Saturday, July 28, 2012

NOSTALGIA KAD RAYA


Rasanya bukan aku sorang je yg dah lama tak terima kad raya.Maklum sajalah zaman dah berubah.Kadang tu rindu pulak dengan nostalgia kad raya ni.Kalau dulu kitorang bersaing sapa yang dapat kad raya lebih.Selalu aku tak penah menang pun.Zila aje yg selalu dapat kad raya.

Kebanyakan rumah selalunya akan jadikan kad raya yang diterima tu sebagai hiasan sempena ketibaan Aidilfitri.Bergantunganla macam2 bentuk dan color kad di ruang tamu rumah.Nak tambah seri hari raya pulak, letak ketupat hiasan dan lampu lip lap.Meletup kau Bedah.Tapi rumah kitorang takde pulak gantung2 kad macam rumah orang lain.Mungkin sebab dulu kami selau pulang berhari raya kat kampung.Buat apa hias rumah lebih2.Cuma sekarang ni je baru beraya di rumah sendiri.Tapi trend kad raya dah habislah pulak.huhu

Corak atau design kad raya selalunya pelbagai.Ada yang bermotifkan bunga, masjid,kaligrafi ataupun ketupat/lemang.Yang berlagu pun ada.Pilihan aku dah tentu-tentu kartun.Sebabnya dari dulu sampai sekarang aku suka dengan benda2 yang comel dan imut (nak kata Kak Dan).Hehe

Nak pos kad raya ada waktunya jugak.Kalau lambat pos, alamatnya lepas rayalah baru diterima.Jadi, awal-awal puasa dah kena poskan.Barulah sempat sampai sebelum raya.

Sekarang ni semua tu dah berkurang.Tradisi menghantar kad raya dah tak semeriah dulu.Bingkisan salam hanya melalui talian.Tak ada lagi yang menunggu posmen depan tangga rumah, takde lagi perasaan teruja tiap kali membuka sampul kad raya dan takde lagi kad -kad yang bergantungan menghiasi dinding rumah.Yang ada hanya memori yang semakin hilang ditelan masa.

Nota Kaki : mungkin tradisi ni patut dihidupkan semula.Tapi siapa dan bagaimana caranya?

No comments:

Post a Comment