu pagi.Fuhh, panorama kat luar memang cantik.Nak-nak masa lalu kat sawah bendang.Cantik sangat.Satu je yang tak syok, lama sangat.12 jam tu.Cuma untuk sekali lagi naik tren masa musim raya, memang takla.Tak larat nak bersesak.

Tahun 2 lak saja nak try balik raya ngan bas UKM.Ni suma atas inisiatif Persatuan Anak Negeri masing-masinglah.Dalam hati, mesti seronok giler balik ngan member-member.Tapi….bila sampai masa nak balik, bas yang sepatutnya baru dah jadi tak berapa baru.Kuota penuh kot.Terpaksa naik bas lama.Itu tak penting, logo UKM tu yang penting.Haha.Walaupun takde aircond dan kerusi tak boleh laras tapi enjoy gak balik ramai-ramai ni.Bising satu bas.Maklumlah, kita-kita je.Seronoknya kalau dapat ulang balik masa tu.

Bas nilah yg banyak berjasa pada aku

Tahun ke 3, barulah balik dengan bas ekspres.Antara ketiga-tiganya, yang nilah paling selesa.Tido sepanjang perjalanan.Sampai masa sahur, baru buka mata.

Seronoknya beraya kat kampung.Balik kolej, sambung raya kat sana pulak.Sebulan tu raya.Best betullllllllllllll


Rindunyaaa kat kamoooo