Tuesday, November 20, 2012

BOGOSIPDA (보고싶다 )

Tinggal lagi 2 episod untuk akhir cerita The Great Doctor a.k.a Faith.Walaupun dah tahu endingnya bagaimana (zaman IT sudah tiada yang surprise.Cerita pun dh blh tahu ending walau siaran kat sini belum habis) tapi hati tetap tak sabar nak tunggu pengakhirannya.

Dan sekarang, keluar pulak drama baru dari saluran MBC, I Miss You.Dibarisi barisan pelakon yang mantap seperti  Park Yoochun, Yoon Eun Hye dan Yoo Seung Ho, drama ini berkisar mengenai "persahabatan" antara 2 remaja yang masing-masingnya punya pengalaman yang menyakitkan dalam keluarga.


Saat dewasa Han Jung Woo (Park Yoochun) menjadi seorang detektif yang sentiasa dalam pencarian mencari cinta remajanya manakala Lee Se Yeon (Yoon Eun Hye) pula membesar sebagai seorang pereka fesyen yang tak pernah berputus harapan agar Han Jung Woo akan datang mencarinya.


Kang Hyung Joon (Yoo Seung Ho) pula menyimpan dendam terhadap Han Jung Woo di atas perbuatan jahat bapa Han Jung Woo ke atas keluarga beliau.


Menonton episod pertama drama ni, ekspektasi aku agak baik.Aku suka dengan watak remaja Han Jung Woo dan Lee Se Yeon (dilakonkan oleh Y
eo Jin Ku - The Moon That Embraces the Sun dan Kim So Hyun - Rooftop Prince).Kalau boleh nak watak diorang ni lama sikit.Tak cukup dengan 2 3 episod.je.Tapi itu maknanya dah jadi watak utamalah pulak diorangkan?  pepun layan dulu......




Yeo Jin Ku ni sekali tengok cam Anuar Zain.ke aku je yg rasa camtu?




suka  tengok bagaimana Soo Yeon cuba menyerap tekanan dari kawan2 yg suka buli dia



Nota kaki: Paling aku suka bila tengok drama Korea ni, susunan muziknya yg kena dengan adegan samada suspen, sedih
mahupun happy.

Update : dah tengok sampai ep 4.Episod ni memang sedih giler.Terharu ngan sifat kebapaan Detektif Kim walaupun dia bukan bapa Suyeon..Ramai yg selalu kata Kdrama ni jiwang sebab asyik nangis sebab frust bercinta @ cinta terhalang..Tapi bg aku byk cite dia yg buat kita sedih bukan kerana cinta tapi kerana kemanusiaan.Kerana menyentuh tentang ikatan sesama manusia, keluarga dan rakan2.

4 comments:

  1. Kalau la saya setekun awak tengok crita korea ni, kan best...setekun kita tengok Meteor garden secara marathon dulu hehhehe

    ReplyDelete
  2. hehe.Dulu kita dok ulang Ada Apa Dengan Cinta ngan Kabhi Kushi Kabhi Gham.Siap hafal step lagi.skang ni x sangka pulak saya blh jd hantu kdrama.Asal2nya sebab takde pilihan cite melayu.terus melekat kat drama korea.Dulu Susan yg paling suka skali cite2 ni.

    ReplyDelete
  3. belum lagi kisah menari dlm bilik...hahahahaha...pastu tape suara dlm kaset..tak de keja jeee..

    ReplyDelete
  4. bila dengar balik tape tu, memang merapu je.ntah apa apa.siap ada nama ali lagi.hehe

    ReplyDelete