Tuesday, November 27, 2012

SAPA PERNAH TENGOK CERITA NI???







CIKGU HIROSHI ORANG YANG BAIK HATI
ORANGNYA PUN SUNGGUH TAMPAN SEKALI
DIA PENYAYANG PERAMAH SUNGGUH BERANI
SIAPA YANG DAPAT DIA AKAN BERUNTUNG.....BERUNTUNG

Sampai sekarang lagu tu masih ada dalam kepala aku.Siapa2 yang lahir sekitar tahun 80an pasti akan tahu tentang cerita ni.Diterbitkan sekitar tahun 1983, drama bersiri 22 episod berjudul Chiaki @ Stewardess Monogatari pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dulu.

Menceritakan tentang suka duka sekumpulan pramugari dan pramugara dalam menjalani tugas-tugas meeka, drama ini cukup kuat memaku penonton untuk terus berada di depan kaca tv.


Antara yang menarik yang aku ingat dalam cite ni ialah
  • Lagu kat atas tulah.
  • Masa berlaku kecemasan dalam kapal terbang di mana pembedahan terpaksa dilakukan ke atas penumpang yang sakit.Paling ngeri pembedahan tu dibuat dengan hanya menggunakan pisau pencukur.
  • Sekecik2 Chiaki tu terpaksa menggendong kawannya yang berbadan besar..Dahla masa tu bersalji.
  • Gf Cikgu Hiroshi, Mariko  menyalahkan Cikgu Hiroshi atas insiden yang berlaku sewaktu mereka sama2 bermain ski.Kegembiraan bermain ski akhirnya membawa malapetaka yang menyebabkan perempuan tu terpaksa memakai tangan palsu.Dia nak Cikgu Hiroshi terus bersama ngan dia sedangkan Cikgu Hiroshi suka Chiaki.
  • Paling suka tengok Mariko pegang gelas dengan tangan palsu dia tu.kaku cam robot.Aku ada jumpa klip  tersebut dalam youtube
Bila aku belek2 profile 2 pelakon utama, mereka masih berada dalam dunia seni. Hori Chiemi (Chiaki) aktif dalam bidang nyanyian memandangkan dia bermula sebagai penyanyi manakala Kazama Morio (Cikgu Hiroshi) masih meneruskan karier lakonannya.






Friday, November 23, 2012

SUATU KETIKA

Hari ni hujan .Bila camni mulalah fikiran melayang2.Kalau tidur mesti bestnya.Tetiba teringat pulak masa ambik STPM.Masa tu musim banjir.Tu yang datang idea nak mengimbau kenangan lama masa kat sekolah.Aku bukan seorang yang baik satu ketika dulu.Usia mematangkan fikiran.Aku belajar untuk mengawal diri.Itu semua berkat pesanan Ma masa masuk universiti.Ma kata aku kena belajar kawal marah sebab aku di tempat orang, jauh dari pandangan orang tua.Aku ambik nasihat tu dan ubah sedikit2 dan alhamdullilah sekarang aku ok. (ada gak tergelincir kadang2).

FORM 1

  • Tak ramai kawan sebab berada di kelas 1KH1 membuatkan aku terasa kecik sangat-sangat.macam semut merah.Aku orang kecil engkau orang besar.......Aku tak sepandai mereka yang lain.Kawan baik aku masa tu hanyalah Ruwaidiah (Wa) dan Allahyarham Rasyidah (Syidah.Al Fatihah untuknya)
  • Pernah beberapa kali kena tinggal ngan trak sebab lambat keluar kelas.Ke saja2 buat kena tinggal?
  • Menjadi pelindung kepada kakak aku, Zon (nama manja aku bagi.haha)dari dibuli oleh budak lelaki kelasnya.Cam warrior gitu.
  • Zon penah cite, pakcik yg jaga trak bagitau dia, "adik kau tukan, kalau jalan tak pandang kiri kanan, straight je".Sebabnya aku suka jalan laju.Tak best je melenggang kangkung
  •  Balik sekolah, aku ngan Zon suka beli aiskrim cornetto.Makan sambil jalan kaki.Trak turun jauh sangat dari rumah.
  • Pernah menang tempat pertama pertandingan membaca buku paling banyak.Tapi buku cerita je yang aku rajin baca.Buku pelajaran....haram.Zon yg tolong ambik hadiah sebab pengumuman pemenang sebelah pagi.Aku sekolah petang.
  •  Hadiahnya buku tulis dan alat tulis.
  • Pernah ditemuduga untuk menjadi pengawas, tapi bila cikgu tanya aku cakap nak jadi pengawas perpustakaan.Tak dipilih langsung.Nasib baik gak sebab aku takde tokoh jadi pengawas.
  • Abah pernah koyak buku rekod aku sebab keputusan exam kurang baik.Menangis2 dibuatnya.Sejak tu tak penah bagi lagi buku rekod utk abah sign.Abah sangat garang dulu.huhu

