Mengenang saat kali pertama berpuasa, pasti aku akan senyum sendiri.Maklumlah budak-budak baru nak belajar berpuasa.Aku mula berpuasa semasa umur 7 tahun.Memang terasa besar sangat cabarannya masa tu.Antaranya ialah menahan diri bila melihat teman-teman sebaya yang tak berpuasa enak mengunyah donut yang makcik kantin jual.Memang donut dia masa tu yang terbaik pernah aku makan.Jadi bila berpuasa, terpaksalah menahan liur.
Balik dari sekolah pulak, terus masuk bilik air.Mandilah kononnya.Memang lama betul mandinya.Pastu buat-buatlah tertelan air.Hehe.Tapi setakat tu jelah.takdelah pulak sampai mencuri curi makan.
Lepas Zuhur, pegi mengaji kat surau,Balik mengaji,singgah kedai Mak Iti beli aiskrim wat makan masa buka nanti.Selalunya aiskrim vanila salut coklat.Tiap tiap hari yang tu jelah.
Kat umah, selalunya tidur kat tangga belakang rumah.Maklumla tangga batu.Teduh pulak tu ngan pokok yang merimbun.Nyamannya terasa.Ada sekali tu, tengah syok baring kat tangga, aku tertengok mak aku sedang suapkan megi tuk adik bongsu aku Zila.Aduiii, terliur dibuatnya.Tahan tahan....
Masanya dah hampir tiba.Siren berbunyi menandakan dah masuknya waktu berbuka.Apa lagi, santap le.Masa tu aku paling gemar makan kuih lopes.Sambil menunggu waktu berbuka, aku ambik kelapa yang ada pada kuih tu, campur ngan air gula merah dan wat watlah cam tengah menumis bawang (tengok,masa tu dah ada cita2 nak memasak ni.hehe) Air pulak, sirap ngan biji selasih.Aku panggil air sirap ngan telur katak (sungguh kurang sopan).
Satu hal lagi, sehari berjaya puasa penuh, aku akan dapat 40 sen.Bukannya ganjaran tapi duit raya yang ma bagi awal awal lagi (yeke bukan ganjaran?).Bila cukup sebulan, penuh beg duit aku ngan duit syiling.Kayo pakcik.Kira masa raya dah tak dapat lagila duit raya.So, kalau nak banyak kenalah rajin puasa.
Itu bab puasa.Masa raya lagi best.Maklumlah budak budak.Raya lambat lagi tapi baju dah lunyai.Hari hari try.Masa aku umur 4 @ 5 tahun, tengah seronok berpusing2 menery baju raya, aku terhantuk kat bucu kerusi.Darah banyak sangat.Sampai sekarang parut kat kening aku masih ada.Dan baru baru ni, anak buah aku ada tanya "nape ngan kening Ngah? " aku cite jela keexitedan aku menery baju baru.Hehe
Kalu cite pasal raya mesti tak syok kalau tak cite pasal mercun dan bunga api.Masa tu mercun belum diharamkan lagi.Memang berdentum dentam seluruh kem ngan bunyi mercun.Tapi masa tu takde pulak yang sampai putus jari, kudung kaki kena mercun.Budak dulu yang berhati-hati ke, budak sekarang yang cuai.Hmmmm.
Masa malam raya, tengah syok syok main bunga api, tetiba aku rasa perit kat bahu.Rupa rupanya kawan aku dah tercucuk bunga api kat aku.Apa lagi, berlubanglah baju.Sakit pun dapat, kena marah....lagilah.Sian aku.Kena buli.Sebab tulah kot bila aku sekolah menengah aku pulak buli orang.Kira Buli Balik la ni.Haha.
Tapi itulah yang menjadi kenangan paling manis dalam hidup aku.Terasa cam nak jumpa balik kawan kawan lama tapi itu agak mustahil.Maklumlah masa kecik tak sempat nak hafal nama kawan, main panggil nama timangan je.Kalu tak boleh cari dalam FB.
No comments:
Post a Comment