FORM 2



  • Masih di 2K1 (H dah hilang).
  • Pernah Wa dan Syidah berebut nak dok ngan aku.Last sekali Wa yang dapat.Jadi rebutan kononnya..
  • Menjadi pendengar setia cerita-cerita Wa.Kalau dia baca n3 ni, dia akan faham.
  • Wa ngan Syidah pernah dapat surat berantai tapi diorang tak bagi aku baca. Masa tu kecoh pasal surat berantai.Sapa yang terima kena sebarkan pulak pada orang lain.Kalu tak.....................
  • Masa ni kumpulan feminin tengah popular.Teringat masa Wan Zuwina menari lagu 'Untukmu' kat depan kelas.Memang sebijik
  • Masa ni jugak aku paling gemar subjek KH bab masak-masak.Nanti boleh cuba resipi baru.Kami pernah buat sandwich, kek batik dll
  • pernah terjadi masa aku tunggu bas nak g kelas KH (kelas awal), rasa sejuk semacam kat kaki.Bila aku buka kasut, seekor katak dengan muka tak bersalahnya keluar dari kasut aku.eeeeeuuuuuuuu (mesti dia masuk semalam sebab semalam ujan)
  • Untuk bab jahit menjahit pulak, kena wat baju kurung kedah.Sampai sekarang aku masih pakai baju tu.Bayangkan , dah 16 tahun.Itu jugak baju pertama dan terakhir pernah aku buat.corak dot dot kat baju tupun dah hilang.
  • Menjadi AJK Kelab Buku Teks.Bestnya time dapat buku baru dan kena cop buku tu untuk tulis nama pelajar yang bakal menerimanya.Busylah  konon.Bilik tu jugak jadi tempat melepak sementara tunggu masuk kelas.Aku suka bilik ni

FORM 3

  • Jatuh ke 3K2.Padan muka aku.Tahun ni jugak start sesi pagi.
  • Syidah kekal di 3K1 sementara aku tetap dengan Wa.
  • Wa & Syidah ajak dok asrama tapi abah berkeras tak bagi.
  • Kenangan paling best masa buat kajian Geografi kat Pantai Pak Amat.Sebabnya, aku tak pernah keluar dengan kawan-kawan sebelum ni.Ni kira paling jauhla aku keluar ngan kawan-kawan walaupun hanya beberapa kilometer je dari rumah.
  • Kelas aku memang meriah dengan adanya budak-budak nakal cam Rizal, Jimmy, Sofi, Aznan dll.Paling ingat masa Rizal pegi azan kat telinga Pubalan (satu-satunya pelajar berbangsa India dalam kelas kami).Jimmy yang paling lawak.Ayat dia yang aku ingat sampai sekarang bila dia kata yang dia korban ayam masa Hari Raya Haji.Ada ke orang korban ayam?
  • Aku pernah kena masa ada orang letakkan minyak angin kat atas kerusi.Sampai sekarang tak tahu sapa pelakunya.
  • Pernah kantoi meniru masa ujian Pendidikan Islam.Opppssss...
  • Saya Akan Ingat Namamu Selalu (SAINS).Akronim yang paling melekat dalam kepala sampai sekarang.Istilah dari Cikgu Adnan.
  • Abah hantar gi tuisyen kat Tg Mas.Sinilah tempat paling jauh aku naik bas.Nak gi KB sorang tak lepas gi.Tapi aku tak suka gi tuisyen sebab aku susah nak sesuaikan diri dengan orang baru dan persekitaran baru.Inilah kali pertama dan terakhir aku masuk kelas tuisyen.Masa form 5 aku pujuk abah nak belajar sendiri je kat rumah dan abah setuju.
  • Lepas PMR, pelbagai aktiviti diadakan.Antaranya mengecat dinding sekolah, menonton filem kat dewan, sukaneka dll.
  • Paling best masa tengok cerita Sembilu.Masa tu memang Sembilu tengah popular.Nak pegi tengok kat panggung pun, memang tak lepasnya.Riuh rendah satu dewan.
  • Dalam pertandingan sukaneka, aku dapat saguhati.Hadiahnya tupperware.Jadilah daripada takde.
  • Untuk pertandingan baca berita pulak aku dapat no 2.Wiiiiiii
  
FORM 4
  • Pisah kelas dengan Wa dan Syidah.Diorang pilih aliran Sains manakala aku masuk kelas Ekonomi je.
  • Dok kelas 4E1.Masa ni tak tahu nak dok ngan sapa, kawan baik dah takde.Last2 aku dok bersebelahan ngan Emmy Zuraihan.Segan dok ngan dia.Sebabnya dia pandai, tambah2 BI. Tapi sebenarnya dia baik.Belakang aku Kak Yan & Siti Nor.
  • Cikgu Ekonomi aku paling gerun sekali iaitu Allayarham Cikgu Noraini (Al Fatihah).Bila dia dah mengajar kita dia tak garang pun.Tegas je
  • Ambil subjek yg baru diperkenalkan, Rekacipta.Cikgu kata subjek confirm lulus.Tapi gred aku cukup makan je.
  • Ada cerita menarik pasal GM.Hanya aku, Kak Yan dan Siti Nor je tahu apa tu GM.Haha
  •  Suka benor gi koperasi beli Mamee & snek Apollo
  •   Mula stayback konon nak study awal.
  •  Suka makan ABC kat tepi sekolah sambil tunggu trak
  • Nasi air kat kedai jual suratkhabar pun best jugak
  • Wakil sekolah dalam pertandingan pantun 2 tahun berturut2.Tak pandai pun tapi suka baca dan hafal buku2 gurindam, syair dan sajak.Mariana yang ajak join pasukan ni.

FORM 5
  • Jadi Penolong Ketua.Tapi penolong yang tak berapa nak menolong.
  • Emmy dah pindah sekolah, so aku dok sebelah Wan Fazlina Azmiza
  • Kelas kami banyak kali menang pertandingan kebersihan kelas sampai akhirnya tak dibenarkan bertanding.
  •  Kelas rekacipta menyediakan satu bilik komputer khas untuk kami yang ambik subjek ni.Rasa cam hebat sangat masa tu dapat guna komputer satu sorang
  • Tak pernah sertai perkhemahan sekolah (PESKO)
  • Tak pernah berkawad (sebelum ni Puteri Islam) tapi bila 2 3 kali pegi latihan kawad Kadet Bomba, boleh jugak terpilih wakil sekolah dalam pertandingan di SM Sains Machang.Tak menang pun.
 
Bersama Siti Nor, Siti Aishah dan Miza (1997)


Bersama Miza, Aishah dan Sohailawati (1997)

LOWER 6
  • Masuk form 6 (SMKB) pun acuh tak acuh je sebab frust tak dapat masuk U
  • Malas nak sakitkan kepala, dari kelas Ekonomi aku tukar aliran ke Sastera.Rupanya Sastera lagi susah. Tambah2 teks Sulalatus Salatin.Pening kepala nak faham,
  • Dok ngan Siti Aishah dan akhirnya jadi rapat walaupun dari form 4 lagi kami sekelas.Rasa bangga dapat kawan secantik dan sebaik dia.
  • Siti Eshah dan Ain pun jadi kawan baik.Mereka dari kelas 5P masa kat SMPC.Iha dari kelas 5 Sn  pun jadi kawan baik bila kat sini.
  • Pas sekolah selalu lepak kat kedai mee sup dekat ngan sekolah.Best...
  •  Masih naik trak ke sekolah.Tapi semuanya jadi janggal bila aku je yang paling besar masa tu.Rasa cam dewasa sangat. :)
  •  Dilantik jadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya.Sekali lagi mencari di mana logiknya aku jadi PRS.
  • Di kantin SMKB ni, aku paling suka kek pisang.Sangat sedap

Bersama Iha, Eshah dan Aishah (1998)

UPPER 6 

  •  Berlaku perselisihan faham dengan sorang budak.Sampai ke pengetahuan cikgu2 pulak tu.Silap aku jugak, cepat panas...
  •  Ditakdirkan sekelasla pulak.
  •  Kak Yan masuk form 6 dan dok kat kelas Ekonomi.Yeaaa, ada teman naik trak.
  •  Siti Aishah dapat tawaran kursus jururawat.Tinggallah aku sendiri.Last sekali gabung meja ngan Ain & Eshah.Seb bek kitorang dok barisan belakang.Masa ngan Siti aku automatik ikut jadi sopan.Tapi ngan Eshah & Ain, kami gila2
  • Filem Hindustan tengah popular.Aku takde vcd player jadi takleh tengok cite hindustan.Abe Ej paling suka Rani Murkerjee.Dia bantah bila kitorang kata Rani tak cantik. :)
  • Dah lama org tengok cite hindustan barula aku boleh tengok.Sebabnya abah dah beli vcd player.Masa tu baru aku tahu, memang Rani cantik rupanya.Sebelum tu aku cuma judge kecantikan dia melalui kulit vcd Hello Brother je. 
  • Masa ni jugak femes drama Cinta Antara Benua.Terus berangan nak belajar luar negara.Tapi hanya tinggal angan-angan je.
  • Time ni, buat esaimen guna mesin taip.Orang lain ada mesin taip sendiri tapi aku takde.Bila nak buat esaimen, abah pinjam ofis dia punya 
  • Eshah, Ain, Iha ajak dok rumah sewa.Cam biasa, abah takkan bagi. 
  • Dah lepas naik bas gi KB.Kira pencapaian terbaikla masa tu.  
  • Pernah kena denda sebab masuk kelas lambat.Tapi bukan sengaja pun.Kitorang ada mesyuarat PRS masa tu.
  • Rasa cam teraniaya sangat masa tu.Kena pulak time tu result sejarah tak berapa elok dan mana2 pelajar yang teruk keputusannya kena keluar ke hadapan buat presentation.
  • Kerana rasa geram yg membuak2 aku boleh hafal semua yang aku baca dan keluar buat presentation tanpa bawak kertas.Lancar je keluar dari mulut.Cikgu bagi tepukan.HeheTahun 2008 aku terjumpa balik cikgu tu dan minta maaf kat dia sebab aku pernah ada rasa marah kat dia.Astaghfirullahalazim, kenapa aku jahat sangat dulu
  • Exam STPM time musim banjir.Masa tu gi exam naik Land Rover berdua dengan Kak Yan.
  • Peperiksaan diadakan di SM Puteri.Sebab student form 6 ramai mana je.
  •  Rasa cam boleh buat je exam kali ni.
  •  Alhamdullilah, keputusan STPM agak baik.Aku di tangga ke 5 keseluruhan di belakang Hazlie, Izmalyza, Naim dan Rosnani.Masa nak ambik result cikgu bergurau cakap aku tak lulus.Tapi nyatanya tidak.Terima kasih cikgu2 untuk semuanya.
Dengan keputusan ni, aku diterima masuk ke UKM untuk sesi 2000-2003.Yg dapat masuk UKM sekali ialah, Hazlie, Rosnani, Siti Eshah, Sohailawati, Sumiyanti, Salwani dan 2 3 orang lagi yg aku tak berapa ingat.Kat sinilah aku start baik ngan Sohailawati pulak.  


  • 6A2 (1999).Bestkan meja kitorang?
   

Tuesday, November 20, 2012

BOGOSIPDA (보고싶다 )

Tinggal lagi 2 episod untuk akhir cerita The Great Doctor a.k.a Faith.Walaupun dah tahu endingnya bagaimana (zaman IT sudah tiada yang surprise.Cerita pun dh blh tahu ending walau siaran kat sini belum habis) tapi hati tetap tak sabar nak tunggu pengakhirannya.

Dan sekarang, keluar pulak drama baru dari saluran MBC, I Miss You.Dibarisi barisan pelakon yang mantap seperti  Park Yoochun, Yoon Eun Hye dan Yoo Seung Ho, drama ini berkisar mengenai "persahabatan" antara 2 remaja yang masing-masingnya punya pengalaman yang menyakitkan dalam keluarga.


Saat dewasa Han Jung Woo (Park Yoochun) menjadi seorang detektif yang sentiasa dalam pencarian mencari cinta remajanya manakala Lee Se Yeon (Yoon Eun Hye) pula membesar sebagai seorang pereka fesyen yang tak pernah berputus harapan agar Han Jung Woo akan datang mencarinya.


Kang Hyung Joon (Yoo Seung Ho) pula menyimpan dendam terhadap Han Jung Woo di atas perbuatan jahat bapa Han Jung Woo ke atas keluarga beliau.


Menonton episod pertama drama ni, ekspektasi aku agak baik.Aku suka dengan watak remaja Han Jung Woo dan Lee Se Yeon (dilakonkan oleh Y
eo Jin Ku - The Moon That Embraces the Sun dan Kim So Hyun - Rooftop Prince).Kalau boleh nak watak diorang ni lama sikit.Tak cukup dengan 2 3 episod.je.Tapi itu maknanya dah jadi watak utamalah pulak diorangkan?  pepun layan dulu......




Yeo Jin Ku ni sekali tengok cam Anuar Zain.ke aku je yg rasa camtu?




suka  tengok bagaimana Soo Yeon cuba menyerap tekanan dari kawan2 yg suka buli dia



Nota kaki: Paling aku suka bila tengok drama Korea ni, susunan muziknya yg kena dengan adegan samada suspen, sedih
mahupun happy.

Update : dah tengok sampai ep 4.Episod ni memang sedih giler.Terharu ngan sifat kebapaan Detektif Kim walaupun dia bukan bapa Suyeon..Ramai yg selalu kata Kdrama ni jiwang sebab asyik nangis sebab frust bercinta @ cinta terhalang..Tapi bg aku byk cite dia yg buat kita sedih bukan kerana cinta tapi kerana kemanusiaan.Kerana menyentuh tentang ikatan sesama manusia, keluarga dan rakan2.

Wednesday, November 7, 2012

MAKAN LEMPENG JOM!!!

Di kala musim hujan. perkara paling best dibuat adalah tido.kekeke.Berselimut tebal beserta tilam bantal yang empuk, cepat je mata layu.Tapi satu lagi yang selalu terjadi bilamana hujan lebat mencurah2 ialah, perut cepat terasa lapar.Pastu mulala terbayangkan makanan2 yang agak sinonim dengan musim cenggini.Ubi rebus cecah kelapa lawan pulak dengan kopi hitam, perghhh.Terasa seperti berada di dangau sambil menunggu padi masak (ada padi ke musim hujan?).

Selain ubi rebus, putu halba juga popular.Dibuat dari ubi kayu yg disagat dengan inti gula merah pastu dikukus, menu ini seakan menu wajib ketika musim banjir.Kedai yang jual putu halba akan mudah dijumpai di mana2 sahaja di sini.Maklum sajalah bekalan ubi kayu banyak bila musin ujan..


Tapi kali ni, aku nak ubah angin.Lain dari kebiasaan, hari ni aku nak buat satu lagi hidangan popular Korea iaitu 
haemul pajeon (해물파전) atau dalam bahasa melayunya lempeng makanan laut.Tengok diorang makan cambest je.

Pa (파)
pada dasarnya bermaksud daun bawang manakala jeon (전) pula bermaksud penkek @ lempeng.Oleh kerana penkek ini mengandungi banyak daun bawang sebab itulah ia dinamakan sebagai Pajeon.

Namun begitu, kerana aku bukan penggemar sayur, apa lagi daun bawang ni, maka resipi haemul pajeon ni aku kurangkan kuantiti daun bawangnya.Tupun aku potong panjang2 sebab senang nak asingkan bila makan nanti.hehe.Tapi bila dah masak rasa menyesal pulak sebab tak rasa langsung daun bawangnya.
Oklah sebenarnya rasa daun bawang tu.

 Untuk sos, aku gunakan sos cili je sebab takde soy sauce & sesame oil.Mungkin lain kali boleh cuba buat sekali ngan sos dia pulak.

Korean Seafood Pancake (Haemul Pajeon)

.
Ingredients:
2 cups all-purpose flour
2 cups water
2 eggs
1 bunch scallions
Vegetable oil
3 cups mixed seafood of your choice (fresh!) - such as oysters, shrimp, clams, octopus, squid ...
Dipping Sauce:
¼ cup soy sauce
½ tbsp rice vinegar
1 stalk scallion, minced
1 clove garlic, minced
½ tsp Korean dried hot chili pepper flakes (optional)
½ tsp sugar
1 tsp sesame oil
Preparation:
Mix the ingredients for the dipping sauce and set aside. In a large bowl, mix the flour and water together, then beat in the egg. The batter should have the same consistency as pancake batter. Add the scallions and seafood.
Heat a griddle, skillet, or frying pan over medium high heat and add a thin layer of oil to the bottom. I prefer to use a spray can. Pour about ¾ cup batter into the skillet in a circle. Cook for 6-8 minutes or until the top stops bubbling and the bottom is browned. Flip over and cook another 6-8 minutes. Transfer to a serving plate.
Repeat with the rest of the batter.
Cut all pancakes into 8-piece wedges and serve with the dipping sauce.


ceng ceng....lempeng aku dah siap.Untuk kali ni tak banyak bahan yg ada.Udang & sotong pun tenggelam dek tepung.Nak bagi nampak seri skit letaklah telur kat atas lempeng.Len kali kena beli udang & sotong banyak2.Daun bawang pun rasanya dah boleh letak lebih.Tekak ni dah boleh terima kot.hehe